Photo ehsan: ekawan.com
Kerajaan telah mensasarkan 2020 sebagai wawasan negara maju. Tidak dinafikan pelbagai usaha, pakej dan belanja telah digembelingkan bagi mencapai tujuan tersebut. Namun demikian, harus diingat dan diambil perhatian terutama syarikat-syarikat telekomunikasi yang pandai bermain kata-kata melalui iklan-iklan mereka bahawa 9 tahun lagi, bukanlah satu tempoh yang panjang, kejam celik siapa menyangka 2020 bakal menghampiri kita dalam tempoh kurang dari 10 tahun. Pun begitu, setidak-tidaknya biarlah dalam tempoh tersebut terutamanya hari ini, sudah ada satu pencapaian yang kami rakyat dan pengguna secara keseluruhan satu negara, tanpa ada ketinggalan sebesar kuku pun, mengiktiraf sendiri Malaysia ini sudah mula diiktiraf sebagai sebuah negara maju. Maju dari sudut kita dahulu tahu, dapat, dengar dan lihat. Ini langkah pertama kita perlu perolehi baru rakyat sendiri merasakan fasanya sudah bermula dan sudah boleh diangkat sedikit Malaysia sebuah Negara maju. Dengan cara apakah 4 sudut tadi (tahu, dapat, dengar dan lihat) mampu dicapai? INTERNET.
Amat menjengkelkan bila teringat iklan-iklan syarikat yang menawarkan perkhidmatan internet ini terutama yang aku langgani, Strymex_Mobility melalui pakej RM90.00 yang menurut iklan tersebut dikira pantas. Memang aku duduk di kampung tetapi seperti awal tadi aku katakan, untuk mencapai sedikit taraf negara maju janganlah kita ketinggalan sedikit pun maklumat terkini apa yang berlaku di seluruh dunia untuk setiap waktu. Perlu diingat dikampung ramai pengusaha-pengusaha IKS yang sudah memasarkan produk mereka di seluruh dunia dengan hasil usaha kerajaan kita selama ini. Kerajaan juga melalui Kementerian Pendidikan telah menyumbangkan sebuah komputer riba kepada murid-murid termasuk di luar bandar agar tidak ketinggalan dalam erti kata sebuah negara maju. Namun, dengan perkhidmatan seperti Strymex_Mobility ini yang tersekat kadang-kadang mengambil masa hingga 2 atau 3 jam, amat mengecewakan. Semangat kenegaraan sebagai negara maju bukan terletak pada kerajaan dan rakyat sahaja, syarikat-syarikat koporat juga tidak terkecuali. Jangan sibuk mencari keuntungan tetapi jangan lupa akan tujuan asal kerajaan menganugerahkan peluang perniagaan kepada anda. Nukilan ini bukan bertujuan memburukkan tetapi kata Nabi “mereka yang berjaya adalah mereka yang bersedia menerima teguran”. Bagi mereka yang melayari blog aku ini dan membaca post ini, klik share di ‘f’ agar masalah ini dapat diatasi secara total.
masalah ini selalu benar berlaku sampai rasa nak menjerit..ganggu kerja betul!!!
ReplyDeletedia orang ni pun..kena lah alert hal ni..kita dah bayar apa!!
ReplyDeletegeram aku asyik sikit sikit lembah kelang yang upgrade dulu...seluruh negara la..ramai apa orang luar bandar yang ada perusahan sendiri..asyik kita ajer nak support bizness dia orang tapi bagila better service!!!
ReplyDeletetension siot..
ReplyDeletetau tak pa..mahal lak tu
ReplyDeletetu la pasal..dia tak tau blogger ramai dok kampung niiiii!!
ReplyDeleteyang tak tahan hang berjam jam tu kadang2..sakit jiwa kalau nak surf hal hal kerja.
ReplyDeletekadang kadang sampai tertidur-tidur pokcik bila kat hang nak ok semula..wi5 oh wi5
ReplyDeletekadang-kadang tu macam ikut faktor cuaca kalau nak'hang'
ReplyDeletejerit ajer tau..jgn mengerang!!
ReplyDeletetu la pasal..bayar yg kira mahal jugak la bg aku yg serba salah ni
ReplyDeleteya la..cubalah upgrade kaw. lembah berahi ke..oops!?
ReplyDeleteaku rasa kalau berjam-jam ni..berzikir lebih baik kan?
ReplyDeletenak buat cammana..beginilah level servis kita hidup di malaysia
ReplyDeletemakcik ni kalau nk sembang ngan kawan naik segan asyik hang ajer line...
ReplyDeletekita kena bersuara kitaro..tk leh terima ajer
ReplyDeletekesian makcik...
ReplyDelete