About Me

My photo
Lahirnya ramai wanita hebat yang mempunyai minda kelas pertama, menyedarkan aku bahawa diri ini jangan terus ego supaya aku dapat meneruskan perjalanan hidup yang lebih baik bagi hari-hari yang mendatang. Memahami diri seorang wanita bagai tiada penghujungnya kerana kelembutan mereka mengatasi kegagahan lelaki mampu menggoncangkan dunia. Justeru, usaha diri ini tidak kenal erti penat untuk terus memahami ciptaan Tuhan yang dikenali sebagai WANITA.

Monday, July 25, 2011

MUNTAH 2 WANITA YANG KELAPARAN


Nabi s.a.w telah ditanya oleh seseorang, “ Apakah itu mengumpat?” Baginda bersabda, ‘ Bercakap tentang sesuatu yang tidak disukai oleh seseorang di belakangnya.’ Penyoal tadi bertanya lagi, “ Bagaimana kalau perkara yang diperkatakan itu memang ada padanya?” Baginda s.a.w menjawab, “ Itulah mengumpat, kalau ia sememangnya tidak ada maka itu adalah fitnah”. Banyak riwayat yang menyatakan sekeras-sekerasnya amaran terhadap perbuatan mengumpat dan mencemari maruah seorang Islam.

Pada zaman Nabi s.a.w terdapat dua orang perempuan yang berpuasa. Mereka mengalami kelaparan yang amat sangat sehingga tidak dapat tertanggung lagi, mereka hampir-hampir mati. Para sahabat r.anhum telah bertanyakan Nabi s.a.w tentang mereka lalu Nabi s.a.w telah hantarkan pada mereka satu bekas dan telah diperintahkan muntah dalam bekas tersebut. Mereka berdua pun muntah lalu telah keluar ketulan-ketulan daging dan darah yang dimakan mentah-mentah. Orang ramai kehairanan, Nabi s.a.w bersabda, “ Kedua-dua perempuan itu telah mulakan puasa dengan rezeki yang halal tetapi kemudiannya mereka telah mengumpat , sama seperti mereka makan makanan yang haram.”

Maka cara terbaik untuk mendapat keberkatan berpuasa ialah menjauhkan diri daripada dosa-dosa khususnya dosa mengumpat yang pada masa kini menjadi satu kerja untuk menghabiskan masa berpuasa. Allah telah menggunakan perkataan ‘makan daging saudaramu yang mentah’ untuk menerangkan mengumpat dalam Al-Quran.

Moga dengan keberkatan doa seharian kita, Allah menjaga kita yang berdosa ini yang banyak menghidap penyakit-penyakit ini kerana takut, dengan penyakit ini, selepas kita menunaikan puasa, kita tidak tahu sama ada puasa kita itu layak diterima ataupun tidak. Perasan takut perlu juga ada pada akhir setiap ibadat yang lain. Ini kerana mungkin ada kesilapan yang kita tidak sedar lalu kerana kesilapan itu ibadat kita akan dicampakkan ke muka kita yakni tidak diterima. Sebagai contoh, Nabi s.a.w ada bersabda, “ Ramai orang yang membaca al-Quran sedangkan al-Quran terus melaknati mereka”..Allahhuakbar

Berdoalah kita semua supaya Allah menjadikan puasa kita sebagai penyebab keredaan-Nya.