About Me

My photo
Lahirnya ramai wanita hebat yang mempunyai minda kelas pertama, menyedarkan aku bahawa diri ini jangan terus ego supaya aku dapat meneruskan perjalanan hidup yang lebih baik bagi hari-hari yang mendatang. Memahami diri seorang wanita bagai tiada penghujungnya kerana kelembutan mereka mengatasi kegagahan lelaki mampu menggoncangkan dunia. Justeru, usaha diri ini tidak kenal erti penat untuk terus memahami ciptaan Tuhan yang dikenali sebagai WANITA.

Sunday, April 17, 2011

URGENT: DAUN PISANG PUNYAI SEJARAHNYA YANG TERSENDIRI DI MALAYSIA.

Dalam keadaan menahan kesakitan urat belikat belakang ku yang sakit…alhamdulillah aku dipilih oleh Allah untuk menunaikan solat maghrib di masjid hari ini(17/04). Seperti biasa selepas solat maghrib setiap Ahad ada kelas agama disampaikan oleh bekas ustazku semasa sekolah rendah. Mencarilah aku tempat untuk bersandar untuk mengurangkan sakit belakangku ini. Tajuk pembelajaran mengenai pengurusan jenazah. Kelas agama ini, biasalahkan, majority dihadiri oleh warga emas hanya beberapa orang ajerla yang muda kelana macam aku ini. Alah! Aku ni pun sebab dah lama benor (sebutan ‘benar’ orang Muor) tak menjengah masjid..sekali sekala tu jengah lah kan?! Mengajar lah ustaz tu sampai bab mengkafankan mayat. Yalah..guna 3 lapisan kain untuk bungkus mayat. Jadi, ada seorang warga emas bertanya bolehke bungkus mayat dengan selain kain? Alamak pakcik ini dah nak buat cerita panas ke cerita seram? Dia kata “berlaku pada zaman jajahan Jepun”..alamak masuk sejarah ni..zaman Jepun tu!!!. Dia pernah saksikan mayat dibungkus atau dikafan guna daun pisang!!?? Daun pisang???!!!..kata aku dalam hati..alasannya masa Jepun..kain susah nak dapat kalau ada pun mahal. Perrgh!!! Kasihan!!!..Daun pisang tuu!!!. Kata ustaz “boleh dengan syarat menutup tubuh mayat”. Aku terkedu dan memikirkan sesuatu bahawa susahnya hidup jika kita dijajah dan berlakunya peperangan. Aku bersyukur dalam hati hari ini ianya tidak berlaku. Bagai mahu menangis pakcik tu menceritakan apa yang dia saksikan masa tu. Namun apabila memikirkan keadaan hari ini, kita orang-orang Melayu beragama Islam gagal untuk semuanya bersatu..maka tidak mustahil satu hari nanti, kita ini mati akan dikafankan sedemikian rupa…cukup sedih…kalau ada daun pisang?..andaikata ada cuma pokok pucuk ubi.. oh tidak!! sangat menyedihkan. Wahai orang-orang Islam, sudah sampai masanya kita bersatu hati agar kita tidak dijajah. Tentunya kita tidak mahu kita dikafankan dengan daun? Marilah kita cari jalan bagaimana untuk kita bersatu dan seterusnya tidak dijajah.!!!!

Saturday, April 16, 2011

ISTERI SIAPAKAH INI?

Saat aku mendengar lagu Maher Zain 'THANK YOU ALLAH', aku terasa hati ini amat tersentuh dan terlalu amat merindui pada seseorang. Seseorang yang cukup tabah dan sabar menghadapi ujian dari Maha Esa, menghadapi susah senang bersamaku, menangis keranaku demi cintanya pada diriku ini. Alhamdulillah..ucapan syukurku pada Allah, telah menemukan aku akan dirinya. Allah yang Maha Penyayang pada hamba-hambanya tidak pernah sekelip mata pun menjauhiku walaupun aku pernah  jauh dariNya,  telah membuat hati ini dipenuhi dengan rasa kasih sayang daripada insan ini. Anugerah terbesar Allah beri padanya untuk diri ini adalah senyumannya yang manis..amat manis..Alhamdulillah…itulah dia isteriku. Terimakasih sayang setia sebagai surihatiku.

Wednesday, April 13, 2011

AMANAH ALLAH PADAKU YANG AKU TIDAK SEDARI..MASYAALLAH!!!

Baru aku sedari sesungguhnya tanggungjawabku ini terhadap kawan kawan ku di facebook  ini amat besar setelah mendengar sembang iman dan amal oleh seorang rakan. Mengingati dan mengajak kawan2 aku dalam membuat amalan adalah tanggungjawab aku yang diamanahkan Allah terhadapku sebagai khalifah di mukabumi ini, terutamanya dalam amalan wajib…SOLAT 5 WAKTU.  Insyaallah SELAGI MANA AKU TERDAYA..aku cuba untuk mengajak dan mengingati kawan-kawan ku di facebook atau blog untuk sama-sama menunaikan solat terutamanya secara berjemaah di masjid-masjid bila masuk waktunya. Aku takut jika aku tidak laksanakan tanggungjawab ini, jika segala amalan aku selama ini diterima oleh Allah, yang membolehkan aku memasuki syurga, maka apabila saat kakiku melangkah hendak memasuki syurga…Masyaallah…kaki ku di tarik oleh isteri, anak-anakku, jiran-jiranku dan kawan-kawanku dengan kata-kata mereka “ Ya Allah si dia ini tidak layak masuk ke syurgaMu kerana dia hanya mementingkan dirinya sendiri beramal dan bersolat tanpa mengajak dan mengingati kami akan bersolat jemaah”..YA ALLAH AMPUNILAH AKU..dan yang penting..MAAFKAN AKU WAHAI RAKAN-RAKAN FB dan BLOG KU jika selama ini aku tidak melaksanakan tanggungjawabku terhadap kamu semua. Sesungguhnya saat menulis post ini aku, isteriku dan anak-anakku tersangat merindui ahli syurgaMu Ya Allah bernama Adelia maka kami tiada pilihan lain untuk menemuinya melainkan aku, isteriku dan anak-anakku hanya Kau takdirkan juga sebagai ahli syurgaMU..Ameen.

Monday, April 11, 2011

TERIMAKASIH MBSA ATAS KEPERIHATINAN ANDA


Alhamdulillah!!!. Tiada ucapan yang mampu aku ucapkan selain tanda syukur kepada-Mu Ya Allah kerana ada pihak berwajib begitu perihatin terhadap pemergian mu sayangku Adelia. Unit Perancang Bandar  dibawah MBSA akhirnya mengeluarkan arahan NOTIS DITUTUP SERTA MERTA ke atas Taska tempat pemergianmu sayangku Adelia, mulai tarikh 11/04/2011. Sesungguhnya ada suatu yang tidak kena akan Taska ini apabila notis sedemikian dikeluarkan oleh pihak berwajib. Sayangku Adelia..inilah tanda usaha kedua ibubapamu yang tidak seberapa berbanding dengan nilai pemergianmu sayang. Mereka berdua tidak peduli akan kata-kata hina oleh mereka yang memerli mereka berdua kerana menghantarmu sayangku Adelia ke Taska yang sanggup kononnya bertanggungjawab sepenuhnya untuk mengasuh dan menjagamu. Sayangku Adelia..percayalah sayang, notis ini bukanlah satu pengakhiran akan kebenaran punca pemergianmu sayang..moga Allah tunjukkan jalan ke arah itu..AMEEN

Thursday, April 7, 2011

Pertemuan Meja Bujur Pertama Kalinya Bersama JKM dan Taska kerana Mu Sayangku Adelia.

Bilik mesyuarat yang bermandikan cahaya lampu dan disulami  kedinginan penyaman udara di mana bilnya ditanggung kerajaan bagai menjanjikan  jawapan kepada persoalan-persoalan yang kami tanggung sejak pemergianmu sayangku Adelia. Rupa-rupanya kekecewaan kami berlarutan kerana hanya beberapa persoalan sahaja terjawab oleh mereka yang benar-benar menyedari segala pembohongan dan lakonan perlu dihentikan. Kami tetap bersyukur walaupun bukan semua persoalan terjawab dan sayangku Adelia, Allah telah menguatkan lagi jiwa kami untuk meneruskan pencarian jawapan-jawapan yang lain. Sayangku Adelia, pemergianmu untuk selama-lamanya bagai tiada penghormatan dan simpati oleh beberapa orang penjawat awam yang kebanyakannya berjawatan Timbalan Pengarah dalam persidangan tersebut sayang. Mereka ini bukan sahaja hilang hormat terhadap pemergianmu malahan tidak menghormati Ketua mereka sendiri kerana meninggalkan pertemuan tersebut ketika kami, ketua mereka dan pihak taska sedang merungkai persoalan-persoalan yang belum terjawab. Dimanakah sikap profesional mereka ini? Percayalah sayangku Adelia ia tidak akan terhenti di sini...hanya untukmu sayangku Adelia

Monday, April 4, 2011

SAAT RINDU SEORANG KAKAK MENGGAMIT KENANGAN BERSAMA ADIK KESAYANGAN YANG TELAH TIADA

Kakak paham adelia ada dekat ngan syurga sekarang ni, tapi kenapa adik tinggalkan kakak dengan ayah mommy cepat sangat. Taska tu tak cakap pun dengan kakak kenapa adelia tinggalkan kakak. Kakak fikir kakak boleh main dengan Adelia sekarang ni..sama-sama main sekali dengan kakak nayli, kakak lisa, abang yai, abang fan..sopia, abg shahmy..shahir..ulfa..kak balqis..Adelia tau tak kakak dah tau baca doa makan..kakak bila dah beshar nanti ingin sangat nak ajar adik kakak  doa makan..tapi adelia..Allah dah letakkan adelia kat syurga dulu..terimakasih Allah..kakak doa Tuhan bukak hati orang Tashka tu cerita betul betul pada kakak kenapa Adelia tidur lama shangat ya sayang..Kakak aleysha jugak minta pada Tuhan..kakak jadi orang yang baik-baik..cam mana yek..yang sholehah..adelia paham tak?..supaya kakak dpt masuk syurga juga..sebab adelia tau tak..sampai bila-bila kakak lindu sangat pada adik kakak nii..assalamualaikum sayang..kakak nak gii cari Taska tu..