About Me

My photo
Lahirnya ramai wanita hebat yang mempunyai minda kelas pertama, menyedarkan aku bahawa diri ini jangan terus ego supaya aku dapat meneruskan perjalanan hidup yang lebih baik bagi hari-hari yang mendatang. Memahami diri seorang wanita bagai tiada penghujungnya kerana kelembutan mereka mengatasi kegagahan lelaki mampu menggoncangkan dunia. Justeru, usaha diri ini tidak kenal erti penat untuk terus memahami ciptaan Tuhan yang dikenali sebagai WANITA.

Tuesday, May 24, 2011

ADAKAH INI SATU PERSENDAAN TERHADAP AL-QURAN DAN SUNNAH NABI?

Trend melewatkan perkahwinan, terutama dalam kalangan wanita berpendidikan tinggi dikategorikan isu sosial yang amat serius. Ianya telah dinyatakan oleh Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), di mana fenomena ini boleh membawa implikasi kepada institusi perkahwinan. Data terkini:
          Wanita di antara umur 25 dan 29 tahun belum berkahwin = 30%
           Lelaki di antara umur 30 dan 34 tahun masih bujang          = 25%
Bagi wanita alasan yang diberi ialah mereka tiada calon yang sesuai manakala keadaan kewangan belum stabil adalah antara faktor lelaki dalam lingkungan umur 30an belum berkahwin. LPPKN memandang serius hal ini tetapi apa tindakan atau perancangan mereka kerana masalah ini adalah masalah lapuk yang semakin hari semakin bertambah kadarnya.
Mungkin kesedaran mengenai Al-Quran dan Sunnah Nabi berkaitan perkahwinan kurang dititikberatkan. Kekadang kata-kata seperti aku benci perkahwinan dan tidak kahwin pun aku boleh hidup, aku rasa seperti mempersendakan Al-Quran dan Sunnah Nabi.  Yang amat membimbangkan dan menakutkan aku, adakah isu sosial ini satu pembalasan secara tunai oleh Allah terhadap segelintir pendapat yang memandang negatif kepada institusi perkahwinan yang akhirnya masyarakat dan negara akan menerima kesan buruknya. Mari kita sama-sama berfikir sejenak dan seterusnya kembali kepada syarat-syarat pernikahan dalam Islam yang sebenarnya. Ya, bukannya mudah untuk memikul tanggungjawab bekeluarga tetapi apalah gunanya harga diri kita sebagai khalifah tanpa ada tanggungjawab..bagai tiada nikmat hidup..Wallahualam

8 comments:

  1. Assalammu'alaikum..salam kat semua di rumah yea..

    ReplyDelete
  2. waalaikumussalam aunty. nizam n fariza ada depan i ni n dia orang pun dah jawab salam aunty. alhamdulillah aunty dah berjaya jadi tetamu Allah.

    ReplyDelete
  3. sudah semestinya alam perkahwinan banyak cabaran dan dugaan namun sebagai umat Nabi Muhammad kita tidak boleh membenci institusi perkahwinan.

    ReplyDelete
  4. mungkin kita perlu mengamalkan sikap kesederhanaan dalam upacara pernikahan dan majlis kenduri untuk tujuan tersebut..wallahhualam

    ReplyDelete
  5. tq atas komen anda kitaro..nikmat suatu perkahwinan bila ada cabaran dan dugaan

    ReplyDelete
  6. rasanya ramai org setuju dgn panadagan anda haniza tetapi ada ke yg nak buat majlis apa yang wajib ajer..waallahhualam

    ReplyDelete
  7. perempuan berkerjya demand sngt hantran...mmg ptt pon dieorg x kawen.

    ReplyDelete
  8. tkasih atas komen anda en opa. biasanya sblum bernikah..bercinta dulu untuk fahami hati budi dan membina kasih sayang maka masalah wang hantaran boleh dibincangkan sesama kedua belah pihak...waallahualam

    ReplyDelete