Janji, jaminan dan tanggungjawab dalam melaksanakan amanah dan kepercayaan yang diberi bukanlah satu perkara yang mudah (ingatan pada diriku sendiri). Namun sebelum diri ini dilahirkan, rohku telah berjanji akan taat segala perintahNya kerana diri ini hendak dilahirkan dalam Islam. Namun setelah dewasa, banyak janji padaNya kita gagal patuhi atas sebab kesilapan diri sendiri..astaghfiruaallah. Begitu juga janji sesama manusia, kita selalu lupa dan alpa dan ianya perlu diselesaikan selagi hayat dikandung badan..aku hanya mampu memohon padaNya agar diri ini dapat diperbaiki. Allah yang Maha Kuasa juga telah berjanji atas diriNya sendiri penuh nyata dan penuh kesungguhan pada kita semua umat Rasullallah (s.a.w)..
Diriwayatkan daripada Hazrat Abu Qatadah(r.a) katanya bahawa Rasulullah bersabda, “Allah berfirman, aku telah memfardhukan solat 5 waktu atas umatmu. Aku sungguh2 telah berjanji dengan diriKu bahawa sesiapa yang menjaga solah tepat pada waktu maka Aku akan bertanggungjawab untuk memasukkannya ke dalam syurga. Sebaliknya bagi sesiapa yang tidak menjaga solah, Aku langsung tidak bertanggungjawab ke atasnya (Riwayat Imam Abu Daud, Ibnu Majahdll).
Maka Allah telah berjanji dan Allah juga ada tanggungjawab atas hamba2Nya..apakah kita(termasuk diri ini telah melaksanakan tanggungjawab yang kita telah berjanji padaNya?)..Insyaallah.
Biasanya kalau seorang kaya sanggup memikulkan segala tanggungjawab bagi yang memerlukan, tentunya kita berasa tenang, gembira dan terhutang budi tapi di sini hanya sedikit amalan yang mudah (solah 5 waktu), sudah mendapat jaminan daripada Yang Menguasai alam semesta dan Raja dunia dan akhirat.
Allah sememangnya dan perlu diyakini berpegang pada janji terhadap hamba2Nya
ReplyDeleteagama memang suruh kita berhati2 dalam membuat satu-satu perjanjian kerana Allah lebih mengetahui akan hamba2Nya
ReplyDeletememang mudah..tapi dugaan dan gangguannya amat hebat bila nak laksanakan...masyaallah
ReplyDeleteYa Allah aku hanya mampu bermohon kepadaMu agar solah kami selama ini dterima Ya Allah
ReplyDeleteAllah amat sayang pada hambanya yang sentiasa solah tepat waktunya malah sehingga mengambil tanggungjawab memasukkan mereka ini dalam syurgaNya..allahhuakbar
ReplyDelete