About Me

My photo
Lahirnya ramai wanita hebat yang mempunyai minda kelas pertama, menyedarkan aku bahawa diri ini jangan terus ego supaya aku dapat meneruskan perjalanan hidup yang lebih baik bagi hari-hari yang mendatang. Memahami diri seorang wanita bagai tiada penghujungnya kerana kelembutan mereka mengatasi kegagahan lelaki mampu menggoncangkan dunia. Justeru, usaha diri ini tidak kenal erti penat untuk terus memahami ciptaan Tuhan yang dikenali sebagai WANITA.

Saturday, March 12, 2011

ISU BERKURUN REBUTAN BATAS OLEH MALAYSIA & SINGAPURA AKHIRNYA SELESAI.

Permintaan yang tinggi terhadap produk keluaran IKS di Singapura dan Malaysia terutama yang berkaitan secara langsung dengan tanah pertanian telah menyebabkan rebutan tanah kedud-dua pihak. Produk IKS yang menjadi kegilaan dan minat pengguna yang dimaksudkan ialah kerepek @ ceriping ubi. Tanah yang terhad untuk membuat batas-batas menanam ubi bagi tujuan tersebut  menyebabkan perebutan ini berlaku selama berkurun lamanya sehinggalah semalam ianya selesai melalui pinjaman tanah untuk dibuat batas oleh 2 pihak (pihak ke-3) yang tidak mengenakan sebarang bayaran sesen pun. Butiran terperinci seperti di bawah
1)    Singapura
Pinjaman daripada : En. Gurau
Bukti hakmilik         : Gurau dalam hidup ada batasnya
Pengesahan            : Sah
2)    Malaysia
Pinjaman daripada : En Sabar
Bukti hakmilik         : Sabar dalam hidup ada batasnya.
Pengesahan            : Sah
Tempoh pinjaman daripada kedua-dua pihak ini tertakluk kepada sejauh mana En.Sabar mampu bertahan dengan kerenah En.Gurau. Maka selesailah isu penting ini dengan aman dan damai.

24 comments:

  1. eee..org x suka tau sebutan 'ceriping'...sebut betul2 .. KEREPEK...baru best....

    ReplyDelete
  2. hehehe...sabar j ngan gurauan kau she......

    ReplyDelete
  3. kalau cik she nak tau....susah tau nk mencabut ubi zaman sekarang ni...kalau x caye g tanye kat makcik tut......:)

    ReplyDelete
  4. anakmenantu makcik semua suka makan ceriping ubi cicah ngan sambal belacan...tp dgn sambal belacan yg makcik buat jek..org lain punye sambal x d umpph!....jgn mare..

    ReplyDelete
  5. aman dan damai ENCIK SAGU yek dapat makan ceriping ubi.

    ReplyDelete
  6. lapar pulak petang2 dok membaca pasal ceriping ubi...nk g cabut ubi jap la nak wat ceriping..sape2 yg nak beli g tau le ye.

    ReplyDelete
  7. cik she...boleh bawak jumpa dengan itu Encik Gurau...saya nk bergurau senda la dgn dia....

    ReplyDelete
  8. pertama kali dengar perkataan 'ceriping'

    ReplyDelete
  9. sensitif dengan perkataan gurau n sabar......takut disalah tafsir

    ReplyDelete
  10. en gur n en sen...ada batas lebih tak...nak tanam mawar la...pls

    ReplyDelete
  11. kalau nak banyak lagi batas...pii cari d kuala batas...hihi

    ReplyDelete
  12. ceriping...ceriping...yeh yeh...hahaha

    ReplyDelete
  13. ini bukan gurauan..ini betul betul!!!

    ReplyDelete
  14. makcik tu smpai terkentut ke cabut ubi...hihi..memang susahkn

    ReplyDelete
  15. nak jugak smbl belacan mkcik buat...saya ni meranatau..mak jauh...wuahhhh

    ReplyDelete
  16. exhibit ni suka suka je combinekan nama enik2 ni..bijak bijak

    ReplyDelete
  17. cabut cabut jgn sampai terkentut sup ya

    ReplyDelete
  18. boleh boleh...kita tengok dia tuko pd en sabor ke tidak

    ReplyDelete
  19. ceriping ni mcm bentuk cuping la klau ko nk tau

    ReplyDelete
  20. nak tanam mawar tk da batas pii kepala batas

    ReplyDelete
  21. kami belia gersik perlukan batas nak tanam keladi pisang...leh buat kerepek gak

    ReplyDelete
  22. banyak la kuala batas hang ara?? kepala batas la

    ReplyDelete
  23. buat sementara ni tak da..jd tanam ajer la dulu di balai belia tu...hihi

    ReplyDelete