About Me

My photo
Lahirnya ramai wanita hebat yang mempunyai minda kelas pertama, menyedarkan aku bahawa diri ini jangan terus ego supaya aku dapat meneruskan perjalanan hidup yang lebih baik bagi hari-hari yang mendatang. Memahami diri seorang wanita bagai tiada penghujungnya kerana kelembutan mereka mengatasi kegagahan lelaki mampu menggoncangkan dunia. Justeru, usaha diri ini tidak kenal erti penat untuk terus memahami ciptaan Tuhan yang dikenali sebagai WANITA.

Sunday, May 1, 2011

KESAN FACEBOOK DALAM MENINGKATKAN IBADAH ISLAM??

Semua yang berlaku dan wujud di dunia ini adalah atas kehendakNya dan tiada sesuatu pun dapat menghalangnya. Kenapa dijadikan siang, malam, matahari, bulan, hujan, panas, lelaki, perempuan dan segalanya pasti ada sebab musababnya dan yang aku faham akhirnya adalah dengan satu tujuan untuk segala makhluk beribadah padanya. Sebagai manusia, itu yang Allah tuntut dari kita sebagai hambaNya. Pengertian ibadah yang aku faham cukup luas rupa-rupanya. Ingat dan berpesan pada rakan-rakan akan iman dan amal itu satu ibadah. Perniagaan yang halal itu satu ibadah, sentiasa menggunakan akal fikiran untuk berfikir itu satu ibadah, rewang itu ibadah, membawa kenderaan ke tempat kerja satu ibadah dan segala yang berniatkan kerana Islam dan Allah itu satu ibadah..dan ganjarannya amat tidak ternilai apa yg berharga di dunia ini. Yang pasti, nawaitu sebelum melakukan sesuatu (bukan kejahatan) mesti diniatkan untuk beribadah, dan itu sebenarnya selama ini  aku kurang lakukan (sedih bila memikirkannya). Dengan Facebook yang menjadi laman social yang terkenal dan Allah yang menciptakannya sudah pasti ada kebaikannya yang perlu kita fikirkan dan gunakannya untuk beribadah. Mungkin ini satu contoh jika niat awal kita melayari facebook satu ibadah(mengharap ganjaran dari Allah)..hubungan silaturrahim yang terputus setelah tamat zaman belajar akhirnya tererat kembali..Waallahhualam.

4 comments:

  1. mudah-mudahan melalui facebook aku dapat cara untuk meningkatkan ibadah ku..ameen

    ReplyDelete
  2. berpersatuan juga merupakan satu ibadah sekiranya niat kita untuk mengukuhkan kedudukan Islam melalui aktiviti yang dijalankan berlandaskan hukum-hukum agama yang sedia ada..insyaallah

    ReplyDelete
  3. moga ibadah yang kita niat dan lakukan di terima Allah ya anak2..insyaallah

    ReplyDelete
  4. dalam kita memikirkan ibadah di facebook..jangan lupa ibadah wajib yang di tuntut..insyaallah

    ReplyDelete