About Me

My photo
Lahirnya ramai wanita hebat yang mempunyai minda kelas pertama, menyedarkan aku bahawa diri ini jangan terus ego supaya aku dapat meneruskan perjalanan hidup yang lebih baik bagi hari-hari yang mendatang. Memahami diri seorang wanita bagai tiada penghujungnya kerana kelembutan mereka mengatasi kegagahan lelaki mampu menggoncangkan dunia. Justeru, usaha diri ini tidak kenal erti penat untuk terus memahami ciptaan Tuhan yang dikenali sebagai WANITA.

Monday, February 28, 2011

MINUMAN PILIHAN RAMAI WANITA MELAYU MALAYSIA ABAD INI…SYHHH!!!

Wanita sekarang segalanya hendak bersaing atau hendak kesamarataan  dengan lelaki. Okay, tidak menjadi masalah sebab kita kena adil. Kalau kita kata wanita duduk ajer di dapur..melenting terus!! Tapi Datuk Siti Nurhaliza sebab rajin menyanyi di dapur …nah kau!! Success beb. Chewah!chewah! terus tak jadi melenting you all ya..tetapi..Ini apa kejadahnya pulak wanita hendak bersaing pula dalam hal “WA MABUK, LU JANGAN BANYAK CAKAP”. Menurut Ketua Penolong Kanan, Unit Penyalahgunaan Alkohol, Kementerian Kesihatan, Dr Rozanim Kamarudin: ‘Wanita dikesan semakin mengambil minuman beralkohol, sekaligus menyaingi golongan lelaki.’ Lagi merisaukan dan menyedihkan, kajian itu juga mendapati Melayu mengambil minuman haram itu walaupun peminum di kalangan kaum lain lebih tinggi.
Apa masalahnya wanita sekarang ni ya? Apa yang you all perlukan sehingga sampai minum minuman keras. Banyak lagi benda keras selain minuman keras yang kamu boleh dapat secara halal. Perkara ini yang you all kena bincangkan di facebook..masalah yang mendatangkan musibah. Inikan tidak facebook jadi satu platform di mana kalau boleh, terkentut pun nak beritahu satu dunia..WAKE-UP LADIES!!!!

Sunday, February 27, 2011

MANA PILIHAN ANDA UNTUK “PAYUNG EMAS DI SYURGA” MADU 1, MADU 2 ATAU MADU 3.

Anda pasti tergelak menonton filem P Ramlee walau pun diulangkan beberapa kali terutama filem Madu 3. Dalam gelak pernah anda terfikir perasaan madu-madu tersebut?? Alamak..itukan filem!! P Ramlee bikin filem berdasarkan lumrah reality kehidupan. Mungkin ada yang berkata..lelaki alasan bagi perempuan kalau nak masuk syurga tidak ada yang lain..payung emas and payung emas. Memang betul, itu yang sudah pasti dapat. Kalau dibagi peluang untuk direbut..kenapa tidak di rebut? Kalau anda bersedia untuk merebut..yang mana pilihan anda?? (dialog ini menarik yang mana pasti sekali sekala suami minta pada isteri: (BUTANG BAJU MELAYU ABANG MANA PAH!!??)-hihi

Thursday, February 24, 2011

PASTIKAN ANDA MEMBERI MAKAN POTONGAN KEPAK AYAM YANG BETUL UNTUK ANAK ANDA.

Maaf follower’s, aku tak bawa isu apa apa semalam sebab masih menghormati keluarga arwah Hj Mohamed Dali atas kepulangannya ke rahmatullallah.
Kalau dah namanya kepak ayam, usahkan budak orang tua pun kekadang berebut..lagi la kalau suami isteri..berebut kepak ayam pun nampak romantic. Lagi suami belikan sejambak ros…baik kita belikan isteri sejambak kepak ayam..mmmaahhh!!!. Baru la malam berkepak ajer..heheh. Tetapi ini petua orang tua..ada bahagian di kepak ayam yang tidak boleh dimakan terutama kanak2..bila kita tanya kenapa?..kena marah pulak..biasa la dia orang sebenarnya tak ada alasan kukuh..kesian kita ya..aku ni pun baru dapat jawapannya malam tadi dari seorang kawan di kedai kopi..secara saintifiknya tidak ada fakta yang kukuh..tapi katanya…dibahagian akhir hujung kepak tu tersimpan segala bahan2 toksik yang dibuang dalam badan ayam terkumpul di situ…senang ceritanya punca penyakit la..maka ia memang pada pendapat aku tidak sesuai untuk kanak2. Kalau petua orang Jawa kalau nak berjaya and senang kaya dalam hidup…elak makan bahagian tuu..buang n bagi ayam makan balik part tu..heheh…Cuma ayam korang tak kaya-kaya la..hehe..Jadi ibu-ibu jangan lupa sebelum masuk kepak ayam dalam kuali..check dulu ya..

Monday, February 21, 2011

APA KE HAL NYA BUNGA ROS!!!???

Ramai kawan wanita aku kata orang perempuan suka sangat kalau dapat bunga terutama bunga ros..Bila aku tanya kenapa suka dapat kiriman bunga..masing masing tak dapat nak luah kan sebabnya Cuma kata suka..tapi bila aku amati lirik Dato Sm Salim …bunga ros tu melambangkan diri wanita yang menerimanya..iaitu wanita yang cukup lengkap dirinya…but jangan lupa tak ada yang lengkap dalam dunia ni..hihi..cuma lengkap untuk pandangan kita la sebagi manusia di dunia ini…selebihnya hanya Allah yang tentukan. Itu pada hemat patik le..Perempuan luar sana..suka ke dapat bunga ros? Kenapa suka? Nak ke?hihih..bunga jambu air ada le….Aku pun nak mintak maaf Aaron Aziz n Rita Rudani demam ..jd stok model untuk video clip…ni ajer aku ada..hehe

Saturday, February 19, 2011

SAYANG ANAK TANGAN TANGANKAN, SAYANG ISTERI BELASAH BELASAHKAN!!???

Kerana cinta dan setia..ini yang ku terima
Ini yang aku katakan dalam diskripsi blog aku ni, memahami jiwa wanita tiada penghujungnya. Setia pada suaminya mencecah 17 tahun. Setianya pada suami seorang penagih dadah hingga mempunyai 6 anak tidak pernah luntur.Dirinya dibelasah dengan begitu brutal sekali oleh insan bergelar suami. Mungkin ada wanita di luar sana mengatakan…”kalau aku dah lama aku tinggalkan..dah lama aku minta cerai dan macam-macam lagi”…itu jawapan lazim jangan nak tipu le..tapi tidak dia selama 17 tahun hidup bersama. Aku cuma memikirkan bahawa kakak ini berpegang pada..’SETIA DAN CINTAKU PADA SUAMIKU MEMBAWA KE SYURGA..Aku doakan kakak moga Allah sentiasa disisimu..Apa kata surirumah di luar sana..steps into n komen..

Friday, February 18, 2011

YA ALLAH!! APA CELCOM DAH LAKUKAN??!!!


                                       
AKAN AKU INGAT DIRIMU SAMPAI MATI!!
“Penat..memang penat na, memang ini bukan yang kita cari na..tapi fikir dan ingat satu aja..pahala jariah yang Allah bagi yang kita bawa ke mati”
Itulah kata-kata bermakna membawa kesan yang amat dalam oleh General Manager Celcom Southern Region bukan sahaja pada staff beliau tapi juga pada penduduk kampungku, Kampung Gersik, Ledang, Johor. Amat mengharukan dan membanggakan apabila salah sebuah syarikat telekomunikasi besar di Malaysia iaitu CELCOM yang pada hari tersebut mengindahkan kampung aku dengan suasana biru dalam suasana suram dan tekanan selepas banjir besar yang menimpa baru baru ini, tidak memikirkan semata-mata mempromosi CELCOM dalam konteks perniagaan tetapi dengan adanya seorang General Manager seperti ini..lebih daripada itu yang mereka cari dan dapat. Mereka dengan penuh ikhlas membersihkan kawasan Dewan Orang Ramai, Balai Raya, Balai Belia dan Taska Permata dan kampung aku hanya mampu mengucapkan jutaan terimakasih. Diharap syarikat-syarikat GLC yang melayari blog aku ni jadikan CELCOM dan GMnya sebagai contoh di masa-masa akan datang. Post yang akan datang…insyaallah aku akan masukan gambar-gambar mereka dan banjir di kampungku.

Wednesday, February 16, 2011

MENGKAFIRKAN MENDAHULUI MENGISLAMKAN??!!

PANDAI CAKAP
SUSAH NAK BUAT
Kebelakangan ini, ia mudah dilontarkan oleh mereka yang mulut tidak diinsurankan. Entah cakap guna otak atau guna ilmu. Sejenak menikmati sarapan Maggie dengan buah hatiku, nontonlah kami TV3 SPM..mengenai seorang Hajjah orang putih muaalaf. Dia membawa isu bagaimana hendak menarik minat lebih ramai orang-orang Eropah menganut Islam kerana fenomena yang berlaku sekarang di sana RAMAI YANG TERTARIK DAN MENGANUT ISLAM. Terasa hina dan kecil diri ini kerana sepanjang hidup aku tidak sekali aku mengislamkan seseorang walaupun itu azamku selama ini. Kita marah apabila mubaligh Kristian cuba mengkristiankan orang Islam…tapi setakat marah *#$@%^*saja kah tindakkan kita. Ada ke kita sebagai rakyat biasa dan sebagai orang Islam sejak dari perut ibu kita hanya berdiam diri dlam mengislamkan seseorang yang bukan Islam??? Lebih ramai pada hari ini kafir mengkafir!!!. RASULALLAH telah melarang kita memanggil seseorang itu walau bukan Islam itu KAFIR! Kerana hak mengkafirkan seseorang itu Allah sahaja. RASULALLAH juga bersabda”Kiranya kamu memanggil seseorang itu..’hai kafir…’dan jika dia mati dalam dirinya masih dan sempat Islam..maka kamu yang memanggil akan dia tadi menjadi kafir…SUBHANAALLAH..marilah kita puan2 dan cik adik2 kita berazam mulai hari ini dalam hidup kita dapat kita sekurang2nya mengislamkan seseorang…INSYAALLAH


Tuesday, February 15, 2011

MENARIK TENTANG WANITA VS SEBATANG POKOK GETAH

Harga getah memang cantik..tapi kampong aku yang banyak pokok getah..pemandangannya..mmuahh!!..mcm musim bunga masa aku duduk di Switzerland(in my dream la)..daun getah ‘peach colour’..la kat sini nak musim kemarau rupanya..Sembang la dgn pak aji2 pasal susu getah kurang. Fakta menarik masa sembang “DAUN TUA, GETAHNYA BANYAK..DAUN MUDA, TAK BERGETAH”….senyum aku tengok pak aji tu..dia naik pelik…ngapa dia tanya? Aku tanya..’KALAU KITA LE KAN JI, TAK GITU..YANG MUDA BERGETAH, YANG TUA LEBIH MELATAH DRPD BERGETAH,,,tersengeh2  pak aji tuu..KOMEN LE J
Pakcik..bukan ke skrg daun muda..bergetah ke?

Siapa kata tua-tua tak bergetah??!!

Monday, February 14, 2011

LUAH MATI EMAK...TELAN MATI BAPAK..TOLONG MAK!TOLONG AYAH! KAMI TERSEPIT..Aku faham pendapat hakim..tapi naluri anak-anak yang masih umur kanak-kanak..yang masih mengharapkan belaian kedua ibubapanya...pastinya gundah gelana hati dia orang. Berat dan sedihkan dia orang nak buat keputusan?. Pada aku..hakim ajer la putuskan..wanita di luar sana..Pendapat u all?

Sumber: Kosmo.Online.com
Berlaku ketegangan antara Zaimi (kiri) dan Che Rozanah di luar Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Terengganu semalam
 
Tiga beradik diberi pilihan
KUALA TERENGGANU – Mahkamah Tinggi Syariah di sini semalam memberi peluang kepada tiga kanak-kanak untuk memilih sendiri haluan mereka sama ada mahu berada di bawah jagaan ibu atau bapa.

Hakim Rosdi Harun membuat keputusan itu selepas pasangan Zaimi Tumin, 37, dan Che Rozana Che Ismail, 32, gagal bermuafakat berhubung hak penjagaan terhadap tiga anak mereka ketika kes tersebut dibicarakan. Pasangan itu bercerai pada tahun 2008.

Sehubungan itu, Muhammad Fairuz Saifudin Zaimi, 11, serta dua adik perempuannya Nur Syafiqah, 10, dan Nur Suraya Hani, 8, akan dipanggil ke Mahkamah Tinggi Syariah di sini pada 28 Februari ini untuk mendengar keputusan mereka.

KU SANGKA PANAS SAMPAI KE PETANG TETAPI HUJAN DI TENGAHARI ..BILA DAH HUJAN..PERGHH BANJIR SEMINGGU KAMPUNG AKU...ALAHAI

                                                                                                                                                    WANITA SIMPATI YANG MANA                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                    
                                                                               DIA 2 NI..TUKAR BUAH LE..NAKAL
Aku ni bukan nk jaga tepi kain orang..tapi..ya la dah celebrity..bkn aku le..Watie n Joey la…saja la nak sokseh sokseh ckit. Ini dugaan dia bertiga..esok esok diri kita belum tentu…Dalam hal dia orang ni…ada perkara menarik kita boleh bincangkan iaitu…aku terbaca statement orang rumah Joey kata nya “Joey ada berterust-terang yang dia ada hubungan sulit dengan Watie.” Berterus-terang!? Sudahnya jadi macam ni..berterus-terang salah tak berterus-terang pun perempuan kata tidak jujur..teringat kata kawan aku di Belanda..”honesty sometimes it hurt!!!”..jadi apa lelaki patut buat sebenarnya ni???

Sunday, February 13, 2011

SAAT SI 'kecil' memadamkan 'EGO'ku sebagai bapa..

Kita sememangnya perlu bersyukur dilahirkan ke dunia ini Tuhan telah member i amanah yang amat besar iaitu menjaga agama dan keluarga. Walaupun kadangkala kedua amanah ni amat berat kita rasa tapi  sedar tak sedar ada antaranya kita berjaya laksanakan. Bagi mereka yang berumahtangga dan mempunyai anak..peringatan dari  Allah ‘harta dan anak2 ada lah perhiasan hidup kamu maka jagalah ia agar tidak terjerumus ke neraka’…memang berat bukan? Yang belum punyai anak..maka isteri atau suami adalah amanah mereka..Aku sekali sekala merasa diri ini macam tak jalankan amanah tersebut..tapi apabila melihat si comel aku umurnya 6 tahun la..dah masuk pra sekolah, tanpa dia nampak aku melihatnya nyorok2, rupa2nya Mila ooi..angkat tangan diri depan tandas…Ya Allah..baca doa nak masuk tandas. Bergenang air mata aku ni…mana taknya..abahnya ni..hampehh..kalau nak masuk tandas…berdesupp ajer…kekadang tuala pun tak berikat.
Amalan tu ringan tapi susah aku nak buat..itu aku la tapi ibu ibu luar sana…bagus2…tak gitu bu? Gembiranya bukan apa..sehina aku ni ….alhamdulillah…dapat juga bagi didikan pada anank-anak aku. Aku kagum dengan kawan2 aku yang kehidupan dirinya…cacamarba..tapi tak lupa menyekolahkan anak2…celah celah tu anak tip top dalam sekolah..(sedih rasanya bila mengenangkan nasib anak2 yatim tiba-tiba). Jadi aku post potongan doa yang ringkas ini untuk para ibu bapa…mudah-mudahan kenikmatan nyangkung (bukan ngankung ya!!!) atau duduk tu..kita dapat rasai…
Ini lah doa buat aku terharu saat anakku di depan tandas
pandangan biasa tandas2 di Malaysia..

hahh!!yg ini mintak mintak dijauhkan le ya! anak2..

Friday, February 11, 2011

Sumber Berita Harian Metro: Suntikan membesarkan punggung bawa maut (suntikan kosmetik).

ehsan:adrant.com  : sekadar untuk topik kita..  
                                                                                                                                                          
                                                                                                                                                       


tak patut bincang pasal punggung makcik ni...                          ehsan: loupiote.com
Ianya terjadi di barat daya Philadelphia, USA pada seorang wanita. Macam aku ni biasanya dengar kes-kes suntikan kosmetik bawa maut hanya pada bahagian wanita yang saiznya mengikut saiz cawan..(perghh berat nak menaipnya)…tapi ..ini pandangan lelaki tau…punggung yang menarik pun bakal menjadi perhatian lelaki..tapi kalau bolehla kan…yang original…jangan sampai suntik..bawa maut kak ooi!!!! PERLUKAH?

Tuesday, February 1, 2011

ku tetap setia...tapi kau masih mahu mencuba yang lain! tidak!!!!

aku janji nggak ngulangi..serikk!!                         wah ini bisa bikin yg baru..
                                                                                    sabar pak!