About Me

My photo
Lahirnya ramai wanita hebat yang mempunyai minda kelas pertama, menyedarkan aku bahawa diri ini jangan terus ego supaya aku dapat meneruskan perjalanan hidup yang lebih baik bagi hari-hari yang mendatang. Memahami diri seorang wanita bagai tiada penghujungnya kerana kelembutan mereka mengatasi kegagahan lelaki mampu menggoncangkan dunia. Justeru, usaha diri ini tidak kenal erti penat untuk terus memahami ciptaan Tuhan yang dikenali sebagai WANITA.

Monday, February 28, 2011

MINUMAN PILIHAN RAMAI WANITA MELAYU MALAYSIA ABAD INI…SYHHH!!!

Wanita sekarang segalanya hendak bersaing atau hendak kesamarataan  dengan lelaki. Okay, tidak menjadi masalah sebab kita kena adil. Kalau kita kata wanita duduk ajer di dapur..melenting terus!! Tapi Datuk Siti Nurhaliza sebab rajin menyanyi di dapur …nah kau!! Success beb. Chewah!chewah! terus tak jadi melenting you all ya..tetapi..Ini apa kejadahnya pulak wanita hendak bersaing pula dalam hal “WA MABUK, LU JANGAN BANYAK CAKAP”. Menurut Ketua Penolong Kanan, Unit Penyalahgunaan Alkohol, Kementerian Kesihatan, Dr Rozanim Kamarudin: ‘Wanita dikesan semakin mengambil minuman beralkohol, sekaligus menyaingi golongan lelaki.’ Lagi merisaukan dan menyedihkan, kajian itu juga mendapati Melayu mengambil minuman haram itu walaupun peminum di kalangan kaum lain lebih tinggi.
Apa masalahnya wanita sekarang ni ya? Apa yang you all perlukan sehingga sampai minum minuman keras. Banyak lagi benda keras selain minuman keras yang kamu boleh dapat secara halal. Perkara ini yang you all kena bincangkan di facebook..masalah yang mendatangkan musibah. Inikan tidak facebook jadi satu platform di mana kalau boleh, terkentut pun nak beritahu satu dunia..WAKE-UP LADIES!!!!

18 comments:

  1. benda keras?nakal!!doa doa tidak berlaku pada diri ini

    ReplyDelete
  2. aku pun tak tau apa nak jadi pompuan melayu zaman ni..mudah sanagt terpengaruh dgn barat

    ReplyDelete
  3. di eropah ramai berpusu masuk islam tggal yg di larang tapi kita sebaliknya yang dah tentu islam

    ReplyDelete
  4. kalau ada masalah ke..ambil la air segelas baca bacakan ayat qursi..tak payah lah sampai ngambil air kencing syaitan

    ReplyDelete
  5. aku doakan mereka yang terlibat khasnya wanita2 di luar sana agar kembali ke pangkal jalan

    ReplyDelete
  6. ini rupanya yang dikatakan wanita melayu moden..kesiann

    ReplyDelete
  7. aku pun takut akan perkara nimaklumlah aku pun ada anak pompuan tapi doa doa jgn sampai terjerumus

    ReplyDelete
  8. kekadang kawan kawan aku kata depa minum ni saja suka suka..pelik la

    ReplyDelete
  9. aik..ada ke aku ni d kata nakal..tak baik tau..tkda niat.

    ReplyDelete
  10. masalahnya barat utara timur selatan..semuanya ada arak..ikut hati le

    ReplyDelete
  11. dia orang ni bukan berpusu pusu tapi dah minum berpasu-pasu agaknya..dunia dunia

    ReplyDelete
  12. ini makin bertambah masalah le bukan hilang masalah..

    ReplyDelete
  13. ya ya aku doakan moga dia org sedar

    ReplyDelete
  14. tak semua beb..ini dah kembali ke jahiliah..takuttttt!!!!

    ReplyDelete
  15. kita perlu terapkan anak2 kita dengan nilai sebenar islam dalam kehidupan ini

    ReplyDelete
  16. ada satu lagu "suka suka akibatnya duka"

    ReplyDelete
  17. walau macam mana kita nak bersosial..jangan lah ia menjadi kan arak minuman itu satu alasan

    ReplyDelete
  18. ada sesetengah keluarga melayu yang menjadikan arak ini sebagai cara kehidupan mereka hari2...senang cerita mcm minum air kosong la hj.

    ReplyDelete