About Me

My photo
Lahirnya ramai wanita hebat yang mempunyai minda kelas pertama, menyedarkan aku bahawa diri ini jangan terus ego supaya aku dapat meneruskan perjalanan hidup yang lebih baik bagi hari-hari yang mendatang. Memahami diri seorang wanita bagai tiada penghujungnya kerana kelembutan mereka mengatasi kegagahan lelaki mampu menggoncangkan dunia. Justeru, usaha diri ini tidak kenal erti penat untuk terus memahami ciptaan Tuhan yang dikenali sebagai WANITA.

Sunday, March 20, 2011

KISAH RINDU SEORANG BERGELAR PAK LONG


AH pusat jagaan di Shah Alam tempat Adelia didakwa tersedak susu sebelum meninggal dunia.


KUALA LUMPUR – Pasangan suami isteri, Muhammad Nizzam Aminuddin dan Fariza Tukir tidak akan dapat melupakan detik hitam dalam hidup mereka pada Rabu lalu apabila menerima panggilan kecemasan mengatakan anak bongsu mereka, Adelia yang baru berusia dua bulan sedang nazak di sebuah taman asuhan kanak-kanak (taska) di Shah Alam, Selangor.
Pada waktu itu, mereka sibuk memilih pakaian untuk Adelia di sebuah pasar raya di Shah Alam.
Muhammad Nizzam, 34, masih ingat dia bersama isterinya berkejar ke Pusat Perubatan Darul Ehsan di Seksyen 14 selepas pengurusan taska memaklumkan arwah dihantar ke sana dari sebuah klinik di Seksyen 10.
Mangsa sebelum itu dipercayai tersedak ketika diberi minum susu botol oleh kakitangan taska itu.
Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Apa yang berlaku sehingga menyebabkan pemergiannya? Akhirnya ditatapi seluruh negara. Dirimu dikenali ramai hanya setelah ketiadaanmu. Wajah mu ini pasti tidak akan terlepas dari pandangan dan pengamatan kami yang hidup di dunia ini kerana wajah mu wajah ahli syurgaNya, wajah yang menjadi kesayanganNya. Pastinya sekarang kamu bahagia bersama bidadari-bidadari yang menjagamu. INI PASTI. Percayalah sayang..kami yang hidup ini…sesaat pun tidak mahu terlepas dari menatangmu..kami ingin gadaikan punca rezeki demimu kerana dirimu adalah rezeki dan harta yang tidak ternilai harganya tetapi kami tetap patuh bertaburan selepas menyembahNya mencari rezeki untukmu sayang. Kami pasti ada mereka yang menyangka sudah terlepas dari tanggungjawab menjaga harta yang tidak ternilai seperti dirimu, akan mencela kami dengan cara pemergianmu meninggalkan kami. Mungkin mereka terlupa segala usaha kami ini telah diatur sebegitu rapi oleh Dia. Pemergianmu sayang, menguatkan tauhid kami dicelah-celah sekumit celaan yang kami terima sayangku Adelia. Namun kami tetap menginginkan darjat yang mulia di sisiNya, memaafkan sesama manusia, pun begitu tanpa usaha seseorang supaya dirinya dimaafkan ianya bagaikan satu tanggungjawab yang cuba dilepaskan dan bagi Dia adalah lebih baik jika kita semua mengetahui. Moga Allah memberi petunjuk kepada kami sebab pemergianmu SAYANGKU ADELIA.(PAK LONG RINDU KAMU)

13 comments:

  1. sayu hati bila baca post ini..bahawa kecilnya aku disisi Dia

    ReplyDelete
  2. siapa yang tak sayang anak..kalau boleh setiap nafas kita nak jaga dia..takziah

    ReplyDelete
  3. mudah kita berkata-kata..hakikatnya berat melaksanakannya

    ReplyDelete
  4. pastinya jawapan sebenar akan timbul...

    ReplyDelete
  5. dalam apa jua perkara...sifat mulia yang tidak diajar di sekolah..itu perlu ada

    ReplyDelete
  6. Kalu ikut emosi,aku berdoa semoga an najah educare centre (ANEC) diTUTUP sahaja...bukan disebabkan oleh pemergian Adelia semata-mata...ttp adalah kerana sikap ANEC yg ego tidak menghulurkan w/pun sedikit kemaafan yng sekurang2nya boleh meredakan sedikit gelora hati2 keluarga kami..mana mungkin kami sanggup membenarkan post mortem dilakukan ke atas bayi sekecil itu...fikirkanlah...

    ReplyDelete
  7. Dari Nizzam; Bapa kepada Arwah AdeLia,

    Adakah kebenaran dan keadilan (di dunia dahulu, kerana di Akhirat dah tentu pasti), hanya boleh diperolehi dari perlaksanaan Post Mortem ? Jika begitu, adakah ini bermaksud setiap ibubapa perlu bersiap sedia mem-post mortem kan anak-anak mereka yang dihantar kan ke taska, jika kejadian seperti yang menimpa Arwah Adelia (dan ramai lagi sebelumnya) berulang ? Jika ya juga, saya rasa 'Post-Mortem' sebagai satu 'Standard Procedure' untuk semua tragedi sebegini tentu akan mengakibatkan susut mendadak nya sambutan terhadap kesemua perkhidmatan taska. Yang tak sedapnya, Taska yang kini beroperasi dengan cemerlang pun, akan sedikit sebanyak kena 'tempias'nya, bak kata pepatah 'kerana nila setitik, rosak susu sebelanga'...

    ReplyDelete
  8. Condolence to your family... saja nak tanya sebelum hantar arwah ada tak buat survey lain2 nursery... coz if this is not the best nursery in that area why then why sent arwah there... just my 2 cent... p/s to suraya, kalau nak ikutkan hati saya pun nak jaga anak saya sendiri...

    ReplyDelete
    Replies
    1. From Mommy AdeLia: Ms.Nizaas, ini bukan soal the best nursery atau tidak, siapa yg tak nak yg terbaik utk anak2 sendiri? Siapa yg nak risikokan anak yg dah dikandung 9bulan? Fikir2 kan lah sendiri..

      Delete
  9. ada membuat lawatan setelah melayari web taska. tiada apa yang tak kena. panjawat jkm pun ada hantar anak di situ. kami terima ketentuanNya..yang kami kesal tiada tanda keperihatinan dan penceritaan dr pihak taska akan apa sebenarnya punca pemergian arwah..ex: report polis oleh mereka hanya 3 hari selepas kejadian itu pun atas nasihat ibubapa arwah..cukup kecewa kami.

    ReplyDelete
  10. Ya Allah..sabar je lah. nape dorg taknak cerita kejadian sebenar. banyak kes mcm ni. byk kes pengasuh taska bagi baby minum sambil baring la. tinggalkan baby sorg2 la. bahaya betul. yang sedihnya bila jadi camni pihak2 bertanggungjawab mcm lembab sgt nak wat siasatan.

    ibu mana la yg xnak dok rumah jaga anak sendiri. xpela kak, sabar byk2..Allah maha mengetahui. saya pon baru je kena kutuk, suruh benti keja jaga anak sendiri. easier said than done kan? salah ke kita nak pastikan keselamatan anak dan amanah kita dijalankan dgn baik?

    ReplyDelete
  11. envime..tq for yr comment. hakikat sebenar tak nak d ceritakan buat masa ini dilindungi oleh undang2 yg manusia sendiri ilhamkan iaitu berhak diam di bawah undang2 yang ada. kebenaran akan timbul d akhirat nanti insyaallah

    ReplyDelete
  12. From Mommy AdeLia: Ms.Nizaas, ini bukan soal the best nursery atau tidak, siapa yg tak nak yg terbaik utk anak2 sendiri? Siapa yg nak risikokan anak yg dah dikandung 9bulan? Fikir2 kan lah sendiri..

    ReplyDelete