About Me

My photo
Lahirnya ramai wanita hebat yang mempunyai minda kelas pertama, menyedarkan aku bahawa diri ini jangan terus ego supaya aku dapat meneruskan perjalanan hidup yang lebih baik bagi hari-hari yang mendatang. Memahami diri seorang wanita bagai tiada penghujungnya kerana kelembutan mereka mengatasi kegagahan lelaki mampu menggoncangkan dunia. Justeru, usaha diri ini tidak kenal erti penat untuk terus memahami ciptaan Tuhan yang dikenali sebagai WANITA.

Monday, March 28, 2011

INIKAH TINDAKAN JABATAN BERWAJIB TERHADAP PEMERGIAN ANAK AHLI SYURGA-ADELIA?

Esok 30/03/2011 genap 2 minggu pemergian Adelia sebagai antara anak-anak kecil yang akan menghuni syurga Allah. Yang menanti penuh sabar saat tiba hari pembalasan untuk membawa bersama kedua ibubapanya ke dalam syurga menikmati nikmat syurga yang sebenarnya…amen. Insyallah. Namun demikian sayangku Adelia kami akan teruskan hidup ini sehingga waktunya kelak demi mencari kebenaran punca pemergianmu sayang dalam dunia yang penuh tipu daya ini. Sayangku Adelia, sehingga saat diriku menukil tulisan ini, tiada hasil tindakan yang sewajarnya kami terima bahawa mereka yang berwajib membela pemergianmu kecuali ibubapamu dan kami yang masih berjuang mencari punca sebenar dirimu meninggalkan kami dan percaya lah sayangku Adelia, ianya tidak akan terhenti. Kesanggupan kakitangan JKM yang kononnya berkerja secara professional, telah dan masih menghantar anak-anak mereka ke Taska di mana dirimu meninggalkan kami amat mengecewakan dan mengejutkan kami. Dimanakah kesedaran mereka ini atas undang-undang yang mereka sendiri reka iaitu taska yang terlibat mesti mendapat kebenaran  yang sah terlebih dahulu sebelum menerima bayi yang  seumur denganmu sayangku Adelia?!. Celaan yang kami terima amat pedih kerana menghantar dirimu sayang ke Taska, seumpama kami ini tidak menyayangi mu sepenuh hati itu juga bakal diterima sepatutnya oleh kakitangan terbabit kerana mereka juga perlu melaksanakan tanggungjawab terhadap amanah lain yang Allah berikan sebagai khalifah di dunia ini..bolehkah mereka korbankan kerjaya mereka dengan tidak menghantar ke Taska terbabit sementara mereka mencari Taska lain yang berdaftar…jawapannya AMAT SUKAR kerana ianya perlu melalui polisi sebuah jabatan yang mengambil proses yang panjang. Akhirnya, Taska terlibat masih tetap beroperasi walaupun ianya dalam siasatan jabatan tersebut..sedih sayang bila teringatkan mu SAYANGKU ADELIA.

Saturday, March 26, 2011

‘LADY GAGAK’ SEARCH FOR RM2.00 COFFE SHOP IN MALAYSIA..RESULT>D’SANACAFE GRISEK, JOHOR


Teruja aku bila melihat tajuk ini sekali pandang. Bila aku melihat penuh pengamatan, aku fikirkan “lady gaga”..rupa-rupanya “lady gagak”. Namun itu tidak penting kerana hakikatnya memang wujud kedai kopi atau cafĂ© di mana menu makanannya berasaskan harga RM2.00. Ianya terletak di sebuah pekan kecil di peta Malaysia tetapi ianya sebuah pekan yang gah di kalangan pemerhati politik tanah air iaitu Pekan Gersik, Ledang, Johor. Pelbagai menu makanan untuk mereka yang mementingkan diet boleh didapati di D’SANACAFE ini pada harga hanya RM2.00 sahaja. Silalah singgah seandainya pada suatu hari nanti anda dan keluarga anda datang ke daerah Ledang Johor untuk mencuba menu seperti sup kambing, nasi ayam, mee rebus, bubur nasi laut merah dan lain-lain lagi. Selamat menjamu selera.

Sunday, March 20, 2011

KISAH RINDU SEORANG BERGELAR PAK LONG


AH pusat jagaan di Shah Alam tempat Adelia didakwa tersedak susu sebelum meninggal dunia.


KUALA LUMPUR – Pasangan suami isteri, Muhammad Nizzam Aminuddin dan Fariza Tukir tidak akan dapat melupakan detik hitam dalam hidup mereka pada Rabu lalu apabila menerima panggilan kecemasan mengatakan anak bongsu mereka, Adelia yang baru berusia dua bulan sedang nazak di sebuah taman asuhan kanak-kanak (taska) di Shah Alam, Selangor.
Pada waktu itu, mereka sibuk memilih pakaian untuk Adelia di sebuah pasar raya di Shah Alam.
Muhammad Nizzam, 34, masih ingat dia bersama isterinya berkejar ke Pusat Perubatan Darul Ehsan di Seksyen 14 selepas pengurusan taska memaklumkan arwah dihantar ke sana dari sebuah klinik di Seksyen 10.
Mangsa sebelum itu dipercayai tersedak ketika diberi minum susu botol oleh kakitangan taska itu.
Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Apa yang berlaku sehingga menyebabkan pemergiannya? Akhirnya ditatapi seluruh negara. Dirimu dikenali ramai hanya setelah ketiadaanmu. Wajah mu ini pasti tidak akan terlepas dari pandangan dan pengamatan kami yang hidup di dunia ini kerana wajah mu wajah ahli syurgaNya, wajah yang menjadi kesayanganNya. Pastinya sekarang kamu bahagia bersama bidadari-bidadari yang menjagamu. INI PASTI. Percayalah sayang..kami yang hidup ini…sesaat pun tidak mahu terlepas dari menatangmu..kami ingin gadaikan punca rezeki demimu kerana dirimu adalah rezeki dan harta yang tidak ternilai harganya tetapi kami tetap patuh bertaburan selepas menyembahNya mencari rezeki untukmu sayang. Kami pasti ada mereka yang menyangka sudah terlepas dari tanggungjawab menjaga harta yang tidak ternilai seperti dirimu, akan mencela kami dengan cara pemergianmu meninggalkan kami. Mungkin mereka terlupa segala usaha kami ini telah diatur sebegitu rapi oleh Dia. Pemergianmu sayang, menguatkan tauhid kami dicelah-celah sekumit celaan yang kami terima sayangku Adelia. Namun kami tetap menginginkan darjat yang mulia di sisiNya, memaafkan sesama manusia, pun begitu tanpa usaha seseorang supaya dirinya dimaafkan ianya bagaikan satu tanggungjawab yang cuba dilepaskan dan bagi Dia adalah lebih baik jika kita semua mengetahui. Moga Allah memberi petunjuk kepada kami sebab pemergianmu SAYANGKU ADELIA.(PAK LONG RINDU KAMU)

Tuesday, March 15, 2011

AL-FATIHAH UNTUK ANAK SAUDARAKU ADELIA BT MUHD NIZAM YANG BARU SEBENTAR TADI KE RAHMATULLAH.



ALLAH lebih menyayangi anak saudaraku yang baru berumur 2 bulan 3 hari. Senyuman nya kepada ku sebelum kepulangannya ke Shah Alam selepas pantang rupa-rupanya senyuman terakhir selepas disahkan meninggal di Taska pagi ni…amat menyedihkan..bila meingatkan aku mendodoikan dia ketika susah dia untuk tidor dan diam bila aku dodoikan dengan kalimah…Laillahhaillallah. Pak Long semua pasti akan merinduimu sayang….Untuk adik2 ku Nizam dan Fariza Tukir..Allah lebih menyayangi Adelia dan redhalah akan ketentuan Allah..Allah telah berjanji syurga untuk Adelia.

Sunday, March 13, 2011

GERSIK DAN HUJUNG TAMBAK YANG BERTUAH

Sudah lama aku hendak terbitkandalam blog aku betapa bertuahnya orang Gersik dan Hujung Tambak dapat keluar suratkhabar iaitu suratkhabar SINAR Edisi Johor tapi tidak berkesempatan. Jadilah, sekali mungkin seumur hidup ini peluang kami hendak dapat keluar suratkhabar.
‘Moral of the photo’ : Bapa Mertua dan Menantu ia tetap seperti Bapa dan Anak, jangan kita sebagai menantu derhaka pada bapa mertua. Love you Papa.

Saturday, March 12, 2011

ISU BERKURUN REBUTAN BATAS OLEH MALAYSIA & SINGAPURA AKHIRNYA SELESAI.

Permintaan yang tinggi terhadap produk keluaran IKS di Singapura dan Malaysia terutama yang berkaitan secara langsung dengan tanah pertanian telah menyebabkan rebutan tanah kedud-dua pihak. Produk IKS yang menjadi kegilaan dan minat pengguna yang dimaksudkan ialah kerepek @ ceriping ubi. Tanah yang terhad untuk membuat batas-batas menanam ubi bagi tujuan tersebut  menyebabkan perebutan ini berlaku selama berkurun lamanya sehinggalah semalam ianya selesai melalui pinjaman tanah untuk dibuat batas oleh 2 pihak (pihak ke-3) yang tidak mengenakan sebarang bayaran sesen pun. Butiran terperinci seperti di bawah
1)    Singapura
Pinjaman daripada : En. Gurau
Bukti hakmilik         : Gurau dalam hidup ada batasnya
Pengesahan            : Sah
2)    Malaysia
Pinjaman daripada : En Sabar
Bukti hakmilik         : Sabar dalam hidup ada batasnya.
Pengesahan            : Sah
Tempoh pinjaman daripada kedua-dua pihak ini tertakluk kepada sejauh mana En.Sabar mampu bertahan dengan kerenah En.Gurau. Maka selesailah isu penting ini dengan aman dan damai.

Tuesday, March 8, 2011

SILA PASTIKAN SENARAI KOPI-KOPI INI BENAR-BENAR SELAMAT SEBELUM SURIRUMAH ANDA MEMBELINYA DI PASARAN.

KOPIKO : WAKIL UNTUK PENGELUAR GULA-GULA
KOPITIAM: WAKIL ORANG HOKKIEN YANG TIDAK BOLEH SEBUT PERKATAAN DIAM DENGAN BETUL (LU TIAM!!)
KOPISIAP : WAKIL DARIPADA PEMBANCUH-PEMBANCUH KOPI
KOPINJAM : WAKIL DARIPADA PERSATUAN AH LONG SEMALAYSIA
KOPILU : WAKIL DARIPADA ORANG-ORANG YANG PILU HATINYA
KOPITAM : WAKIL DARIPADA ORANG ADA MASALAH SELALU PITAM
KOPILIH : WAKIL DARIPADA SPR (SURUHANJAYA PILIHANRAYA) KHAS PADA HARI MENGUNDI
KOPICIT : WAKIL DARIPADA PERSATUAN RUMAH-RUMAH URUT
KOPIKAT : WAKIL DARIPADA PENGANJUR KURSUS-KURSUS PERNIKAHAN.
KOPIANNAN : WAKIL DARIPADA PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU (PBB)
PHOTOKOPI : WAKIL DARIPADA BEKAS-BEKAS TENTERA INGGRIS YANG BERKHIDMAT DI MALAYA (itu sebab terbalik menyebutnya..kopi di belakang)
Kepada sesiapa yang ada niat nak pasarkan product kopi mereka tapi malu-malu kucing atau malu-malu orang utan ke..click comment di blogku ini khususnya wanita-wanita yang selama ini berminat dalam industry IKS atau Kedai Makan RM2.00 Gersik, Muar..(hihi..sekali sekala promote kedai kawan-kawan…Yaho!!!), dan tuliskan product kopi anda..USAHAKAN DENGAN HATI YANG PENUH SEMANGAT SUPAYA IANYA BERJAYA!!( fuhhh..skima le pulak aku ni..kikiki)

Sunday, March 6, 2011

PENGALAMAN TRAGIS SEORANG PETUGAS BANJIR UMNO DI PAGOH, MUAR BARU-BARU INI.

Dia seorang pemabuk, kaki judi, pemarah, suka mengacau anak dara dan isteri orang, suka menyeksa binatang, selalu mendera isteri dan anak-anak, suka merosakkan harta benda awam, mencuri kelapa sawit dan getah beku orang, mencuri wayar telefon dan letrik, memeras ugut, kaki gaduh dan lain lain lagi. Pendek kata segala yang jahat dan tidak elok mesti akan berkaitan dengan dirinya. Memang, orang kampung kalau ditanya, jawapan mereka tidak ada lain, “minta-minta ditangkap atau musibah lah akan berlaku atas dirinya”…ya la sudah geram dan sakit hati. Polis? betul dah bertindak namun masih gagal untuk mengaitkan beliau. Dukun Pak Seman pun dah jampi-jampi dari jauh, pun tidak berkesan. Apatah lagi aku ni yang orang kampung memang tahu, ada hal-hal macam ini akan cari aku…pergh menaip ni pun guna siku..teruk aku kena tonoi!!!!!. Sungguh pelik semua orang, ilmu apa yang si dia ni guna?!. Dah la tu, lagi pelik tapi benar..dalam bencana banjir besar berlaku di DUN Pagoh baru-baru ini, hanya rumah dia yang tidak terkena banjir walaupun rumahnya kalau nak diikutkan dibina di kawasan takungan..sedikit air banjir pun tidak mencecah ruang laman rumah dia ni. Namun demikian disebabkan kedegilan dan keterejalan dia ni..nak jugak daftar sebagai mangsa banjir..eehh nakkan wang ihsan selepas banjir ni tadi. Alamak,  again (dengan izin), aku yang bertugas di pusat pemindahan terpaksa berhadapan dengan si jantan ni. Relax, tiada apa yang berlaku. Akhirnya segala persoalan yang orang kampung dan pihak berkuasa tertanya bagaimana dia terselamat dari tangkapan atau bencana selama ini..dileraikan oleh aku le..siapa lagikan!..dalam menulis namanya menggunakan siku ni aku tersenyum namun terpaksa jugak aku tulis..EN. SELAMAT BIN SEJAHTERA. Alamat: T/L 00, KG ORANG KAMPUNG TERKENA..maka berlalu pergilah orang kampung dan pihak berkuasa dari sini seperti mereka yang telah membaca nukilan ini dengan lesu sambil menundukkan kepala melihat ke bumi.

Saturday, March 5, 2011

96 MASJID DI MALAYSIA KINI MENJADI PERHATIAN DAN AKAN DIPANTAU OLEH JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM).

96 masjid yang wujud dan terbina di negara ini adalah melalui hasil ikatan muafakat kelompok masyarakat yang berjanji akan mengimarahkannya dengan nilai-nilai murni berlandaskan ajaran-ajaran al-Quran dan Hadis. Namun pemuafakatan dan perjanjian itu terlerai disebabkan oleh sikap masyarakat tersebut yang gagal menuruti dan seterusnya membelakangkan setiap ajaran kitab dan hadis. Dalam konteks kehidupan dan sifat sebagai manusia pula, mereka kurang bertoleransi dan gagal membendung ego masing-masing dalam menyelesaikan satu-satu masalah. Maka, masjid-masjid ini akhirnya bermasalah dan terpaksa ianya diruntuhkan menurut kehendak qada’ dan qadar Allah. 96 masjid ini adalah perumpamaan untuk 96 ikatan perkahwinan dan akhirnya bercerai di kalangan pasangan Islam yang berlaku dalam sehari di Malaysia  menurut perangkaan yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dan kadar ini dijangka akan terus meningkat. Kita perlu sama-sama memikirkan dan muhasabah diri agar ianya tidak menjadi penyakit yang sukar dirawat akhirnya.

Thursday, March 3, 2011

TIDAK PELIK TAPI BENAR: SEORANG WANITA DIJATUHI HUKUMAN GANTUNG SEJAK 3 TAHUN LALU MASIH HIDUP HINGGA SAAT INI.

Kejadian ini berlaku di sebuah negeri Timur Tepi, yang mempunyai kepadatan penduduk yang sendat. Saat ilusi ku meniti titian usang di kampung ini, aku dikejutkan dengan berita yang terpampang pada tembok yang memecahkan record Tembok Besar Cina yang diberi nama oleh penduduk kampung tersebut Tembok Besar Otak Bersaraf..sungguh menakjubkan. Berita mengenai seorang wanita dihukum gantung sejak 3 tahun yang lalu masih bernyawa hingga saat ini. Catatan berita terbitan Suratkhabar BERITA HARIMAGINASI seperti dibawah:
          PENERIMA HUKUMAN : WANITARI BTE BAPHADIA
          PENGHUKUM : LAKINYAMAT BIN LAKIMAKLAKINYA
          TARIKH JATUH HUKUM : 2008
          BENTUK HUKUMAN : DIBIAR GANTUNG TIDAK BERTALI
          KESAN PADA MASYARAKAT : TERKENA

Tuesday, March 1, 2011

KERAJAAN MALAYSIA.. TOLONG NASIHAT SYARIKAT TELEKOMUNUKASI YANG ADA..JANGAN CARI GAH DIMATA DUNIA SEDANGKAN KHIDMAT HAMPEHH!!

Photo ehsan: ekawan.com

Kerajaan telah mensasarkan 2020 sebagai wawasan negara maju. Tidak dinafikan pelbagai usaha, pakej dan belanja telah digembelingkan bagi mencapai tujuan tersebut. Namun demikian, harus diingat dan diambil perhatian terutama syarikat-syarikat telekomunikasi yang pandai bermain kata-kata melalui iklan-iklan mereka bahawa 9 tahun lagi, bukanlah satu tempoh yang panjang, kejam celik siapa menyangka 2020 bakal menghampiri kita dalam tempoh kurang dari 10 tahun. Pun begitu, setidak-tidaknya biarlah dalam tempoh tersebut terutamanya hari ini, sudah ada satu pencapaian yang kami rakyat dan pengguna secara keseluruhan satu negara, tanpa ada ketinggalan sebesar kuku pun, mengiktiraf sendiri Malaysia ini sudah mula diiktiraf sebagai sebuah negara maju. Maju dari sudut kita dahulu tahu, dapat, dengar dan lihat. Ini langkah pertama kita perlu perolehi baru rakyat sendiri merasakan fasanya sudah bermula dan sudah boleh diangkat sedikit Malaysia sebuah Negara maju. Dengan cara apakah 4 sudut tadi (tahu, dapat, dengar dan lihat) mampu dicapai? INTERNET.
Amat menjengkelkan bila teringat iklan-iklan syarikat yang menawarkan perkhidmatan internet ini terutama yang aku langgani, Strymex_Mobility melalui pakej RM90.00 yang menurut iklan tersebut dikira pantas. Memang aku duduk di kampung tetapi seperti awal tadi aku katakan, untuk mencapai sedikit taraf negara maju janganlah kita ketinggalan sedikit pun maklumat terkini apa yang berlaku di seluruh dunia untuk setiap waktu. Perlu diingat dikampung ramai pengusaha-pengusaha IKS yang sudah memasarkan produk mereka di seluruh dunia dengan hasil usaha kerajaan kita selama ini. Kerajaan juga melalui Kementerian Pendidikan telah menyumbangkan sebuah komputer riba kepada murid-murid termasuk di luar bandar agar tidak ketinggalan dalam erti kata sebuah negara maju. Namun, dengan perkhidmatan seperti Strymex_Mobility ini yang tersekat kadang-kadang mengambil masa hingga 2 atau 3 jam, amat mengecewakan. Semangat kenegaraan sebagai negara maju bukan terletak pada kerajaan dan rakyat sahaja, syarikat-syarikat koporat juga tidak terkecuali. Jangan sibuk mencari keuntungan tetapi jangan lupa akan tujuan asal kerajaan menganugerahkan peluang perniagaan kepada anda. Nukilan ini bukan bertujuan memburukkan tetapi kata Nabi “mereka yang berjaya adalah mereka yang bersedia menerima teguran”. Bagi mereka yang melayari blog aku ini dan membaca post ini, klik share di ‘f’ agar masalah ini dapat diatasi secara total.

TIAP YANG HIDUP PASTI KEMBALI PADA NYA: SEDEKAHKAN AL-FATIHAH UNTUK NENEK SAUDARAKU ALLAHYARHAMMAH HAJAH SITI BT KHANAN. TERIMAKASIH