About Me

My photo
Lahirnya ramai wanita hebat yang mempunyai minda kelas pertama, menyedarkan aku bahawa diri ini jangan terus ego supaya aku dapat meneruskan perjalanan hidup yang lebih baik bagi hari-hari yang mendatang. Memahami diri seorang wanita bagai tiada penghujungnya kerana kelembutan mereka mengatasi kegagahan lelaki mampu menggoncangkan dunia. Justeru, usaha diri ini tidak kenal erti penat untuk terus memahami ciptaan Tuhan yang dikenali sebagai WANITA.

Sunday, January 1, 2012

Apakah Persamaan @ Perkaitan Dalam 9 Peristiwa Ini???






Gambar- Sekadar Hiasan

Ini adalah pemerhatian ku sepanjang berada di depan MyDin Melaka tempoh hari akan beberapa kejadian yang berlaku di depan mataku..9 kejadian punyai satu sahaja persamaan atau perkaitan. Baca, nilai dan fikirkanlah jawapanya.

1) Seorang datuk berbangsa Melayu melayan cucunya bermain di pusat hiburan keluarga.

2) Seorang jurujual perempuan berbangsa Cina melayan pelanggan di 'booth' aksosori barang perhiasan wanita.

3)Seorang ibu yang tidak sudah2 membelek pakaian kanak2 di butik Anakku.

4) Dua orang kanak2 berlari mendapatkan ayahnya nak membeli 'Kaya Ball'

5) Seorang kanak2 berusia 6 bulan duduk di dalam troli bersama kakaknya sambil matanya tidak berkelip melihat kanak2 lain berlari sana sini.

6) Seorang budak lelaki berumur 11 tahun, tiba2 duduk bersebelahan aku sambil menikmati keenakkan kentang goreng.

7) Aku tiba-tiba terasa lapar..tak tahan menghidu bau kentang goreng budak lelaki tadi

8) Seorang ibu cuba menidurkkan anak kecilnya yang berada di dalam troli.

9) Seorang 'cashier' di kaunter MyDin menerima bayaran yang dibayar oleh pelanggan2 atas barangan yang berjaya dijual.

Begitulah 9 kejadian yang telah berlaku di depan mataku ini saat ku berada di Mydin Melaka dan akhirnya, setelah ku amat-amati..ada satu persamaan antara mereka ini. Anda carilah dan berikanlah jawapan anda dalam ruang komen post ini..sudi2kan lah..dan terima kasih kerana membaca post ini...:)

6 comments:

  1. Jelas kita punyai sebuah negara yang kaya, makmur dan bahagia. Apa perlunya sebuah Tharir Square lagi. Bersyukurlah kepada NYA atas apa yang sedang kita nikmati ini. Bahwa sa nya kerajaan hari ini adalah yang terbaik yang mampu menjamin kesejahteraan kita dan anak2 kita untuk masa kini dan akan datang.

    ReplyDelete
  2. MBH..tkasih atas komen yang diberi..diharap kita semua tidak lupa untuk bersyukur atas nikmat yang diberi. Ada jawapan lebih utama sebenarnya dalam 9 peristiwa ini..:)

    ReplyDelete
  3. Kalau boleh teka ada 'ganjaran' tak? Hamper? atau voucher makan malam di D'Sana cafe?

    ReplyDelete
  4. aliefalesha...voucher penghantaran anak ke sekolah selama seminggu..percuma..:)))

    ReplyDelete
  5. semuanya berlaku kat mydeen kan kan...hihi

    ReplyDelete
  6. persamaannya..duduk d sebuah negara yang merdeka.

    ReplyDelete