About Me

My photo
Lahirnya ramai wanita hebat yang mempunyai minda kelas pertama, menyedarkan aku bahawa diri ini jangan terus ego supaya aku dapat meneruskan perjalanan hidup yang lebih baik bagi hari-hari yang mendatang. Memahami diri seorang wanita bagai tiada penghujungnya kerana kelembutan mereka mengatasi kegagahan lelaki mampu menggoncangkan dunia. Justeru, usaha diri ini tidak kenal erti penat untuk terus memahami ciptaan Tuhan yang dikenali sebagai WANITA.

Friday, February 18, 2011

YA ALLAH!! APA CELCOM DAH LAKUKAN??!!!


                                       
AKAN AKU INGAT DIRIMU SAMPAI MATI!!
“Penat..memang penat na, memang ini bukan yang kita cari na..tapi fikir dan ingat satu aja..pahala jariah yang Allah bagi yang kita bawa ke mati”
Itulah kata-kata bermakna membawa kesan yang amat dalam oleh General Manager Celcom Southern Region bukan sahaja pada staff beliau tapi juga pada penduduk kampungku, Kampung Gersik, Ledang, Johor. Amat mengharukan dan membanggakan apabila salah sebuah syarikat telekomunikasi besar di Malaysia iaitu CELCOM yang pada hari tersebut mengindahkan kampung aku dengan suasana biru dalam suasana suram dan tekanan selepas banjir besar yang menimpa baru baru ini, tidak memikirkan semata-mata mempromosi CELCOM dalam konteks perniagaan tetapi dengan adanya seorang General Manager seperti ini..lebih daripada itu yang mereka cari dan dapat. Mereka dengan penuh ikhlas membersihkan kawasan Dewan Orang Ramai, Balai Raya, Balai Belia dan Taska Permata dan kampung aku hanya mampu mengucapkan jutaan terimakasih. Diharap syarikat-syarikat GLC yang melayari blog aku ni jadikan CELCOM dan GMnya sebagai contoh di masa-masa akan datang. Post yang akan datang…insyaallah aku akan masukan gambar-gambar mereka dan banjir di kampungku.

16 comments:

  1. alhamdulillah......bekerja sambil beramal....

    ReplyDelete
  2. agak2 kalo dia promote celcom pasni...org hjg tambak tergoda tak?haha

    ReplyDelete
  3. inilah style perniagaan yang bakal bertahan sampai bila2..u bought people soul n thought...syabas Celcom

    ReplyDelete
  4. ko lak bila..ada 20sen pun leh beramal

    ReplyDelete
  5. ee ee..ni warna celcom ke warna laut..birunya makngah

    ReplyDelete
  6. ni rupanya salah satu rahsia dia orang..

    ReplyDelete
  7. tahniah celcom..jasa mu org akan kenang

    ReplyDelete
  8. kami penduduk belia kampung gersik menghargai usha yg telah anda lakukan

    ReplyDelete
  9. kalau ada keje kosong kat Celcom nk gak apply

    ReplyDelete
  10. alah exhibit jasa aku ko tk knang pun :-[

    ReplyDelete
  11. dh namanya kosong memang tak da ler tonoi...kiki

    ReplyDelete
  12. saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terikasih kepada pelajar2 ipt dan Sime darby yang bergotong royong di KAMPUNG HUJUNG TAMBAK

    ReplyDelete