About Me

My photo
Lahirnya ramai wanita hebat yang mempunyai minda kelas pertama, menyedarkan aku bahawa diri ini jangan terus ego supaya aku dapat meneruskan perjalanan hidup yang lebih baik bagi hari-hari yang mendatang. Memahami diri seorang wanita bagai tiada penghujungnya kerana kelembutan mereka mengatasi kegagahan lelaki mampu menggoncangkan dunia. Justeru, usaha diri ini tidak kenal erti penat untuk terus memahami ciptaan Tuhan yang dikenali sebagai WANITA.

Wednesday, December 14, 2011

Jangan Terlepas: Ombak Rindu DiSusuli Tsunami Cinta

Tak Ketinggalan Mengabadikan Kenangan


Kemelut dan Kritikan OMBAK RINDU

Tsunami kini menyusul setelah ombak melanda rindu...:). Biasa la itu, selepas satu-satu filem ditayangkan pasti keluar cerita pedih, pedas, manis, pahit dan berbagai-bagai lagi. Yang aku tahu dari pengalaman dan cerita sekeliling..syarikat TISU..sales JUMP gara-gara Ombak Rindu..:). Tahniah kepada pengarahnya dan semestinya pada lakonan Aaron, Maya Karin dan lain-lain.
Aaron sebelum filem ni pun..aku menonton drama2 lakonannya seperti Rahsia Hati dan Cinta Gila..memang aku cakap ni lah orangnya bakal menyayingi atau pengganti Rosyam. Aku bukan lah orang seni..tapi aku akui Rosyam hebat..cakap dia kalau berlakon memang bukan dibuat2..tapi skripnya hidup di mana kita boleh letakkan diri kita di tempat dia.."kalau aku pun..kat luar macam ni la aku cakap..bukan skima sangat".. namun aku terfikir siapalah pengganti dia. Setelah melihat lakonan Aaron..ni lah orangnya. TRUST ME. Bukan lah sebab aku minat dua pelakon ni tapi aku hanya ingin melihat filem dan drama Melayu ini di tahap yang boleh dibanggakan.
Keratan-keratan akhbar di atas biasanya selepas tayangan. Ya la lepas tayang la kan baru boleh kritik. Kemelut penulis novel dengan penerbit filem la katanya. Pasal bayaran kata gossip tersebut. Entahlah..aku teringat akan filem "LORD of THE RINGS". Sebuah filem 'box-office" yang diadaptasi dari novel jugak. Tak kedengaran pulak masalah bayaran penerbit filem dan penulis novel. Malahan penulis novel melimpah rezekinya dan terkenal sebelum dan selepas filem dibuat. Tak tahu lah kan..tapi caranya ibarat cakap macam ini lah.."Gasak kau la filem nak buat duit macam mana pun..aku minat menulis dan ini cerita aku..selagi aku terdaya aku akan menulis". Yang menarik..hingga orang ramai ternanti2..bila buku seterusnya nak keluar nii!!??.
Ombak rindu tragedi murahan?? Kalau nak buat filem 'tragedi mahal' kat Malaysia..memang mahal lah penerbit terpaksa bayar selepas ditayangkan. Bagi aku biarlah orang dengan cara tersendiri nak cari rezeki. Kutipan RM5 juta untuk filem yang kurang aksi2 'stunt' dan grafik komputer ni...dah ok lah tu. Aku rasa ada 'tragedi mahal yang sangat mahal di sini"..iaitu 'air mata'..mahal tau air mata...ingat senang2 ke nak keluarkan air mata..kalau tak kena tinggal atau dipermainkan pak we atau mak we..tak ada pasal la nak keluarkan air mata ngah weii...:). Namun aku tak nafikan maksud pengkritik. CINTA dan RINDU yang MAHAL itu MILIK SIAPA? Moga ada yang menterjemahkan ombak RINDU itu kepada yang patut akhirnya.
Sedikit penghayatan.." KETIKA CINTA MEMANGGIL, RASAILAH NIKMAT OMBAK RINDU"

12 comments:

  1. besar makna 'KETIKA CINTA MEMANGGIL, RASAILAH NIKMAT OMBAK RINDU' diakhir tulisan ini..Allahuakbar

    ReplyDelete
  2. Saya peminat Maya Karin...itu ajer nk komen..:))

    ReplyDelete
  3. OMBAK RINDU....aaron menangis saya pun ikut dia nangis gak...:(

    ReplyDelete
  4. sebak sangat perasaan ni bila tonton filem ni...:((

    ReplyDelete
  5. Ara Song..syukur jika anda memahaminya

    ReplyDelete
  6. SUP..awak minat...saya minat minat minat..:))

    ReplyDelete
  7. zihaniza...aduhai..awak mesti berjiwa sensitif ya..:))

    ReplyDelete
  8. maya karin jer ke si nama panjang yang awak ucap tahniah..lisa surihani..pun bagus apa..hihih

    ReplyDelete
  9. jangan la sebak sangat mawar...saya kan ada...hihi

    ReplyDelete
  10. serius ...memang tak sanggup nak tgk cerita2 tragis ni...exp kalau melibatkan watak 'ustazah'...dianiaya dan didera...

    ReplyDelete
  11. Ijan..better dont ler cam tu..lenjun tudung nnti lap air mata takut bawak tisu yg 30 sen jer..tak cukup..:)

    ReplyDelete