About Me

My photo
Lahirnya ramai wanita hebat yang mempunyai minda kelas pertama, menyedarkan aku bahawa diri ini jangan terus ego supaya aku dapat meneruskan perjalanan hidup yang lebih baik bagi hari-hari yang mendatang. Memahami diri seorang wanita bagai tiada penghujungnya kerana kelembutan mereka mengatasi kegagahan lelaki mampu menggoncangkan dunia. Justeru, usaha diri ini tidak kenal erti penat untuk terus memahami ciptaan Tuhan yang dikenali sebagai WANITA.

Saturday, May 7, 2011

MENAPAK DALAM KEHIDUPAN, JANGAN KITA LUPA AKAN SATU TAPAK!


Mengimbau saat aku semasa kecil sehingga dewasa aku tidak pernah diberitahu akan adanya Hari Ibu dan ibubapaku tidak pernah menyambutnya sehinggalah aku dewasa aku dikelilingi oleh kawan2 yang selama ini menyambut Hari Ibu. Sedih dan rasa ketinggalan saat itu kerana aku tidak pernah meraikannya. Kenapa mak? Kenapa tidak pernah kau raikan harimu bersama anak2? Rasa kecewa itu ku lontarkan jugak akhirnya kepada ibuku? Jelas kelihatan di raut wajahnya rasa terharu bila selama ini anaknya ada keinginan untuk menyambut Hari Ibu. Namun rasa terharu itu bukan lah kegembiraan bagi anak-anaknya malahan kesedihan dan kesebakan yang kami kecapi setelah jawapan diberi.
Kata emak “setiap detik kehidupan nafas mak ini menempuhi hari-hari mendatang dengan anak-anak emak, itulah Hari Ibu yang mak raikan nak”.
Kata emak lagi “jika anak-anak emak menyambut dan meraikan datangnya Hari Ibu, emak gembira dalam sedih. Gembira kerana emak diraikan sedih kerana ada dikalangan kawan kamu yang tidak dapat meraikannya kerana ketiadaan ibu”.
Baru diri ini faham akan perasaan seorang ibu. Nalurinya sentiasa pada insan yang bergelar anak. Tiada hadiah istimewa untuk mu mak hanya doaku selepas solah untukmu mak tanda ingatan ku dalam menempuh hari-hari mendatang yang memberi makna Hari Ibu dalam dirimu. Sesungguhnya rasa sayang dan rindu dalam diri ini tidak mampu membalas sayang dan rindu mak pada anak-anak sampai bila-bila..mak.
NOTE: kiri; ibundaku, kanan; arwah ibu mertuaku, tudung oren: ibu mertuaku kini.
PERINGATAN : SYURGA ITU TERLETAK DITELAPAK KAKI IBU

5 comments:

  1. untuk arwah mak..kami teramat merindui belaianmu

    ReplyDelete
  2. Selamat Hari Ibu kepada ibu-ibu Ahli Belia Geliga Gersik.

    ReplyDelete
  3. tkasih atas susumu ibu sewaktu aku belum kenal erti hidup ini lagi..

    ReplyDelete
  4. bertuahnya badan ada 3 mak..atok..cucumu sayangkan atok tau

    ReplyDelete
  5. Tiada lain yang lebih disyukuri si Suami, apabila melihat anak-anaknya indah dibesarkan bersama-sama si Isteri tersayang ...

    ReplyDelete