Trend melewatkan perkahwinan, terutama dalam kalangan wanita berpendidikan tinggi dikategorikan isu sosial yang amat serius. Ianya telah dinyatakan oleh Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), di mana fenomena ini boleh membawa implikasi kepada institusi perkahwinan. Data terkini:
Wanita di antara umur 25 dan 29 tahun belum berkahwin = 30%
Lelaki di antara umur 30 dan 34 tahun masih bujang = 25%
Bagi wanita alasan yang diberi ialah mereka tiada calon yang sesuai manakala keadaan kewangan belum stabil adalah antara faktor lelaki dalam lingkungan umur 30an belum berkahwin. LPPKN memandang serius hal ini tetapi apa tindakan atau perancangan mereka kerana masalah ini adalah masalah lapuk yang semakin hari semakin bertambah kadarnya.
Mungkin kesedaran mengenai Al-Quran dan Sunnah Nabi berkaitan perkahwinan kurang dititikberatkan. Kekadang kata-kata seperti aku benci perkahwinan dan tidak kahwin pun aku boleh hidup, aku rasa seperti mempersendakan Al-Quran dan Sunnah Nabi. Yang amat membimbangkan dan menakutkan aku, adakah isu sosial ini satu pembalasan secara tunai oleh Allah terhadap segelintir pendapat yang memandang negatif kepada institusi perkahwinan yang akhirnya masyarakat dan negara akan menerima kesan buruknya. Mari kita sama-sama berfikir sejenak dan seterusnya kembali kepada syarat-syarat pernikahan dalam Islam yang sebenarnya. Ya, bukannya mudah untuk memikul tanggungjawab bekeluarga tetapi apalah gunanya harga diri kita sebagai khalifah tanpa ada tanggungjawab..bagai tiada nikmat hidup..Wallahualam
Assalammu'alaikum..salam kat semua di rumah yea..
ReplyDeletewaalaikumussalam aunty. nizam n fariza ada depan i ni n dia orang pun dah jawab salam aunty. alhamdulillah aunty dah berjaya jadi tetamu Allah.
ReplyDeletesudah semestinya alam perkahwinan banyak cabaran dan dugaan namun sebagai umat Nabi Muhammad kita tidak boleh membenci institusi perkahwinan.
ReplyDeletemungkin kita perlu mengamalkan sikap kesederhanaan dalam upacara pernikahan dan majlis kenduri untuk tujuan tersebut..wallahhualam
ReplyDeletetq atas komen anda kitaro..nikmat suatu perkahwinan bila ada cabaran dan dugaan
ReplyDeleterasanya ramai org setuju dgn panadagan anda haniza tetapi ada ke yg nak buat majlis apa yang wajib ajer..waallahhualam
ReplyDeleteperempuan berkerjya demand sngt hantran...mmg ptt pon dieorg x kawen.
ReplyDeletetkasih atas komen anda en opa. biasanya sblum bernikah..bercinta dulu untuk fahami hati budi dan membina kasih sayang maka masalah wang hantaran boleh dibincangkan sesama kedua belah pihak...waallahualam
ReplyDelete