96 masjid yang wujud dan terbina di negara ini adalah melalui hasil ikatan muafakat kelompok masyarakat yang berjanji akan mengimarahkannya dengan nilai-nilai murni berlandaskan ajaran-ajaran al-Quran dan Hadis. Namun pemuafakatan dan perjanjian itu terlerai disebabkan oleh sikap masyarakat tersebut yang gagal menuruti dan seterusnya membelakangkan setiap ajaran kitab dan hadis. Dalam konteks kehidupan dan sifat sebagai manusia pula, mereka kurang bertoleransi dan gagal membendung ego masing-masing dalam menyelesaikan satu-satu masalah. Maka, masjid-masjid ini akhirnya bermasalah dan terpaksa ianya diruntuhkan menurut kehendak qada’ dan qadar Allah. 96 masjid ini adalah perumpamaan untuk 96 ikatan perkahwinan dan akhirnya bercerai di kalangan pasangan Islam yang berlaku dalam sehari di Malaysia menurut perangkaan yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dan kadar ini dijangka akan terus meningkat. Kita perlu sama-sama memikirkan dan muhasabah diri agar ianya tidak menjadi penyakit yang sukar dirawat akhirnya.
About Me
- shestepsintoo
- Lahirnya ramai wanita hebat yang mempunyai minda kelas pertama, menyedarkan aku bahawa diri ini jangan terus ego supaya aku dapat meneruskan perjalanan hidup yang lebih baik bagi hari-hari yang mendatang. Memahami diri seorang wanita bagai tiada penghujungnya kerana kelembutan mereka mengatasi kegagahan lelaki mampu menggoncangkan dunia. Justeru, usaha diri ini tidak kenal erti penat untuk terus memahami ciptaan Tuhan yang dikenali sebagai WANITA.
Saturday, March 5, 2011
96 MASJID DI MALAYSIA KINI MENJADI PERHATIAN DAN AKAN DIPANTAU OLEH JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM).
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
wow..we should worried about this.
ReplyDeletemasing2 kena muhasabah diri.....
ReplyDeletesememangnya melayari bahtera perkahwinan bukan satu perkara yang mudah kerana kita sentiasa di uji
ReplyDeleteaku ingat masjid yang ada buat sembahyang le tadi..cuak jugak apa masalahnya..rupanya memang betul-betul masalah ni
ReplyDeletekalau sehari 96 perceraian...setahun? wow!!!banyak tu..bermasalah la masyarakat kan?
ReplyDeleteyang menjadi mangsa anak2..kadar janda dan duda pun tinggi le kan..aku memang kesian pada janda2..bkn apa simpati
ReplyDeletemakcik harap akhirnya hidup kita di alam rumahtangga semuanya dah tak ada kes cerai berai
ReplyDeletetak ada cara lain dah..just ikut ajer apa agama kita suruh..tapi..cakap senang le kan
ReplyDeletelili kena jaga baik2 tau percakapan dgn suami..eh..lili dah kawin ke?
ReplyDeletemuhasarawk tak leh ke han? hihi..insyallah kami semua akan sentiasa muasabah diri
ReplyDeleteya laut..maklumlah ko ni laut..bahtera ajer ingatnya
ReplyDeletebiasa lah kitaro..bagi hangat ckit
ReplyDeletecalculator aku rosak bro..tapi memang bnyk.
ReplyDeletehehehe..nak ramai janda kalau ko simpati..ramai kat Janda Baik...kakaak
ReplyDeleteya makcik begitulah hendaknya doa kita semua
ReplyDeletehabis kena lah ckp dan ingatkan...tak salah kan ingat mengingati
ReplyDeleteklu x de jnda x de le kopi jnda...........
ReplyDeletewah wah...kak wa dh terror komen tu...yg tak acinya kopi duda tak ada...pahit sangat kot kopi duda nih...hahahaah
ReplyDelete