About Me

My photo
Lahirnya ramai wanita hebat yang mempunyai minda kelas pertama, menyedarkan aku bahawa diri ini jangan terus ego supaya aku dapat meneruskan perjalanan hidup yang lebih baik bagi hari-hari yang mendatang. Memahami diri seorang wanita bagai tiada penghujungnya kerana kelembutan mereka mengatasi kegagahan lelaki mampu menggoncangkan dunia. Justeru, usaha diri ini tidak kenal erti penat untuk terus memahami ciptaan Tuhan yang dikenali sebagai WANITA.

Sunday, August 7, 2011

APA KAMU RASA JIKA KAMU, MEMANG ‘CONFIRM’ DIBANGGAKAN


Daripada Hazrat ‘Ubadah Bin Somit r.a.., sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah bersabda pada suatu hari ketika bulan Ramadhan telah datang kepada kami, “Telah datang kepada kamu Ramadhan, bulan yang diberkati. Allah SWT akan menumpukan perhatianNya kepadamu dalam Ramadhan, lalu Dia akan menurunkan rahmat dan akan menggugurkan dosa-dosa dan menerima doa. Dia akan memerhatikan perlumbaan kamu dalam Ramadhan dan Dia akan membangga-membanggakan kamu pada para malaikatNya. Maka perlihatkanlah kepada Allah daripada kamu akan kebaikan. Sesungguhnya orang yang celaka ialah seseorang yang telah dijauhkan daripada rahmat Allah SWT pada bulan ini.”

Subhannallah!! Allah bangga dengan kita ini (hamba-hambanya) yang membuat kebaikan dalam menjalani ibadah puasa Ramadhan. Biarlah berlalu saja kebanggaan manusia terhadap perebutan kita membuat kebaikan pada bulan ini kerana kebanggaan tersebut tidak membawa apa-apa kesan pun akan persembahan di hadapan Allah kecuali kerugian jika kita terfikir untuk bawa bersama. Mudah-mudahan tanggungjawab diri saya ini yang cuma menyampaikan apa yang para ulama telah usahakan demi rahmat Allah SWT untuk umat Islam di dunia ini diambil kira sebagai satu kebanggaan  disisiNYA sahaja. Wahai  pembaca..sampai-sampaikan lah kepada keluarga dan rakan-rakan dan moga ianya diambil kira sebagai satu kebaikan dan saudara-saudari hanya mengharapkan kebanggaan Allah terhadap diri saudara-saudari..Ameen

Thursday, August 4, 2011

HARI JUMAAT, HARI RAYA..DAH DITETAPKAN!!!


Anas telah berkata bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda:

Jibril mengunjungiku dengan membawa sebuah cermin putih dan berkata : “ Ini adalah hari Jumaat; telah ditetapkan oleh Tuhanmu sebagai hari raya untukmu dan untuk umatmu setelah sepeniggalanmu”. Ketika kutanya kepadanya : Apa yang disediakan untuk kami pada hari itu?” Ia menjawab : “ Bagi kamu, pada hari itu ada saat khusus, barangsiapa berdoa suatu kebaikan pada saat itu, Allah SWT akan member atau kalau tidak diberi, disimpan perkara lain yang lebih baik dari itu, atau bila ia mohon perlindungan dari suatu bencana yang ditakdirkan atas dirinya, Allah akan melindunginya dari bencana yang lebih besar dari itu. Hari Jumaat adalah hari termulia bagi kami ( para malaikat) dan kami akan menyebutnya, di akhirat, sebagai “hari pertambahan”. Aku bertanya : “Mengapa?”. Jawab Jibril : “ Tuhanmu telah menjadikan sebuah lembah di syurga yang lebih harum dari misk putih. Setiap hari Jumaat, Allah SWT turun dri syurga Illiyyin di atas singgasanaNYA, menampilkan diriNya di hadapan mereka, sehingga mereka dapat memandang kearah wajahNYA Yang Maha Mulia. ( Riwayat Tabrani)

Rasullulah SAW bersabda:

Di antara hari yang terbaik terbit matahari adalah hari Jumaat. Pada hai Jumaat Adam a.s diciptakan dan dimasukkan ke dalam syurga. Adam diturunkan ke bumi pada hari Jumaat. Dosa adam a.s diampunkan pada hari Jumaat dan beliau diwafatkan juga pada hari Jumaat. Hari Jumaat adalah hari kebangkitan di sisi Allah SWT sebagai hari pertambahan ( hari yang ditambah pahala). Sebab itu malaikat juga menamakannya hari pertambahan. Hari Jumaat adalah hari melihat Allah SWT di syurga.

( Hadis riwayat Muslim, Ahmad dan Turmizi)