About Me

My photo
Lahirnya ramai wanita hebat yang mempunyai minda kelas pertama, menyedarkan aku bahawa diri ini jangan terus ego supaya aku dapat meneruskan perjalanan hidup yang lebih baik bagi hari-hari yang mendatang. Memahami diri seorang wanita bagai tiada penghujungnya kerana kelembutan mereka mengatasi kegagahan lelaki mampu menggoncangkan dunia. Justeru, usaha diri ini tidak kenal erti penat untuk terus memahami ciptaan Tuhan yang dikenali sebagai WANITA.

Sunday, March 6, 2011

PENGALAMAN TRAGIS SEORANG PETUGAS BANJIR UMNO DI PAGOH, MUAR BARU-BARU INI.

Dia seorang pemabuk, kaki judi, pemarah, suka mengacau anak dara dan isteri orang, suka menyeksa binatang, selalu mendera isteri dan anak-anak, suka merosakkan harta benda awam, mencuri kelapa sawit dan getah beku orang, mencuri wayar telefon dan letrik, memeras ugut, kaki gaduh dan lain lain lagi. Pendek kata segala yang jahat dan tidak elok mesti akan berkaitan dengan dirinya. Memang, orang kampung kalau ditanya, jawapan mereka tidak ada lain, “minta-minta ditangkap atau musibah lah akan berlaku atas dirinya”…ya la sudah geram dan sakit hati. Polis? betul dah bertindak namun masih gagal untuk mengaitkan beliau. Dukun Pak Seman pun dah jampi-jampi dari jauh, pun tidak berkesan. Apatah lagi aku ni yang orang kampung memang tahu, ada hal-hal macam ini akan cari aku…pergh menaip ni pun guna siku..teruk aku kena tonoi!!!!!. Sungguh pelik semua orang, ilmu apa yang si dia ni guna?!. Dah la tu, lagi pelik tapi benar..dalam bencana banjir besar berlaku di DUN Pagoh baru-baru ini, hanya rumah dia yang tidak terkena banjir walaupun rumahnya kalau nak diikutkan dibina di kawasan takungan..sedikit air banjir pun tidak mencecah ruang laman rumah dia ni. Namun demikian disebabkan kedegilan dan keterejalan dia ni..nak jugak daftar sebagai mangsa banjir..eehh nakkan wang ihsan selepas banjir ni tadi. Alamak,  again (dengan izin), aku yang bertugas di pusat pemindahan terpaksa berhadapan dengan si jantan ni. Relax, tiada apa yang berlaku. Akhirnya segala persoalan yang orang kampung dan pihak berkuasa tertanya bagaimana dia terselamat dari tangkapan atau bencana selama ini..dileraikan oleh aku le..siapa lagikan!..dalam menulis namanya menggunakan siku ni aku tersenyum namun terpaksa jugak aku tulis..EN. SELAMAT BIN SEJAHTERA. Alamat: T/L 00, KG ORANG KAMPUNG TERKENA..maka berlalu pergilah orang kampung dan pihak berkuasa dari sini seperti mereka yang telah membaca nukilan ini dengan lesu sambil menundukkan kepala melihat ke bumi.

22 comments:

  1. sampai hati ko she..lemah lutut aku nak jalan..pagi dh kono..tak kira aku nk buat blog jugak lah..arrrrghhh!!!!

    ReplyDelete
  2. Kompius Cik baca posting kau neh ...

    ReplyDelete
  3. waduh3...macam baca novel.....

    ReplyDelete
  4. eee....kesiannye kambing tu....

    ReplyDelete
  5. setiap yg berlaku ada hikmahnye....insyaallah..(sambil menghayati lagu MAHER ZAIN versi melayu)..

    ReplyDelete
  6. jgn kompius kak caca..bru nk check comment..sibuk urus ngecat kodai..lama tak niaga ni..tak soru nnti..hang baca kenapa selama ni dia terselamat ajer..

    ReplyDelete
  7. alamak alal..mesti la ada hikmahnya..yang penting si lelaki ni selalu selamat

    ReplyDelete
  8. han han..kan ke kamu suka baca novel..nah amik ko..ni lah novel org yg selalu selamat..

    ReplyDelete
  9. hai lulu..eh..lili..tk kisah la..kesian kat kambing sama la kesian kat aku...hihi

    ReplyDelete
  10. kau ajer yg paham laut msg aku nk smpaikn..syabas laut

    ReplyDelete
  11. mcm cerita seekor lembu jantan je...? sungguh jahat lembu itu.

    ReplyDelete
  12. hahah..bro pokcik ni lembu bosar takuit..kambing jo lah

    ReplyDelete
  13. pandai bapanya pilihkn nama..kalu yg ke-2 mesti salam bin sejahtera...hihi

    ReplyDelete
  14. lmbat la nk komen..mcm kura2 wi5 ni....tukor nama selamat la cam ni

    ReplyDelete
  15. selamat oh selamat..memang ko selalu selamat..hehe

    ReplyDelete
  16. banjir takkan dia selamat? eh eh dah memang dia selamat..bijak2

    ReplyDelete
  17. sungguh menyayat hati..kesian org kampung..dan akuuuuuuuuuuuu

    ReplyDelete
  18. bapa dia aku tau la..sejahtera bin selalu

    ReplyDelete
  19. tukor nama pada arnab la..cpt ckit wi5 ko...hihi

    ReplyDelete
  20. usah kan banjir..tak banjir lg le selamat..eh apa aku ckp ni...hihi..angau

    ReplyDelete
  21. sory la exhibit..kesian lg aku manaip pun guna siku

    ReplyDelete