About Me

My photo
Lahirnya ramai wanita hebat yang mempunyai minda kelas pertama, menyedarkan aku bahawa diri ini jangan terus ego supaya aku dapat meneruskan perjalanan hidup yang lebih baik bagi hari-hari yang mendatang. Memahami diri seorang wanita bagai tiada penghujungnya kerana kelembutan mereka mengatasi kegagahan lelaki mampu menggoncangkan dunia. Justeru, usaha diri ini tidak kenal erti penat untuk terus memahami ciptaan Tuhan yang dikenali sebagai WANITA.

Monday, May 2, 2011

SUARA TANGISAN SEPANJANG MALAM YANG DISEJARAHKAN

Aku pernah menangis kerana kehilangan seseorang yang aku sayang. Aku pernah menangis kerana ditipu sehingga hampir menyebabkan musnah keluargaku. Aku pernah menangis kerana pernah menyisihkan keluargaku..tetapi itu semua kesilapanku. Namun aku tidak pernah menangis seperti Rasulullah s.a.w menangis sepanjang malam. Pernah suatu ketika Rasulullah telah menangis sepanjang malam dan mengulangi ayat Al-Quraan ini sehingga ke pagi iaitu ayat al-Maidah : 118 yang bermaksud:
                  “Jika Engkau menyeksa mereka, (maka tiada ada yang menghalang perbuatanMu kerana sesungguhnya mereka ialah hambaMU. Dan jika Engkau mengampunkan mereka maka sesungguhnya Engkau sahajalah Yang Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana.”
Diberitakan juga pada suatu malam Imam Abu Hanifah rah. Telah menangis sepanjang malam sambil membaca ayat Ya Sin: 59
                 “Dan (sebaliknya dikatakan kepada orang kafir) berpisahlah kamu pada hari ini wahai orang yang berdosa (daripada bercampur gaul dengan ornag yang beriman).”
Ayat ini jelas membawa makna bahawa orang2 yang mendehaka kepada Allah akan diperintah supaya berpisah daripada mereka yang berbakti kepadaNya. Mereka juga tidak dibenarkan bergaul dengan para solehin sebagaimana dilakukan oleh mereka di dunia. Berdasarkan perintah di atas, sebanyak mana pun kita menangis sebenarnya masih tidak mencukupi kerana tidak diketahui tempat kita dihimpunkan sama ada kalangan yang bersalah atau yang taat. Moga dengan tangisan dan doa serta ibadah kita Allah akan meletakkan kita melalui sifatnya Yang Maha Penyayang dan Maha Mengasihani..ameen.

4 comments:

  1. penghijrahan itu satu ibadah yang mulia di sisiNya..terimakasih atas kisah di atas.

    ReplyDelete
  2. risau memikirkan dimanakah diri ini nanti...

    ReplyDelete
  3. apakah amalan ku selama ini akan diterima Allah..adakah ketaatan ku ini sudah cukup untuk menyelamatkan ku dihadapanNya nanti..allahhuakbar.

    ReplyDelete
  4. terimakasih atas doa blogger di akhir posting ini..

    ReplyDelete