Sememangnya jika ditanya kepada setiap diri manusia yang mengaku dirinya Islam, apakah kita mukmin yang sempurna?. Jawapannya..’Ya sudah pasti’. Namun adakah terdapat kaedah-kaedah tertentu penilaian atau ukuran kesempurnaan seseorang itu bergelar mukmin?. Jawapannya ..’Ya ada’. Hazrat Anas r.a meriwayatkan bahawa Rasulaallah saw bersabda, “Seorang pun daripada kamu tidak akan menjadi mukmin yang sempurna selagi dia tidak mencintai aku lebih daripada dia mencintai ayahnya, anak-anaknya dan seluruh manusia. Begitu juga jawapan Hazrat Ali r.a apabila ditanya akan kasih sayangnya terhadap Rasullallah, jawapannya “Kami mengasihi baginda lebih daripada harta-harta kami, anak-anak kami, ibu-ibu kami dan lebih daripada air sejuk ketika tersangat dahaga.
Tertanya dalam diri ini dan mungkin dalam diri anda, apakah sambutan Maulidirrasul pada tiap-tiap tahun secara besar-besaran di seluruh negara yang diadakan di masjid-masjid itu sudah cukup sebagai tanda cinta kita pada Rasulluallah saw?. Jawapannya ada dalam hati kita dan Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui. Jika kita benar mengasihi Baginda pasti dalam hati kita ini hasrat untuk menemuinya dan bersamanya satu hari nanti. Begitulah satu ketika Hazrat ‘Umar r.a membuat rondaan keselamatan malam, kedengaran suara seorang wanita tua bersyair sehingga menyebabkan Hazrat ‘Umar terduduk dan menangis:
“ Sampaikanlah salam kepada Muhammad saw daripada orang-orang yang soleh
Juga sampaikanlah salam daripada orang-orang yang suci lagi terpilih
Sesungguhnya Ya Rasulullah, engkaulah orang yang beribadat di tengah malam
Dan orang yang menangis pada saat akhir daripada malam
Alangkah baiknya kalau dapatku tahu apakah aku dapat bersama kekasihku atau tidak?
Lantaran maut datang dalam keadaan berbeza-beza
Dan tidakku ketahui dalam keadaan apakah maut akan mendatangiku
Dan selepas mati adakah dapat aku bertemu dengan Rasuluallah saw atupun tidak?
Rasuluallah ada bersabda “ Sebahagian daripada mereka yang sangat mencintaiku akan lahir selepasku. Mereka bercita-cita untuk melihatku walupun terpaksa mengorbankan kaum keluarga dan harta benda”. Pertanyaan kepada diriku..” Layakkah aku?”..(sedih dan sayu dalam diri ini)