About Me

My photo
Lahirnya ramai wanita hebat yang mempunyai minda kelas pertama, menyedarkan aku bahawa diri ini jangan terus ego supaya aku dapat meneruskan perjalanan hidup yang lebih baik bagi hari-hari yang mendatang. Memahami diri seorang wanita bagai tiada penghujungnya kerana kelembutan mereka mengatasi kegagahan lelaki mampu menggoncangkan dunia. Justeru, usaha diri ini tidak kenal erti penat untuk terus memahami ciptaan Tuhan yang dikenali sebagai WANITA.

Monday, March 28, 2011

INIKAH TINDAKAN JABATAN BERWAJIB TERHADAP PEMERGIAN ANAK AHLI SYURGA-ADELIA?

Esok 30/03/2011 genap 2 minggu pemergian Adelia sebagai antara anak-anak kecil yang akan menghuni syurga Allah. Yang menanti penuh sabar saat tiba hari pembalasan untuk membawa bersama kedua ibubapanya ke dalam syurga menikmati nikmat syurga yang sebenarnya…amen. Insyallah. Namun demikian sayangku Adelia kami akan teruskan hidup ini sehingga waktunya kelak demi mencari kebenaran punca pemergianmu sayang dalam dunia yang penuh tipu daya ini. Sayangku Adelia, sehingga saat diriku menukil tulisan ini, tiada hasil tindakan yang sewajarnya kami terima bahawa mereka yang berwajib membela pemergianmu kecuali ibubapamu dan kami yang masih berjuang mencari punca sebenar dirimu meninggalkan kami dan percaya lah sayangku Adelia, ianya tidak akan terhenti. Kesanggupan kakitangan JKM yang kononnya berkerja secara professional, telah dan masih menghantar anak-anak mereka ke Taska di mana dirimu meninggalkan kami amat mengecewakan dan mengejutkan kami. Dimanakah kesedaran mereka ini atas undang-undang yang mereka sendiri reka iaitu taska yang terlibat mesti mendapat kebenaran  yang sah terlebih dahulu sebelum menerima bayi yang  seumur denganmu sayangku Adelia?!. Celaan yang kami terima amat pedih kerana menghantar dirimu sayang ke Taska, seumpama kami ini tidak menyayangi mu sepenuh hati itu juga bakal diterima sepatutnya oleh kakitangan terbabit kerana mereka juga perlu melaksanakan tanggungjawab terhadap amanah lain yang Allah berikan sebagai khalifah di dunia ini..bolehkah mereka korbankan kerjaya mereka dengan tidak menghantar ke Taska terbabit sementara mereka mencari Taska lain yang berdaftar…jawapannya AMAT SUKAR kerana ianya perlu melalui polisi sebuah jabatan yang mengambil proses yang panjang. Akhirnya, Taska terlibat masih tetap beroperasi walaupun ianya dalam siasatan jabatan tersebut..sedih sayang bila teringatkan mu SAYANGKU ADELIA.

30 comments:

  1. sehrusnya etika profesionalism itu difahami secara bersungguh2

    ReplyDelete
  2. amat menyedihkan jika benar ada kakitangan jabatan tersebut bertindak demikian umpama meminggirkan perasaan keluarga arwah..

    ReplyDelete
  3. cakap x serupa bikin betul org JKM ni...dh tentu tau taska tu x berdaftar tetap hantar anak kat situ....penting kan diri ....

    ReplyDelete
  4. betul la zihaniza...saya pun teramat la geram dgn sikap pegawai JKM tu.....dia tu tau ke maksud profesional....suruh dia g cari kat kamus la dulu...fahamkan betul2...baru boleh g keje esok yek...kalau x faham jugak suruh dia dok umah je...

    ReplyDelete
  5. bagi ibubapa arwah jgn berputus asa..kami doakan apa yang sebenarnya berlaku akan terungkai

    ReplyDelete
  6. amat kecewa apabila tiada tindakan sekurang-kurangnya menutup sementara taska terbabit oleh pihak Jabatan sementara laporan siasatan dikeluarkan..hmmmm

    ReplyDelete
  7. dimana keseriusan jabatan terlibat dalam menangani kes-kes seumpama ini yang semakin hari ianya sering berlaku?

    ReplyDelete
  8. sabar ye anak2...ALLAH tu maha mengetahui....

    ReplyDelete
  9. Hmmm ... tengok gambar Arwah Adelia ... So sweet bidadari syurga ini.

    ReplyDelete
  10. kesungguhan dalam mengusahakan sesuatu semangnya perlu

    ReplyDelete
  11. memang sedihnya sampai ke hari ni mamasita

    ReplyDelete
  12. ini yang hairan bila mereka katakan mereka bersikap profesional???

    ReplyDelete
  13. dah mereka kena cari rezeki kenala hantar jugak han

    ReplyDelete
  14. mana sempat liliy nak cari kamus dewan..kerja banyak ni di JKM

    ReplyDelete
  15. memang banyak tapi x buat baik x yah dtg keje....geram sgt2 ni....rasa nk tel KOSMO je jap lg...nk suruh diaorag keluo kan BERITA NI....

    ReplyDelete
  16. sekurang-kurangnya anda faham akan perundangan taska...syabas belia

    ReplyDelete
  17. serius mereka ni biasanya hanya pada wajah tapi hati...lantak le aku ni nak kerja...nak hantar anak lagi.

    ReplyDelete
  18. of course..sweet like pak long..miss her la kaka caca

    ReplyDelete
  19. lili!!!biar i call..kesian u penat

    ReplyDelete
  20. Andainya taska yg terlibat tu beroperasi tanpa lesen/permit, ia sepatutnya di arah tutup oleh pihak yg berkuasa, selagi belum abis siasatan. Kalau trajedi seperti ni berlaku di Eropah, atau di negara2 Barat, munkin tindakan lebih teruk lagi agaknya, eg, tuan punya taska tu di tahan, dsbnya, wallahualam!

    ReplyDelete
  21. hai ben..that what they shld do. problemnya action diambil terlalu lambat infact tiada tindakan pun sampai ke hari ini

    ReplyDelete
  22. dah lumrah dunia sekarang... kalau kes yang tidak melibatkan atu berhubungkait dengan "SOMEBODY" atau VVIP.. alamatnya terkubur begitu sahaja lah atau pun dipandang remeh.. tindakan yang diambil pun tak seberapa.. Cuba apa yang terjadi adalah melibatkan orang yang tertentu yang GAH nama nya dia kalangan semua orang.. pasti siasatan dijalankan dengan segera.. dan pasti dengan pantas seseorang akan dipertanggungjawabkan atas apa yang berlaku... Semoga ibubapa dan keluarga adik Adelia tabah dalam mencari kebenaran.. Insyaallah berkat doa semua kebenaran itu akan muncul juga... Insyaallah...

    ReplyDelete
  23. maka dengan teknologi yd ada pada hari ini..kami gunakan sebaik mungkin untuk kebaikan dan faedah orang ramai bcoz we just nobody that hopefuly not to be somebody..thanks shai

    ReplyDelete
  24. Silap langkah jika mereka yang sengaja atau tidak sengaja alpa kpd isu kematian anak ku ini, bagaikan 'menjolok sarang tebuan'..

    ReplyDelete
  25. we just prey that allah will help us to stay peacefully in the name of islam...insyaallah

    ReplyDelete
  26. kak, sedihnya...takziah kak..
    betul la, kita ni kerja, nekad je tinggal kt org..igtkan org nak sayang mcm kita sayang tapi takdenye...

    justice for Arwah Adelia..

    ReplyDelete
  27. tkasih atas ucapan takziah envime..maka apa pun tugas atau amanah yang kita ambil...niatkan lah ianya satu ibadah kerana Allah...maka akan datanglah rasa sayang dan tanggungjawab..dan insyaallah semuanya di bawah lindungan Allah

    ReplyDelete