About Me

My photo
Lahirnya ramai wanita hebat yang mempunyai minda kelas pertama, menyedarkan aku bahawa diri ini jangan terus ego supaya aku dapat meneruskan perjalanan hidup yang lebih baik bagi hari-hari yang mendatang. Memahami diri seorang wanita bagai tiada penghujungnya kerana kelembutan mereka mengatasi kegagahan lelaki mampu menggoncangkan dunia. Justeru, usaha diri ini tidak kenal erti penat untuk terus memahami ciptaan Tuhan yang dikenali sebagai WANITA.

Wednesday, December 14, 2011

Jangan Terlepas: Ombak Rindu DiSusuli Tsunami Cinta

Tak Ketinggalan Mengabadikan Kenangan


Kemelut dan Kritikan OMBAK RINDU

Tsunami kini menyusul setelah ombak melanda rindu...:). Biasa la itu, selepas satu-satu filem ditayangkan pasti keluar cerita pedih, pedas, manis, pahit dan berbagai-bagai lagi. Yang aku tahu dari pengalaman dan cerita sekeliling..syarikat TISU..sales JUMP gara-gara Ombak Rindu..:). Tahniah kepada pengarahnya dan semestinya pada lakonan Aaron, Maya Karin dan lain-lain.
Aaron sebelum filem ni pun..aku menonton drama2 lakonannya seperti Rahsia Hati dan Cinta Gila..memang aku cakap ni lah orangnya bakal menyayingi atau pengganti Rosyam. Aku bukan lah orang seni..tapi aku akui Rosyam hebat..cakap dia kalau berlakon memang bukan dibuat2..tapi skripnya hidup di mana kita boleh letakkan diri kita di tempat dia.."kalau aku pun..kat luar macam ni la aku cakap..bukan skima sangat".. namun aku terfikir siapalah pengganti dia. Setelah melihat lakonan Aaron..ni lah orangnya. TRUST ME. Bukan lah sebab aku minat dua pelakon ni tapi aku hanya ingin melihat filem dan drama Melayu ini di tahap yang boleh dibanggakan.
Keratan-keratan akhbar di atas biasanya selepas tayangan. Ya la lepas tayang la kan baru boleh kritik. Kemelut penulis novel dengan penerbit filem la katanya. Pasal bayaran kata gossip tersebut. Entahlah..aku teringat akan filem "LORD of THE RINGS". Sebuah filem 'box-office" yang diadaptasi dari novel jugak. Tak kedengaran pulak masalah bayaran penerbit filem dan penulis novel. Malahan penulis novel melimpah rezekinya dan terkenal sebelum dan selepas filem dibuat. Tak tahu lah kan..tapi caranya ibarat cakap macam ini lah.."Gasak kau la filem nak buat duit macam mana pun..aku minat menulis dan ini cerita aku..selagi aku terdaya aku akan menulis". Yang menarik..hingga orang ramai ternanti2..bila buku seterusnya nak keluar nii!!??.
Ombak rindu tragedi murahan?? Kalau nak buat filem 'tragedi mahal' kat Malaysia..memang mahal lah penerbit terpaksa bayar selepas ditayangkan. Bagi aku biarlah orang dengan cara tersendiri nak cari rezeki. Kutipan RM5 juta untuk filem yang kurang aksi2 'stunt' dan grafik komputer ni...dah ok lah tu. Aku rasa ada 'tragedi mahal yang sangat mahal di sini"..iaitu 'air mata'..mahal tau air mata...ingat senang2 ke nak keluarkan air mata..kalau tak kena tinggal atau dipermainkan pak we atau mak we..tak ada pasal la nak keluarkan air mata ngah weii...:). Namun aku tak nafikan maksud pengkritik. CINTA dan RINDU yang MAHAL itu MILIK SIAPA? Moga ada yang menterjemahkan ombak RINDU itu kepada yang patut akhirnya.
Sedikit penghayatan.." KETIKA CINTA MEMANGGIL, RASAILAH NIKMAT OMBAK RINDU"

Wednesday, December 7, 2011

Wanita! Gerabak Dah Dapat..Ambulan Nak Tak!!




Sekadar Gambar Hiasan

Bukanlah aku timbulkan isu ini untuk kepentingan diri tetapi sejak akhir-akhir ini, terlalu banyak kesempatan ke atas wanita yang diciptakan Allah ini diambil oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Kes-kes yang melibatkan pencabulan hak-hak wanita kerap sangat dilaporkan. Bukan nak menyalahkan sesiapa juga tetapi mengajak kita semua supaya langkah-langkah keselamatan perlu diambil sebelum banyak kejadian tidak diingini berlaku.
Contoh terdekat yang telah diambil oleh sebuah syarikat pengangkutan negara ini ialah mengasingkan gerabak yang dikhaskan hanya untuk wanita dan rasanya wanita-wanita bersyukur akan nikmat ini. Namun ada jugaksegelintir yang masih tak ambil peduli baru-baru ini ....mungkin 'couple'..nak jugak ajak teman lelakinya duduk sekali dalam gerabak khas wanita ini. Nak buat cammana...mind masih ditakuk lama.
Jadi, aku rasa mungkinkah satu hari nanti..AMBULAN_AMBULAN di negara ini perlu juga mementingkan isu keselamatan wanita ini. Mereka adalah kaum yang patut dilindungi. Jururawat negara ini sudah ada yang lelaki..sudah semestinya ada wanita-wanita yang tidak selesa akan keadaan ini. Mungkin ada yang berkata..jangan fikir sangat lah..takkan orang sakit ada yang hendak ambil kesempatan. Come on la..luar negara dah berlaku cikgu pun dah ambil kesempatan pada muridnya yang di bawah umur.
Aku tak pasti sama ada ambulan2 di negara ini dilengkapi dengan CCTV. Dan lagi membimbangkan mungkin ada kes berlaku tetapi malu atau takut untuk membuat laporan. Mungkin saja. Contoh gambar di atas lihatlah wanita yang dalam kesakitan dan mungkin tidak sedarkan diri..anda rasa selesa atau tidak jika dibiarkan sendirian bersama dalam ambulan seorang jururawat atau doktor lelaki. Mungkin anda tidak tetapi bagaiman ibubapa atau suami. Bukanlah nak kata semua lelaki ada niat tak baik tetapi syaitan dan nafsu sentiasa cuba menjadi raja dalam diri seseorang.
Mugkin kepada pembaca-pembaca post aku ini yang rasa perlu dibincangkan di platform atau medium yang lebih berkuasa...silakan. Jangan lah dah terjadi baru nak bertindak. Wanita perlu kita lindungi bukan dirasai.

Monday, December 5, 2011

Korban Cinta Agung Seorang Wanita Terhadap Kekasihnya


Pasal Photo ; Sekadar Hiasan

Sekarang ini kita mendengar dan melihat akan kisah-kisah korban cinta. Korban cinta kerana kekasih atau keluarga yang sanggup kalau tak sanggup mati... setidak-tidaknya..menangis dan menyeksa diri bagai lupa diri. Walaubagaimanapun, jika pengorbanan itu dilakukan dijalan Allah dan untuk agama Allah maka pengorbanan itu akan menjadi sebab kebahagiaan dan kemuliaan kehidupan selepas kematian. Jika kematian itu untuk dunia yang jelas 'sudah terkorban'..akhirat juga sudah pasti binasa.
Jika Sumaiyyah binti Khayyat r.anha seorang ibu yang melihat kematian anaknya dicampak dalam air panas yang mendidih sama dengan penderitaan yang dialami oleh suaminya Yasir dan puteranya Ammar semata-mata cintanya yang sejati terhadap Islam (Allah)..wajarkah wanita-wanita hari ini bersedih kerana kehilangan cinta sesama manusia?? Ada yang melafazkan 'hidup ini tidak bererti lagi tanpamu'..'lebih baik mati'...pun ada dan lebih menyedihkan..'tidak boleh hidup tanpamu'...Yang menyedihkan kerana yang punyai hak dia untuk terus hidup dan dilupai adalah Kekasih Sejati yang dia tidak mahu kenali dan dekati.
Sumaiyyah r.anha mengalami penderitaan dibaringkan  di atas anak-anak batu di padang pasir di bawah panasan matahari waktu tengah hari. Kadang2 beliau dipakaikan baju besi dan dibiarkan berdiri di bawah sinaran matahari yang terik agar penderitaannya bertambah bila matahari membakar baju besi yang dipakaikannya.
Sekiranya Rasulluallah lalu di sisi keluarga ini...pesan Rasullallah supaya bersabar dan Baginda SAW juga menyampaikan janji syurga pada mereka. Pada suatu ketika, Sumaiyyah r.anha sedang berdiri menanggung penyeksaan..Abu Jahal telah memaki hamunnya dan kemudian dalam keadaan marah Abu Jahal telah melembing kemaluannya. Disebabkan kecederaan itulah beliau telah meninggal dunia. Beliau lah orang pertama syahid dalam Islam.
Sepatutnya kita kagum dengan sifat sabar, tabah dan cekal yang ada pada seorang wanita. Rahsianya ialah apabila sesuatu perkara meresap ke dalam hati maka setiap sesuatu yang berkaitan dengan perkara itu akan menjadi mudah.
Islam menganjurkan kasih sayang sesama manusia dan kaum keluarga tetapi yang tidak dianjurkan adalah kecintaan melampau terhadap keluarga, anak2, harta dan sesama manusia kerana peringatan Allah pada kita amat berat iaitu "Jika kamu mencintai keluargamu, anak2 kamu, harta2 mu melebihi kecintaanmu terhadap agamaKu..maka nantikanlah azab dariKu"

Friday, December 2, 2011

Terimakasih Jane Pk Atas Sumbanganmu Di Facebook Untuk Wanita Lain



Video ini ku abadikan dalam blog ini sebagai menghargai rakan lama ku sewaktu bertugas di Maybank Investment iaitu Zainab Itam Derani atu di Facebook namanya Jane Pk. Aku faham saat ini beliau amat merindui arwah bapanya yang meninggal beberapa tahun yang lepas. Aku juga percaya ramai lagi wanita di luar sana sedang merindui saat susah senang bersama dan merindui belaian seorang ayah.
Video ini pun aku perolehi dari wall beliau. Aku bersyukur aku masih punyai ayah dan aku amat menghargainya sebagai satu anugerah nikmat dari Allah. Kepada wanita di luar sana yang 'tidak kedengaran lagi suara dan percakapan ayahmu untuk selama-lamanya"..doamu untuk keadamaian mereka sekarang ini amat mereka tunggu-tunggu..Doakanlah kerana 1 perkara daripada 3 perkara yang arwah bapa anda layak dikira amalannya di dunia ini ialah doa dan amalan-amalan yang dilakukan dan diniatkan oleh anak-anak yang soleh dan solehah.
Sekali lagi terimakasih kepada Jane Pk..dan aku masih lagi terkenangkan wajah arwah Bapa Kamu...:(

Tuesday, September 27, 2011

CONTOH ISTERI BAIK DAN YANG BURUK

Cari yang sesuai ya wahai rakan2ku...:)



“Allah membuat isteri Nuh dan isteri Luth perumpamaan bagi orang2 kafir. Keduanya berada di bawah pengawasan dua orang hamba yang soleh diantara hamba-hamba Kami; lalu kedua isteri itu berkhianat (nabi2 sekalipun tidak dapat membela isteri2nya dari azab Allah apabila mereka menentang agama) kepada kedua suaminya, maka kedua suaminya itu tidak dapat membantu mereka sedikitpun dari (siksa) Allah; dan dikatakan ( kepada keduanya ); “ Masuklah ke neraka bersama orang-orang yang masuk ( neraka )”.

“ Dan Allah membuat isteri Fir’aun perumpamaan bagi orang2 yang beriman, ketika ia berkata, “ Ya Tuhanku, bangunlah untukku sebuah rumah di sisi Mu ( sebaliknya sekalipun isteri seorang kafir apabila menganut ajaran Allah, ia akan dimasukkan Allah ke dalam syurga) dalam syurga dan selamatkan lah aku dri Fir’aun dan perbuatannya dan selamatkanlah aku dari kaum yang zalim”.

“ dan Maryam puteri ‘Imran yang memelihara kehormatannya, maka Kami tiupkan ke dalam rahimnya sebagian dari roh ( ciptaan) Kami; dan dia membenarkan kalimat2 Tuhannya dan Kitab2-Nya; dan adalah dia termasuk orang2 yang taat.”

                                                                        [petikan surah AT TAHRIIM: ayat 10-12]

Iman dan perbuatan baik atau buruk seseorang tidak tergantung kepada iman dan perbuatan orang lain walaupun antara suami isteri dan iman juga tidak boleh diwarisi.

Saturday, September 10, 2011

DAPATKAN PERTOLONGAN GHAIB DI SINI!!


“ Dan orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi tuntutan agam Kami, sesungguhnya kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami ( yang menjadikan mereka bergembira dan beroleh keredhaan) ; dan sesungguhnya ( pertolongan dan bantuan) Allah SWT adalah berserta dengan orang-orang yang berusaha membaiki amalannya.” ( al-Ankabut : ayat 69)

              

Tidak diragui lagi bahawa Allah SWT telah berjanji untuk mengekalkan dan memelihara agama Islam ini tetapi peningkatan dan kemajuannya memerlukan amalan dan usaha daripada kita. Sebanyak mana para sahabat Nabi telah berusaha tanpa mengenal penat lelah, setakat itulah mereka dapat menyaksikan hasilnya dan sebanyak itu juga mereka mendapat pertolongan ghaib. Bersiap sedialah untuk meninggikan kalimah Allah SWT dan menyebarkan Islam maka sudah pasti kita akan mendapat bantuan dan pertolongan ghaib daripada Allah seperti yang dijanjikan dalam ayat berikut:

“ Kalau kamu membantu (agama) Allah SWT nescaya Allah SWT membantu kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu”

                                                                                           ( Muhammad : Ayat 7)

Marilah kita ambil tawaran dari Allah iaitu menjadi penolong-penolongNya( agama) kerana masih belum terlambat untuk melakukan kebaikan. Sabda Nabi SAW:

      “ Serulah kepada amalan-amalan yang baik walaupun kamu belum beramal dengan kesemuanya dan cegahlah kemungkaran walaupun kamu belum menjauhi kesemuanya” ( Riwayat ATabrani)

Sunday, August 7, 2011

APA KAMU RASA JIKA KAMU, MEMANG ‘CONFIRM’ DIBANGGAKAN


Daripada Hazrat ‘Ubadah Bin Somit r.a.., sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah bersabda pada suatu hari ketika bulan Ramadhan telah datang kepada kami, “Telah datang kepada kamu Ramadhan, bulan yang diberkati. Allah SWT akan menumpukan perhatianNya kepadamu dalam Ramadhan, lalu Dia akan menurunkan rahmat dan akan menggugurkan dosa-dosa dan menerima doa. Dia akan memerhatikan perlumbaan kamu dalam Ramadhan dan Dia akan membangga-membanggakan kamu pada para malaikatNya. Maka perlihatkanlah kepada Allah daripada kamu akan kebaikan. Sesungguhnya orang yang celaka ialah seseorang yang telah dijauhkan daripada rahmat Allah SWT pada bulan ini.”

Subhannallah!! Allah bangga dengan kita ini (hamba-hambanya) yang membuat kebaikan dalam menjalani ibadah puasa Ramadhan. Biarlah berlalu saja kebanggaan manusia terhadap perebutan kita membuat kebaikan pada bulan ini kerana kebanggaan tersebut tidak membawa apa-apa kesan pun akan persembahan di hadapan Allah kecuali kerugian jika kita terfikir untuk bawa bersama. Mudah-mudahan tanggungjawab diri saya ini yang cuma menyampaikan apa yang para ulama telah usahakan demi rahmat Allah SWT untuk umat Islam di dunia ini diambil kira sebagai satu kebanggaan  disisiNYA sahaja. Wahai  pembaca..sampai-sampaikan lah kepada keluarga dan rakan-rakan dan moga ianya diambil kira sebagai satu kebaikan dan saudara-saudari hanya mengharapkan kebanggaan Allah terhadap diri saudara-saudari..Ameen

Thursday, August 4, 2011

HARI JUMAAT, HARI RAYA..DAH DITETAPKAN!!!


Anas telah berkata bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda:

Jibril mengunjungiku dengan membawa sebuah cermin putih dan berkata : “ Ini adalah hari Jumaat; telah ditetapkan oleh Tuhanmu sebagai hari raya untukmu dan untuk umatmu setelah sepeniggalanmu”. Ketika kutanya kepadanya : Apa yang disediakan untuk kami pada hari itu?” Ia menjawab : “ Bagi kamu, pada hari itu ada saat khusus, barangsiapa berdoa suatu kebaikan pada saat itu, Allah SWT akan member atau kalau tidak diberi, disimpan perkara lain yang lebih baik dari itu, atau bila ia mohon perlindungan dari suatu bencana yang ditakdirkan atas dirinya, Allah akan melindunginya dari bencana yang lebih besar dari itu. Hari Jumaat adalah hari termulia bagi kami ( para malaikat) dan kami akan menyebutnya, di akhirat, sebagai “hari pertambahan”. Aku bertanya : “Mengapa?”. Jawab Jibril : “ Tuhanmu telah menjadikan sebuah lembah di syurga yang lebih harum dari misk putih. Setiap hari Jumaat, Allah SWT turun dri syurga Illiyyin di atas singgasanaNYA, menampilkan diriNya di hadapan mereka, sehingga mereka dapat memandang kearah wajahNYA Yang Maha Mulia. ( Riwayat Tabrani)

Rasullulah SAW bersabda:

Di antara hari yang terbaik terbit matahari adalah hari Jumaat. Pada hai Jumaat Adam a.s diciptakan dan dimasukkan ke dalam syurga. Adam diturunkan ke bumi pada hari Jumaat. Dosa adam a.s diampunkan pada hari Jumaat dan beliau diwafatkan juga pada hari Jumaat. Hari Jumaat adalah hari kebangkitan di sisi Allah SWT sebagai hari pertambahan ( hari yang ditambah pahala). Sebab itu malaikat juga menamakannya hari pertambahan. Hari Jumaat adalah hari melihat Allah SWT di syurga.

( Hadis riwayat Muslim, Ahmad dan Turmizi)

Monday, July 25, 2011

MUNTAH 2 WANITA YANG KELAPARAN


Nabi s.a.w telah ditanya oleh seseorang, “ Apakah itu mengumpat?” Baginda bersabda, ‘ Bercakap tentang sesuatu yang tidak disukai oleh seseorang di belakangnya.’ Penyoal tadi bertanya lagi, “ Bagaimana kalau perkara yang diperkatakan itu memang ada padanya?” Baginda s.a.w menjawab, “ Itulah mengumpat, kalau ia sememangnya tidak ada maka itu adalah fitnah”. Banyak riwayat yang menyatakan sekeras-sekerasnya amaran terhadap perbuatan mengumpat dan mencemari maruah seorang Islam.

Pada zaman Nabi s.a.w terdapat dua orang perempuan yang berpuasa. Mereka mengalami kelaparan yang amat sangat sehingga tidak dapat tertanggung lagi, mereka hampir-hampir mati. Para sahabat r.anhum telah bertanyakan Nabi s.a.w tentang mereka lalu Nabi s.a.w telah hantarkan pada mereka satu bekas dan telah diperintahkan muntah dalam bekas tersebut. Mereka berdua pun muntah lalu telah keluar ketulan-ketulan daging dan darah yang dimakan mentah-mentah. Orang ramai kehairanan, Nabi s.a.w bersabda, “ Kedua-dua perempuan itu telah mulakan puasa dengan rezeki yang halal tetapi kemudiannya mereka telah mengumpat , sama seperti mereka makan makanan yang haram.”

Maka cara terbaik untuk mendapat keberkatan berpuasa ialah menjauhkan diri daripada dosa-dosa khususnya dosa mengumpat yang pada masa kini menjadi satu kerja untuk menghabiskan masa berpuasa. Allah telah menggunakan perkataan ‘makan daging saudaramu yang mentah’ untuk menerangkan mengumpat dalam Al-Quran.

Moga dengan keberkatan doa seharian kita, Allah menjaga kita yang berdosa ini yang banyak menghidap penyakit-penyakit ini kerana takut, dengan penyakit ini, selepas kita menunaikan puasa, kita tidak tahu sama ada puasa kita itu layak diterima ataupun tidak. Perasan takut perlu juga ada pada akhir setiap ibadat yang lain. Ini kerana mungkin ada kesilapan yang kita tidak sedar lalu kerana kesilapan itu ibadat kita akan dicampakkan ke muka kita yakni tidak diterima. Sebagai contoh, Nabi s.a.w ada bersabda, “ Ramai orang yang membaca al-Quran sedangkan al-Quran terus melaknati mereka”..Allahhuakbar

Berdoalah kita semua supaya Allah menjadikan puasa kita sebagai penyebab keredaan-Nya.

Thursday, June 23, 2011

HARI-HARI PERIKSA, HARI-HARI PERIKSA..


Menarik untuk aku perkatakan di sini tentang pemanduan ku ke tempat aku berniaga (moga Allah rahmati ibadah ku ini) sambil mendengar radio saluran IKIM FM melalu slot bersama seorang doktor wanita dalam berkongsi dan mencari jalan penyelesain para pendengar mengharungi dugaan Allah.

Seorang pendengar lelaki yang mengadu akan beratnya isteri beliau setelah dinasihatkan beberapa kali, supaya mendirikan solah. Boleh dikatakan amalan solah isterinya tidak lengkap 5 waktu. Kecewanya suami menasihati hingga hilang cara bagaimana untuk menasihatkannya lagi. Pada awalnya ku rasa.. isterinya jenis keras kepala dan tidak dengar kata (maaf..sekadar pendapat aku yang masih kerdil dan kurang ilmu ini).

Nasihat doktor itu amat membuka minda aku akan pentingnya kita bermuhasabah diri setiap masa. Sebelum meletakkan punca masalah itu pada orang lain, ‘periksa’ diri sendiri dahulu. Sebagai suami, jika nasihat berulang-kali tidak meninggal kesan, maka perlu kita menenangkan hati dan fikiran..lihat dalam diri dan dekatkan jiwa pada yang positif. Menilai kebaikan isteri lebih penting daripada melihat keburukan kerana setiap saat mengingati kebaikan isteri akan terhindar atau tertutup sedikit demi sedikit pandangan negative terhadap isteri.

Berapa ramai suami yang memuji isteri pada setiap masa? Berapa ramai yang berterimakasih pada isteri yang melahirkan dan menjaga anak untuk suaminya dalam apa jua keadaan? Berapa ramai suami yang mengucapkan cinta setiap hari pada isterinya? Jawapannya..amat sedikit sekali. Ramainya yang mengadu dan mengeluh pada rakan-rakan hanya kelemahan dan keburukan isteri. Isteri atau wanita amat lembut jiwanya dan sentiasa akan mengharapkan belaian kasih sayang. Pastinya kasih sayang yang ditunjukkan secara ikhlas pada isteri secara berterusan akan mendatangkan sesuatu yang positif iaitu taat pada perintah suami.

Wahai suami 1 kebaikan daripada 9 keburukan kamu warwarkan mengenai isteri kamu..maka lama-kelamaan tertutuplah semua keburukan yang ada..kerana keluhan atau ungkapan suami mengenai isterinya adalah satu doa..Insyaallah. Rajin-rajinlah kita ‘memeriksa’ diri kita sendiri.

Tuesday, June 14, 2011

PEJUANG UMNO & PAS TIADA BEZANYA KAMU DISISI ALLAH


Senario politik tanahair masakini begitu memenatkan untuk kita fikirkan. Pantang dijentik, cepat saja melenting, lantas pantas hendak cabar mencabar. Mungkin istilah diam itu lebih baik daripada berkata-kata sudah tidak sesuai untuk senario politik negara ini. Pelbagai bentuk perjuangan yang kita nampak dan yang menyedihkan perdebatan politik ini yang lebihnya di kalangan Melayu yang Islam. Satu pihak memperjuangkan Islam katanya dan satu pihak memperjuangkan hak Melayu bertunjangkan Islam. Pokoknya wahai pejuang-pejuang kita ini Islam yang bersaudara. Janganlah kita ini sesama Islam bertekak, yang bukan Islam bersorak meriah dibelakang kita. Wahai UMNO dan PAS contohilah cara Rasuluallah berpolitik kalau kita ini umatnya. Kita kena terima kita ini bangsa Melayu, kita kena bersyukur kita ini dilahirkan sebagai Islam. Tidak kira lah kamu nak kata kita ini Melayu Islam atau Islam Melayu..tetap kita ini ISLAM. Selesaikanlah perkara asas, baru semua dapat rahmatNya. Imam tidak wujud tanpa makmum, kalau ada makmum tapi makmum saf bengkang-bengkok..rahmat pasti tidak kita perolehi. Tiadanya rahmat Allah maka itu tiada penyelesaian yang kita harapkan. Jadi, jika senario yang ada sekarang ini..ada sesiapakah berani mengatakan bahwa rahmatNya telah dilimpahkan kepada kita semua? Anda boleh perjuangkan apa yang anda rasa layak diperjuangkan tapi ingatlah saudara seislam jangan bertelagah sesama kamu. Anda semua lupa perkara anda anggap kecil sedangkan ia  merupakan perkara asas limpahan dan kurniaan rahmat. Apa faedah mengutuk sesama kita seislam? Hendaklah apa yang kamu perjuangkan perjelaskan dalam parti dan semasa pilihanraya tanpa perlu memperlekeh atau mengutuk pihak lain yang membuktikan kamu beriman. Contoh paling jelas dalam memperkatakan ‘saf makmum berbengkang-bengkok’..ianya terdapat dalam UMNO dan PAS. Ini benar benar berlaku secara berleluasa dan berkembang pesat iaitu bermain 4D di kalangan akar umbi secara ‘haram’ @ ‘illegal’. Wahai pejuang…TOLONG PERANGI HABIS-HABISAN.

Hak perjuangan kita jangan kacau,kutuk dan cabar. Dasar perjuangan boleh berubah mengikut masa dan keadaan. Mengapa kita tidak perbaiki diri dan parti kita demi Islam daripada kita sibuk cabar mencabar. Kalau budaya kita selama ini bermesyuarat secara berterusan tanpa rehat untuk menyegerakan solat terutama solat Asar, kita perbaiki dengan melaksanakan secara segera, bukan apa, sebagai tanda  beriman kita ini pada Allah. Komponen-komponen parti rasanya sedia maklum bahawa agama rasmi negara ini ISLAM. Produk bank berlandaskan syariah akhirnya kaum lain boleh terima apatah lagi dalam soal menyegerakan solat..mereka pastinya amat menghormati. Kita lupa akan janji Allah mungkin, di mana Allah berjanji kena memasukkan hamba-hambanya yang menyegerakan solat dan rahmat yang dipohon akan diturunkan serta merta..kembali bermesyuarat dengan limpahan rahmat..Ameen. UMNO jangan takut untuk berubah sebagai tanda IMAN kita padaNYA dan bukan untuk menunjuk pada mana-mana parti.

Jadi, 2 perkara di atas merupakan contoh-contoh perkara asas yang kita ini saudara sesama Islam perlu atasi dan perbaiki..Wahai pejuang-pejuang parti hentikanlah cabar mencabar dan kutuk mengutuk..masanya sudah sampai untuk kita perbaiki perkara asas yang selama ini masalah dan persoalan besar dalam parti..iaitu betul-betul kah selama ini rahmat Allah telah melimpah dalam parti kita..Wallahualam.

Saturday, June 4, 2011

DRAMA YANG MEMAHAMKAN AKU AKAN WANITA BERGELAR ISTERI DAN IBU..TINGGI MARTABATNYA.

Kisah ini cukup membuat aku terharu, sedih dan menangis apabila sifat wanita yang tinggi nilai kasih sayang pada suaminya dan anaknya amat terserlah. Namun rumahtangganya gagal dipertahankan kerana suaminya menemui cinta baru dan hak penjagaan terhadap anak-anaknya yang hampir 24jam bawah jagaannya sebagai surirumah, diberi kepada suaminya. Namun kasih sayang seorang ibu yang mengandungkan anak2nya selama 9 bulan tidak mematahkan semangat wanita ini untuk bangkit dengan berjanji kepada anak-anaknya..'anak-anak ku, sakit mu adalah sakit ku, kegembiraan mu adalah kegembiraan ku..percayalah ibu akan dapatkan kamu kembali.

Monday, May 30, 2011

KEPUTUSAN MENU MAKANAN TERSOHOR DI DUNIA BAGI TAHUN 2011.

Sudah semestinya makanan yang lazat diratah menjadi perbualan hangat dan bakal diperkatakan dan diingati sampai bila-bila , apatah lagi ia menjadi satu sejarah dunia. Untuk pertama kalinya  menu lazat seluruh dunia tahun 2011 yang disediakan oleh seorang tukang masak hebat, berjaya akhirnya ia didedahkan dan blog ini menjadi platform pertama untuk menu tersebut disiarkan dan  seterusnya menjadi tatapan penduduk dunia.
Segala butiran seperti berikut :-
LAUK ISTIMEWA         : MANCHESTLOBSTER UNITEDUDUK
DISEDIAKAN OLEH     : CHEF ALEX FREGIE
DIRATAH MUDAH      : MR. BARCA
OLEH
Bagi mereka yang berminat untuk menjamah lauk ini layari laman web www.eatuseasily.netbocor.com
Sumber Maklumat : Sumber Manusia

Tuesday, May 24, 2011

ADAKAH INI SATU PERSENDAAN TERHADAP AL-QURAN DAN SUNNAH NABI?

Trend melewatkan perkahwinan, terutama dalam kalangan wanita berpendidikan tinggi dikategorikan isu sosial yang amat serius. Ianya telah dinyatakan oleh Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), di mana fenomena ini boleh membawa implikasi kepada institusi perkahwinan. Data terkini:
          Wanita di antara umur 25 dan 29 tahun belum berkahwin = 30%
           Lelaki di antara umur 30 dan 34 tahun masih bujang          = 25%
Bagi wanita alasan yang diberi ialah mereka tiada calon yang sesuai manakala keadaan kewangan belum stabil adalah antara faktor lelaki dalam lingkungan umur 30an belum berkahwin. LPPKN memandang serius hal ini tetapi apa tindakan atau perancangan mereka kerana masalah ini adalah masalah lapuk yang semakin hari semakin bertambah kadarnya.
Mungkin kesedaran mengenai Al-Quran dan Sunnah Nabi berkaitan perkahwinan kurang dititikberatkan. Kekadang kata-kata seperti aku benci perkahwinan dan tidak kahwin pun aku boleh hidup, aku rasa seperti mempersendakan Al-Quran dan Sunnah Nabi.  Yang amat membimbangkan dan menakutkan aku, adakah isu sosial ini satu pembalasan secara tunai oleh Allah terhadap segelintir pendapat yang memandang negatif kepada institusi perkahwinan yang akhirnya masyarakat dan negara akan menerima kesan buruknya. Mari kita sama-sama berfikir sejenak dan seterusnya kembali kepada syarat-syarat pernikahan dalam Islam yang sebenarnya. Ya, bukannya mudah untuk memikul tanggungjawab bekeluarga tetapi apalah gunanya harga diri kita sebagai khalifah tanpa ada tanggungjawab..bagai tiada nikmat hidup..Wallahualam

Saturday, May 14, 2011

SYAIR SEORANG WANITA TUA YANG INGIN BERTEMU ORANG YANG DICINTAINYA

Sememangnya jika ditanya kepada setiap diri manusia yang mengaku dirinya Islam, apakah kita mukmin yang sempurna?. Jawapannya..’Ya sudah pasti’. Namun adakah terdapat kaedah-kaedah tertentu penilaian atau ukuran kesempurnaan seseorang itu bergelar mukmin?. Jawapannya ..’Ya ada’. Hazrat Anas r.a meriwayatkan bahawa Rasulaallah saw bersabda, “Seorang pun daripada kamu tidak akan menjadi mukmin yang sempurna selagi dia tidak mencintai aku lebih daripada dia mencintai ayahnya, anak-anaknya dan seluruh manusia. Begitu juga jawapan Hazrat Ali r.a apabila ditanya akan kasih sayangnya terhadap Rasullallah, jawapannya “Kami mengasihi baginda lebih daripada harta-harta kami, anak-anak kami, ibu-ibu kami dan lebih daripada air sejuk ketika tersangat dahaga.
Tertanya dalam diri ini dan mungkin dalam diri anda, apakah sambutan Maulidirrasul pada tiap-tiap tahun secara besar-besaran di seluruh negara yang diadakan di masjid-masjid itu sudah cukup sebagai tanda cinta kita pada Rasulluallah saw?. Jawapannya ada dalam hati kita dan Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui. Jika kita benar mengasihi Baginda pasti dalam hati kita ini hasrat untuk menemuinya dan bersamanya satu hari nanti. Begitulah satu ketika Hazrat ‘Umar r.a membuat rondaan keselamatan malam, kedengaran suara seorang wanita tua bersyair sehingga menyebabkan Hazrat ‘Umar terduduk dan menangis:
“ Sampaikanlah salam kepada Muhammad saw daripada orang-orang yang soleh
Juga sampaikanlah salam daripada orang-orang yang suci lagi terpilih
Sesungguhnya Ya Rasulullah, engkaulah orang yang beribadat di tengah malam
Dan orang yang menangis pada saat akhir daripada malam
Alangkah baiknya kalau dapatku tahu apakah aku dapat bersama kekasihku atau tidak?
Lantaran maut datang dalam keadaan berbeza-beza
Dan tidakku ketahui dalam keadaan apakah maut akan mendatangiku
Dan selepas mati adakah dapat aku bertemu dengan Rasuluallah saw atupun tidak?
 Rasuluallah ada bersabda “ Sebahagian daripada mereka yang sangat mencintaiku akan lahir selepasku. Mereka bercita-cita untuk melihatku walupun terpaksa mengorbankan kaum keluarga dan harta benda”. Pertanyaan kepada diriku..” Layakkah aku?”..(sedih dan sayu dalam diri ini)

Saturday, May 7, 2011

MENAPAK DALAM KEHIDUPAN, JANGAN KITA LUPA AKAN SATU TAPAK!


Mengimbau saat aku semasa kecil sehingga dewasa aku tidak pernah diberitahu akan adanya Hari Ibu dan ibubapaku tidak pernah menyambutnya sehinggalah aku dewasa aku dikelilingi oleh kawan2 yang selama ini menyambut Hari Ibu. Sedih dan rasa ketinggalan saat itu kerana aku tidak pernah meraikannya. Kenapa mak? Kenapa tidak pernah kau raikan harimu bersama anak2? Rasa kecewa itu ku lontarkan jugak akhirnya kepada ibuku? Jelas kelihatan di raut wajahnya rasa terharu bila selama ini anaknya ada keinginan untuk menyambut Hari Ibu. Namun rasa terharu itu bukan lah kegembiraan bagi anak-anaknya malahan kesedihan dan kesebakan yang kami kecapi setelah jawapan diberi.
Kata emak “setiap detik kehidupan nafas mak ini menempuhi hari-hari mendatang dengan anak-anak emak, itulah Hari Ibu yang mak raikan nak”.
Kata emak lagi “jika anak-anak emak menyambut dan meraikan datangnya Hari Ibu, emak gembira dalam sedih. Gembira kerana emak diraikan sedih kerana ada dikalangan kawan kamu yang tidak dapat meraikannya kerana ketiadaan ibu”.
Baru diri ini faham akan perasaan seorang ibu. Nalurinya sentiasa pada insan yang bergelar anak. Tiada hadiah istimewa untuk mu mak hanya doaku selepas solah untukmu mak tanda ingatan ku dalam menempuh hari-hari mendatang yang memberi makna Hari Ibu dalam dirimu. Sesungguhnya rasa sayang dan rindu dalam diri ini tidak mampu membalas sayang dan rindu mak pada anak-anak sampai bila-bila..mak.
NOTE: kiri; ibundaku, kanan; arwah ibu mertuaku, tudung oren: ibu mertuaku kini.
PERINGATAN : SYURGA ITU TERLETAK DITELAPAK KAKI IBU

Wednesday, May 4, 2011

BUKAN KITA SAJA ADA TANGGUNGJAWAB, ALLAH PUN ADA? KENAPA? TAK PERCAYA?

Janji, jaminan dan tanggungjawab dalam melaksanakan amanah dan kepercayaan yang diberi bukanlah satu perkara yang mudah (ingatan pada diriku sendiri). Namun sebelum diri ini dilahirkan, rohku telah berjanji akan taat segala perintahNya kerana diri ini hendak dilahirkan dalam Islam. Namun setelah dewasa, banyak janji padaNya kita gagal patuhi atas sebab kesilapan diri sendiri..astaghfiruaallah. Begitu juga janji sesama manusia, kita selalu lupa dan alpa dan ianya perlu diselesaikan selagi hayat dikandung badan..aku hanya mampu memohon padaNya agar diri ini dapat diperbaiki. Allah yang Maha Kuasa juga telah berjanji atas diriNya sendiri penuh nyata dan penuh kesungguhan pada kita semua umat Rasullallah (s.a.w)..
Diriwayatkan daripada Hazrat Abu Qatadah(r.a) katanya bahawa Rasulullah bersabda, “Allah berfirman, aku telah memfardhukan solat 5 waktu atas umatmu. Aku sungguh2 telah berjanji dengan diriKu bahawa sesiapa yang menjaga solah tepat pada waktu maka Aku akan bertanggungjawab untuk memasukkannya ke dalam syurga. Sebaliknya bagi sesiapa yang tidak menjaga solah, Aku langsung tidak bertanggungjawab ke atasnya (Riwayat Imam Abu Daud, Ibnu Majahdll).
Maka Allah telah berjanji dan Allah juga ada tanggungjawab atas hamba2Nya..apakah kita(termasuk diri ini telah melaksanakan tanggungjawab yang kita telah berjanji padaNya?)..Insyaallah.
Biasanya kalau seorang kaya sanggup memikulkan segala tanggungjawab bagi yang memerlukan, tentunya kita berasa tenang, gembira  dan terhutang budi tapi di sini hanya sedikit amalan yang mudah (solah 5 waktu), sudah mendapat jaminan daripada Yang Menguasai alam semesta dan Raja dunia dan akhirat.

Monday, May 2, 2011

SUARA TANGISAN SEPANJANG MALAM YANG DISEJARAHKAN

Aku pernah menangis kerana kehilangan seseorang yang aku sayang. Aku pernah menangis kerana ditipu sehingga hampir menyebabkan musnah keluargaku. Aku pernah menangis kerana pernah menyisihkan keluargaku..tetapi itu semua kesilapanku. Namun aku tidak pernah menangis seperti Rasulullah s.a.w menangis sepanjang malam. Pernah suatu ketika Rasulullah telah menangis sepanjang malam dan mengulangi ayat Al-Quraan ini sehingga ke pagi iaitu ayat al-Maidah : 118 yang bermaksud:
                  “Jika Engkau menyeksa mereka, (maka tiada ada yang menghalang perbuatanMu kerana sesungguhnya mereka ialah hambaMU. Dan jika Engkau mengampunkan mereka maka sesungguhnya Engkau sahajalah Yang Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana.”
Diberitakan juga pada suatu malam Imam Abu Hanifah rah. Telah menangis sepanjang malam sambil membaca ayat Ya Sin: 59
                 “Dan (sebaliknya dikatakan kepada orang kafir) berpisahlah kamu pada hari ini wahai orang yang berdosa (daripada bercampur gaul dengan ornag yang beriman).”
Ayat ini jelas membawa makna bahawa orang2 yang mendehaka kepada Allah akan diperintah supaya berpisah daripada mereka yang berbakti kepadaNya. Mereka juga tidak dibenarkan bergaul dengan para solehin sebagaimana dilakukan oleh mereka di dunia. Berdasarkan perintah di atas, sebanyak mana pun kita menangis sebenarnya masih tidak mencukupi kerana tidak diketahui tempat kita dihimpunkan sama ada kalangan yang bersalah atau yang taat. Moga dengan tangisan dan doa serta ibadah kita Allah akan meletakkan kita melalui sifatnya Yang Maha Penyayang dan Maha Mengasihani..ameen.

Sunday, May 1, 2011

KESAN FACEBOOK DALAM MENINGKATKAN IBADAH ISLAM??

Semua yang berlaku dan wujud di dunia ini adalah atas kehendakNya dan tiada sesuatu pun dapat menghalangnya. Kenapa dijadikan siang, malam, matahari, bulan, hujan, panas, lelaki, perempuan dan segalanya pasti ada sebab musababnya dan yang aku faham akhirnya adalah dengan satu tujuan untuk segala makhluk beribadah padanya. Sebagai manusia, itu yang Allah tuntut dari kita sebagai hambaNya. Pengertian ibadah yang aku faham cukup luas rupa-rupanya. Ingat dan berpesan pada rakan-rakan akan iman dan amal itu satu ibadah. Perniagaan yang halal itu satu ibadah, sentiasa menggunakan akal fikiran untuk berfikir itu satu ibadah, rewang itu ibadah, membawa kenderaan ke tempat kerja satu ibadah dan segala yang berniatkan kerana Islam dan Allah itu satu ibadah..dan ganjarannya amat tidak ternilai apa yg berharga di dunia ini. Yang pasti, nawaitu sebelum melakukan sesuatu (bukan kejahatan) mesti diniatkan untuk beribadah, dan itu sebenarnya selama ini  aku kurang lakukan (sedih bila memikirkannya). Dengan Facebook yang menjadi laman social yang terkenal dan Allah yang menciptakannya sudah pasti ada kebaikannya yang perlu kita fikirkan dan gunakannya untuk beribadah. Mungkin ini satu contoh jika niat awal kita melayari facebook satu ibadah(mengharap ganjaran dari Allah)..hubungan silaturrahim yang terputus setelah tamat zaman belajar akhirnya tererat kembali..Waallahhualam.

Sunday, April 17, 2011

URGENT: DAUN PISANG PUNYAI SEJARAHNYA YANG TERSENDIRI DI MALAYSIA.

Dalam keadaan menahan kesakitan urat belikat belakang ku yang sakit…alhamdulillah aku dipilih oleh Allah untuk menunaikan solat maghrib di masjid hari ini(17/04). Seperti biasa selepas solat maghrib setiap Ahad ada kelas agama disampaikan oleh bekas ustazku semasa sekolah rendah. Mencarilah aku tempat untuk bersandar untuk mengurangkan sakit belakangku ini. Tajuk pembelajaran mengenai pengurusan jenazah. Kelas agama ini, biasalahkan, majority dihadiri oleh warga emas hanya beberapa orang ajerla yang muda kelana macam aku ini. Alah! Aku ni pun sebab dah lama benor (sebutan ‘benar’ orang Muor) tak menjengah masjid..sekali sekala tu jengah lah kan?! Mengajar lah ustaz tu sampai bab mengkafankan mayat. Yalah..guna 3 lapisan kain untuk bungkus mayat. Jadi, ada seorang warga emas bertanya bolehke bungkus mayat dengan selain kain? Alamak pakcik ini dah nak buat cerita panas ke cerita seram? Dia kata “berlaku pada zaman jajahan Jepun”..alamak masuk sejarah ni..zaman Jepun tu!!!. Dia pernah saksikan mayat dibungkus atau dikafan guna daun pisang!!?? Daun pisang???!!!..kata aku dalam hati..alasannya masa Jepun..kain susah nak dapat kalau ada pun mahal. Perrgh!!! Kasihan!!!..Daun pisang tuu!!!. Kata ustaz “boleh dengan syarat menutup tubuh mayat”. Aku terkedu dan memikirkan sesuatu bahawa susahnya hidup jika kita dijajah dan berlakunya peperangan. Aku bersyukur dalam hati hari ini ianya tidak berlaku. Bagai mahu menangis pakcik tu menceritakan apa yang dia saksikan masa tu. Namun apabila memikirkan keadaan hari ini, kita orang-orang Melayu beragama Islam gagal untuk semuanya bersatu..maka tidak mustahil satu hari nanti, kita ini mati akan dikafankan sedemikian rupa…cukup sedih…kalau ada daun pisang?..andaikata ada cuma pokok pucuk ubi.. oh tidak!! sangat menyedihkan. Wahai orang-orang Islam, sudah sampai masanya kita bersatu hati agar kita tidak dijajah. Tentunya kita tidak mahu kita dikafankan dengan daun? Marilah kita cari jalan bagaimana untuk kita bersatu dan seterusnya tidak dijajah.!!!!

Saturday, April 16, 2011

ISTERI SIAPAKAH INI?

Saat aku mendengar lagu Maher Zain 'THANK YOU ALLAH', aku terasa hati ini amat tersentuh dan terlalu amat merindui pada seseorang. Seseorang yang cukup tabah dan sabar menghadapi ujian dari Maha Esa, menghadapi susah senang bersamaku, menangis keranaku demi cintanya pada diriku ini. Alhamdulillah..ucapan syukurku pada Allah, telah menemukan aku akan dirinya. Allah yang Maha Penyayang pada hamba-hambanya tidak pernah sekelip mata pun menjauhiku walaupun aku pernah  jauh dariNya,  telah membuat hati ini dipenuhi dengan rasa kasih sayang daripada insan ini. Anugerah terbesar Allah beri padanya untuk diri ini adalah senyumannya yang manis..amat manis..Alhamdulillah…itulah dia isteriku. Terimakasih sayang setia sebagai surihatiku.

Wednesday, April 13, 2011

AMANAH ALLAH PADAKU YANG AKU TIDAK SEDARI..MASYAALLAH!!!

Baru aku sedari sesungguhnya tanggungjawabku ini terhadap kawan kawan ku di facebook  ini amat besar setelah mendengar sembang iman dan amal oleh seorang rakan. Mengingati dan mengajak kawan2 aku dalam membuat amalan adalah tanggungjawab aku yang diamanahkan Allah terhadapku sebagai khalifah di mukabumi ini, terutamanya dalam amalan wajib…SOLAT 5 WAKTU.  Insyaallah SELAGI MANA AKU TERDAYA..aku cuba untuk mengajak dan mengingati kawan-kawan ku di facebook atau blog untuk sama-sama menunaikan solat terutamanya secara berjemaah di masjid-masjid bila masuk waktunya. Aku takut jika aku tidak laksanakan tanggungjawab ini, jika segala amalan aku selama ini diterima oleh Allah, yang membolehkan aku memasuki syurga, maka apabila saat kakiku melangkah hendak memasuki syurga…Masyaallah…kaki ku di tarik oleh isteri, anak-anakku, jiran-jiranku dan kawan-kawanku dengan kata-kata mereka “ Ya Allah si dia ini tidak layak masuk ke syurgaMu kerana dia hanya mementingkan dirinya sendiri beramal dan bersolat tanpa mengajak dan mengingati kami akan bersolat jemaah”..YA ALLAH AMPUNILAH AKU..dan yang penting..MAAFKAN AKU WAHAI RAKAN-RAKAN FB dan BLOG KU jika selama ini aku tidak melaksanakan tanggungjawabku terhadap kamu semua. Sesungguhnya saat menulis post ini aku, isteriku dan anak-anakku tersangat merindui ahli syurgaMu Ya Allah bernama Adelia maka kami tiada pilihan lain untuk menemuinya melainkan aku, isteriku dan anak-anakku hanya Kau takdirkan juga sebagai ahli syurgaMU..Ameen.

Monday, April 11, 2011

TERIMAKASIH MBSA ATAS KEPERIHATINAN ANDA


Alhamdulillah!!!. Tiada ucapan yang mampu aku ucapkan selain tanda syukur kepada-Mu Ya Allah kerana ada pihak berwajib begitu perihatin terhadap pemergian mu sayangku Adelia. Unit Perancang Bandar  dibawah MBSA akhirnya mengeluarkan arahan NOTIS DITUTUP SERTA MERTA ke atas Taska tempat pemergianmu sayangku Adelia, mulai tarikh 11/04/2011. Sesungguhnya ada suatu yang tidak kena akan Taska ini apabila notis sedemikian dikeluarkan oleh pihak berwajib. Sayangku Adelia..inilah tanda usaha kedua ibubapamu yang tidak seberapa berbanding dengan nilai pemergianmu sayang. Mereka berdua tidak peduli akan kata-kata hina oleh mereka yang memerli mereka berdua kerana menghantarmu sayangku Adelia ke Taska yang sanggup kononnya bertanggungjawab sepenuhnya untuk mengasuh dan menjagamu. Sayangku Adelia..percayalah sayang, notis ini bukanlah satu pengakhiran akan kebenaran punca pemergianmu sayang..moga Allah tunjukkan jalan ke arah itu..AMEEN

Thursday, April 7, 2011

Pertemuan Meja Bujur Pertama Kalinya Bersama JKM dan Taska kerana Mu Sayangku Adelia.

Bilik mesyuarat yang bermandikan cahaya lampu dan disulami  kedinginan penyaman udara di mana bilnya ditanggung kerajaan bagai menjanjikan  jawapan kepada persoalan-persoalan yang kami tanggung sejak pemergianmu sayangku Adelia. Rupa-rupanya kekecewaan kami berlarutan kerana hanya beberapa persoalan sahaja terjawab oleh mereka yang benar-benar menyedari segala pembohongan dan lakonan perlu dihentikan. Kami tetap bersyukur walaupun bukan semua persoalan terjawab dan sayangku Adelia, Allah telah menguatkan lagi jiwa kami untuk meneruskan pencarian jawapan-jawapan yang lain. Sayangku Adelia, pemergianmu untuk selama-lamanya bagai tiada penghormatan dan simpati oleh beberapa orang penjawat awam yang kebanyakannya berjawatan Timbalan Pengarah dalam persidangan tersebut sayang. Mereka ini bukan sahaja hilang hormat terhadap pemergianmu malahan tidak menghormati Ketua mereka sendiri kerana meninggalkan pertemuan tersebut ketika kami, ketua mereka dan pihak taska sedang merungkai persoalan-persoalan yang belum terjawab. Dimanakah sikap profesional mereka ini? Percayalah sayangku Adelia ia tidak akan terhenti di sini...hanya untukmu sayangku Adelia

Monday, April 4, 2011

SAAT RINDU SEORANG KAKAK MENGGAMIT KENANGAN BERSAMA ADIK KESAYANGAN YANG TELAH TIADA

Kakak paham adelia ada dekat ngan syurga sekarang ni, tapi kenapa adik tinggalkan kakak dengan ayah mommy cepat sangat. Taska tu tak cakap pun dengan kakak kenapa adelia tinggalkan kakak. Kakak fikir kakak boleh main dengan Adelia sekarang ni..sama-sama main sekali dengan kakak nayli, kakak lisa, abang yai, abang fan..sopia, abg shahmy..shahir..ulfa..kak balqis..Adelia tau tak kakak dah tau baca doa makan..kakak bila dah beshar nanti ingin sangat nak ajar adik kakak  doa makan..tapi adelia..Allah dah letakkan adelia kat syurga dulu..terimakasih Allah..kakak doa Tuhan bukak hati orang Tashka tu cerita betul betul pada kakak kenapa Adelia tidur lama shangat ya sayang..Kakak aleysha jugak minta pada Tuhan..kakak jadi orang yang baik-baik..cam mana yek..yang sholehah..adelia paham tak?..supaya kakak dpt masuk syurga juga..sebab adelia tau tak..sampai bila-bila kakak lindu sangat pada adik kakak nii..assalamualaikum sayang..kakak nak gii cari Taska tu..

Monday, March 28, 2011

INIKAH TINDAKAN JABATAN BERWAJIB TERHADAP PEMERGIAN ANAK AHLI SYURGA-ADELIA?

Esok 30/03/2011 genap 2 minggu pemergian Adelia sebagai antara anak-anak kecil yang akan menghuni syurga Allah. Yang menanti penuh sabar saat tiba hari pembalasan untuk membawa bersama kedua ibubapanya ke dalam syurga menikmati nikmat syurga yang sebenarnya…amen. Insyallah. Namun demikian sayangku Adelia kami akan teruskan hidup ini sehingga waktunya kelak demi mencari kebenaran punca pemergianmu sayang dalam dunia yang penuh tipu daya ini. Sayangku Adelia, sehingga saat diriku menukil tulisan ini, tiada hasil tindakan yang sewajarnya kami terima bahawa mereka yang berwajib membela pemergianmu kecuali ibubapamu dan kami yang masih berjuang mencari punca sebenar dirimu meninggalkan kami dan percaya lah sayangku Adelia, ianya tidak akan terhenti. Kesanggupan kakitangan JKM yang kononnya berkerja secara professional, telah dan masih menghantar anak-anak mereka ke Taska di mana dirimu meninggalkan kami amat mengecewakan dan mengejutkan kami. Dimanakah kesedaran mereka ini atas undang-undang yang mereka sendiri reka iaitu taska yang terlibat mesti mendapat kebenaran  yang sah terlebih dahulu sebelum menerima bayi yang  seumur denganmu sayangku Adelia?!. Celaan yang kami terima amat pedih kerana menghantar dirimu sayang ke Taska, seumpama kami ini tidak menyayangi mu sepenuh hati itu juga bakal diterima sepatutnya oleh kakitangan terbabit kerana mereka juga perlu melaksanakan tanggungjawab terhadap amanah lain yang Allah berikan sebagai khalifah di dunia ini..bolehkah mereka korbankan kerjaya mereka dengan tidak menghantar ke Taska terbabit sementara mereka mencari Taska lain yang berdaftar…jawapannya AMAT SUKAR kerana ianya perlu melalui polisi sebuah jabatan yang mengambil proses yang panjang. Akhirnya, Taska terlibat masih tetap beroperasi walaupun ianya dalam siasatan jabatan tersebut..sedih sayang bila teringatkan mu SAYANGKU ADELIA.

Saturday, March 26, 2011

‘LADY GAGAK’ SEARCH FOR RM2.00 COFFE SHOP IN MALAYSIA..RESULT>D’SANACAFE GRISEK, JOHOR


Teruja aku bila melihat tajuk ini sekali pandang. Bila aku melihat penuh pengamatan, aku fikirkan “lady gaga”..rupa-rupanya “lady gagak”. Namun itu tidak penting kerana hakikatnya memang wujud kedai kopi atau café di mana menu makanannya berasaskan harga RM2.00. Ianya terletak di sebuah pekan kecil di peta Malaysia tetapi ianya sebuah pekan yang gah di kalangan pemerhati politik tanah air iaitu Pekan Gersik, Ledang, Johor. Pelbagai menu makanan untuk mereka yang mementingkan diet boleh didapati di D’SANACAFE ini pada harga hanya RM2.00 sahaja. Silalah singgah seandainya pada suatu hari nanti anda dan keluarga anda datang ke daerah Ledang Johor untuk mencuba menu seperti sup kambing, nasi ayam, mee rebus, bubur nasi laut merah dan lain-lain lagi. Selamat menjamu selera.

Sunday, March 20, 2011

KISAH RINDU SEORANG BERGELAR PAK LONG


AH pusat jagaan di Shah Alam tempat Adelia didakwa tersedak susu sebelum meninggal dunia.


KUALA LUMPUR – Pasangan suami isteri, Muhammad Nizzam Aminuddin dan Fariza Tukir tidak akan dapat melupakan detik hitam dalam hidup mereka pada Rabu lalu apabila menerima panggilan kecemasan mengatakan anak bongsu mereka, Adelia yang baru berusia dua bulan sedang nazak di sebuah taman asuhan kanak-kanak (taska) di Shah Alam, Selangor.
Pada waktu itu, mereka sibuk memilih pakaian untuk Adelia di sebuah pasar raya di Shah Alam.
Muhammad Nizzam, 34, masih ingat dia bersama isterinya berkejar ke Pusat Perubatan Darul Ehsan di Seksyen 14 selepas pengurusan taska memaklumkan arwah dihantar ke sana dari sebuah klinik di Seksyen 10.
Mangsa sebelum itu dipercayai tersedak ketika diberi minum susu botol oleh kakitangan taska itu.
Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Apa yang berlaku sehingga menyebabkan pemergiannya? Akhirnya ditatapi seluruh negara. Dirimu dikenali ramai hanya setelah ketiadaanmu. Wajah mu ini pasti tidak akan terlepas dari pandangan dan pengamatan kami yang hidup di dunia ini kerana wajah mu wajah ahli syurgaNya, wajah yang menjadi kesayanganNya. Pastinya sekarang kamu bahagia bersama bidadari-bidadari yang menjagamu. INI PASTI. Percayalah sayang..kami yang hidup ini…sesaat pun tidak mahu terlepas dari menatangmu..kami ingin gadaikan punca rezeki demimu kerana dirimu adalah rezeki dan harta yang tidak ternilai harganya tetapi kami tetap patuh bertaburan selepas menyembahNya mencari rezeki untukmu sayang. Kami pasti ada mereka yang menyangka sudah terlepas dari tanggungjawab menjaga harta yang tidak ternilai seperti dirimu, akan mencela kami dengan cara pemergianmu meninggalkan kami. Mungkin mereka terlupa segala usaha kami ini telah diatur sebegitu rapi oleh Dia. Pemergianmu sayang, menguatkan tauhid kami dicelah-celah sekumit celaan yang kami terima sayangku Adelia. Namun kami tetap menginginkan darjat yang mulia di sisiNya, memaafkan sesama manusia, pun begitu tanpa usaha seseorang supaya dirinya dimaafkan ianya bagaikan satu tanggungjawab yang cuba dilepaskan dan bagi Dia adalah lebih baik jika kita semua mengetahui. Moga Allah memberi petunjuk kepada kami sebab pemergianmu SAYANGKU ADELIA.(PAK LONG RINDU KAMU)

Tuesday, March 15, 2011

AL-FATIHAH UNTUK ANAK SAUDARAKU ADELIA BT MUHD NIZAM YANG BARU SEBENTAR TADI KE RAHMATULLAH.



ALLAH lebih menyayangi anak saudaraku yang baru berumur 2 bulan 3 hari. Senyuman nya kepada ku sebelum kepulangannya ke Shah Alam selepas pantang rupa-rupanya senyuman terakhir selepas disahkan meninggal di Taska pagi ni…amat menyedihkan..bila meingatkan aku mendodoikan dia ketika susah dia untuk tidor dan diam bila aku dodoikan dengan kalimah…Laillahhaillallah. Pak Long semua pasti akan merinduimu sayang….Untuk adik2 ku Nizam dan Fariza Tukir..Allah lebih menyayangi Adelia dan redhalah akan ketentuan Allah..Allah telah berjanji syurga untuk Adelia.

Sunday, March 13, 2011

GERSIK DAN HUJUNG TAMBAK YANG BERTUAH

Sudah lama aku hendak terbitkandalam blog aku betapa bertuahnya orang Gersik dan Hujung Tambak dapat keluar suratkhabar iaitu suratkhabar SINAR Edisi Johor tapi tidak berkesempatan. Jadilah, sekali mungkin seumur hidup ini peluang kami hendak dapat keluar suratkhabar.
‘Moral of the photo’ : Bapa Mertua dan Menantu ia tetap seperti Bapa dan Anak, jangan kita sebagai menantu derhaka pada bapa mertua. Love you Papa.

Saturday, March 12, 2011

ISU BERKURUN REBUTAN BATAS OLEH MALAYSIA & SINGAPURA AKHIRNYA SELESAI.

Permintaan yang tinggi terhadap produk keluaran IKS di Singapura dan Malaysia terutama yang berkaitan secara langsung dengan tanah pertanian telah menyebabkan rebutan tanah kedud-dua pihak. Produk IKS yang menjadi kegilaan dan minat pengguna yang dimaksudkan ialah kerepek @ ceriping ubi. Tanah yang terhad untuk membuat batas-batas menanam ubi bagi tujuan tersebut  menyebabkan perebutan ini berlaku selama berkurun lamanya sehinggalah semalam ianya selesai melalui pinjaman tanah untuk dibuat batas oleh 2 pihak (pihak ke-3) yang tidak mengenakan sebarang bayaran sesen pun. Butiran terperinci seperti di bawah
1)    Singapura
Pinjaman daripada : En. Gurau
Bukti hakmilik         : Gurau dalam hidup ada batasnya
Pengesahan            : Sah
2)    Malaysia
Pinjaman daripada : En Sabar
Bukti hakmilik         : Sabar dalam hidup ada batasnya.
Pengesahan            : Sah
Tempoh pinjaman daripada kedua-dua pihak ini tertakluk kepada sejauh mana En.Sabar mampu bertahan dengan kerenah En.Gurau. Maka selesailah isu penting ini dengan aman dan damai.

Tuesday, March 8, 2011

SILA PASTIKAN SENARAI KOPI-KOPI INI BENAR-BENAR SELAMAT SEBELUM SURIRUMAH ANDA MEMBELINYA DI PASARAN.

KOPIKO : WAKIL UNTUK PENGELUAR GULA-GULA
KOPITIAM: WAKIL ORANG HOKKIEN YANG TIDAK BOLEH SEBUT PERKATAAN DIAM DENGAN BETUL (LU TIAM!!)
KOPISIAP : WAKIL DARIPADA PEMBANCUH-PEMBANCUH KOPI
KOPINJAM : WAKIL DARIPADA PERSATUAN AH LONG SEMALAYSIA
KOPILU : WAKIL DARIPADA ORANG-ORANG YANG PILU HATINYA
KOPITAM : WAKIL DARIPADA ORANG ADA MASALAH SELALU PITAM
KOPILIH : WAKIL DARIPADA SPR (SURUHANJAYA PILIHANRAYA) KHAS PADA HARI MENGUNDI
KOPICIT : WAKIL DARIPADA PERSATUAN RUMAH-RUMAH URUT
KOPIKAT : WAKIL DARIPADA PENGANJUR KURSUS-KURSUS PERNIKAHAN.
KOPIANNAN : WAKIL DARIPADA PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU (PBB)
PHOTOKOPI : WAKIL DARIPADA BEKAS-BEKAS TENTERA INGGRIS YANG BERKHIDMAT DI MALAYA (itu sebab terbalik menyebutnya..kopi di belakang)
Kepada sesiapa yang ada niat nak pasarkan product kopi mereka tapi malu-malu kucing atau malu-malu orang utan ke..click comment di blogku ini khususnya wanita-wanita yang selama ini berminat dalam industry IKS atau Kedai Makan RM2.00 Gersik, Muar..(hihi..sekali sekala promote kedai kawan-kawan…Yaho!!!), dan tuliskan product kopi anda..USAHAKAN DENGAN HATI YANG PENUH SEMANGAT SUPAYA IANYA BERJAYA!!( fuhhh..skima le pulak aku ni..kikiki)