About Me

My photo
Lahirnya ramai wanita hebat yang mempunyai minda kelas pertama, menyedarkan aku bahawa diri ini jangan terus ego supaya aku dapat meneruskan perjalanan hidup yang lebih baik bagi hari-hari yang mendatang. Memahami diri seorang wanita bagai tiada penghujungnya kerana kelembutan mereka mengatasi kegagahan lelaki mampu menggoncangkan dunia. Justeru, usaha diri ini tidak kenal erti penat untuk terus memahami ciptaan Tuhan yang dikenali sebagai WANITA.

Wednesday, December 7, 2011

Wanita! Gerabak Dah Dapat..Ambulan Nak Tak!!




Sekadar Gambar Hiasan

Bukanlah aku timbulkan isu ini untuk kepentingan diri tetapi sejak akhir-akhir ini, terlalu banyak kesempatan ke atas wanita yang diciptakan Allah ini diambil oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Kes-kes yang melibatkan pencabulan hak-hak wanita kerap sangat dilaporkan. Bukan nak menyalahkan sesiapa juga tetapi mengajak kita semua supaya langkah-langkah keselamatan perlu diambil sebelum banyak kejadian tidak diingini berlaku.
Contoh terdekat yang telah diambil oleh sebuah syarikat pengangkutan negara ini ialah mengasingkan gerabak yang dikhaskan hanya untuk wanita dan rasanya wanita-wanita bersyukur akan nikmat ini. Namun ada jugaksegelintir yang masih tak ambil peduli baru-baru ini ....mungkin 'couple'..nak jugak ajak teman lelakinya duduk sekali dalam gerabak khas wanita ini. Nak buat cammana...mind masih ditakuk lama.
Jadi, aku rasa mungkinkah satu hari nanti..AMBULAN_AMBULAN di negara ini perlu juga mementingkan isu keselamatan wanita ini. Mereka adalah kaum yang patut dilindungi. Jururawat negara ini sudah ada yang lelaki..sudah semestinya ada wanita-wanita yang tidak selesa akan keadaan ini. Mungkin ada yang berkata..jangan fikir sangat lah..takkan orang sakit ada yang hendak ambil kesempatan. Come on la..luar negara dah berlaku cikgu pun dah ambil kesempatan pada muridnya yang di bawah umur.
Aku tak pasti sama ada ambulan2 di negara ini dilengkapi dengan CCTV. Dan lagi membimbangkan mungkin ada kes berlaku tetapi malu atau takut untuk membuat laporan. Mungkin saja. Contoh gambar di atas lihatlah wanita yang dalam kesakitan dan mungkin tidak sedarkan diri..anda rasa selesa atau tidak jika dibiarkan sendirian bersama dalam ambulan seorang jururawat atau doktor lelaki. Mungkin anda tidak tetapi bagaiman ibubapa atau suami. Bukanlah nak kata semua lelaki ada niat tak baik tetapi syaitan dan nafsu sentiasa cuba menjadi raja dalam diri seseorang.
Mugkin kepada pembaca-pembaca post aku ini yang rasa perlu dibincangkan di platform atau medium yang lebih berkuasa...silakan. Jangan lah dah terjadi baru nak bertindak. Wanita perlu kita lindungi bukan dirasai.

12 comments:

  1. sandainya ini tidak membebankan kerajaan..ia nya wajar dibincangkan lagipun rakyat didahulukan itu yang penting

    ReplyDelete
  2. kadang-kadang kita ni wanita rasa tak selesa jugak di periksa oleh doktor lelaki tapi fikir yang baik ajer lah..namun seperti penulis ni maksudkan...syaitan ni sentiasa cuba menyesatkan kita..wajar dipertimbangkan dan mudah2an baik kesudahan untuk semua terutama wanita.

    ReplyDelete
  3. yang saya risaukan ada kes2 tidak elok berlaku dalam ambulan yang tidak dilaporkan oleh mangsa...:(

    ReplyDelete
  4. saya rasa..keyakinan dan kepercayaan kepada petugas yang memberi rawatan darpada orang ramai menjadi lebih kukuh

    ReplyDelete
  5. sebagai seorang wanita..saya sokong dan alu-alukan perbincangan ke arah ini..kami kaum yang lemah dan sememangnya perlu dilindungi

    ReplyDelete
  6. bukanlah kami wanita sentiasa menuntut itu ini tetapi kami hanya memerlukan perlindungan keselamatan dan kehormatan kami itu saja..

    ReplyDelete
  7. makcik ruby...rakyat patut didahulukan..jadi apasalahnya beban sikit demi maruah wanita kan?..:)

    ReplyDelete
  8. zihaniza tkasih ...:)..demi mereka yang bergelar isteri dan anak2 gadis

    ReplyDelete
  9. Mr. Kitaro..itu lagi berat..mungkin kerana tiada sokongan bukti lain maka pemasangan litar tertutup ini penting pada pendapat saya

    ReplyDelete
  10. mr exhibitor..bukanlah tak percaya sebelum ini tapi ini sebagai langkah berhati2 kerana kejadian tempat lain seperti di hospital2 lif2 dan lain2 banyak berlaku di luar negara.

    ReplyDelete