About Me

My photo
Lahirnya ramai wanita hebat yang mempunyai minda kelas pertama, menyedarkan aku bahawa diri ini jangan terus ego supaya aku dapat meneruskan perjalanan hidup yang lebih baik bagi hari-hari yang mendatang. Memahami diri seorang wanita bagai tiada penghujungnya kerana kelembutan mereka mengatasi kegagahan lelaki mampu menggoncangkan dunia. Justeru, usaha diri ini tidak kenal erti penat untuk terus memahami ciptaan Tuhan yang dikenali sebagai WANITA.

Sunday, April 17, 2011

URGENT: DAUN PISANG PUNYAI SEJARAHNYA YANG TERSENDIRI DI MALAYSIA.

Dalam keadaan menahan kesakitan urat belikat belakang ku yang sakit…alhamdulillah aku dipilih oleh Allah untuk menunaikan solat maghrib di masjid hari ini(17/04). Seperti biasa selepas solat maghrib setiap Ahad ada kelas agama disampaikan oleh bekas ustazku semasa sekolah rendah. Mencarilah aku tempat untuk bersandar untuk mengurangkan sakit belakangku ini. Tajuk pembelajaran mengenai pengurusan jenazah. Kelas agama ini, biasalahkan, majority dihadiri oleh warga emas hanya beberapa orang ajerla yang muda kelana macam aku ini. Alah! Aku ni pun sebab dah lama benor (sebutan ‘benar’ orang Muor) tak menjengah masjid..sekali sekala tu jengah lah kan?! Mengajar lah ustaz tu sampai bab mengkafankan mayat. Yalah..guna 3 lapisan kain untuk bungkus mayat. Jadi, ada seorang warga emas bertanya bolehke bungkus mayat dengan selain kain? Alamak pakcik ini dah nak buat cerita panas ke cerita seram? Dia kata “berlaku pada zaman jajahan Jepun”..alamak masuk sejarah ni..zaman Jepun tu!!!. Dia pernah saksikan mayat dibungkus atau dikafan guna daun pisang!!?? Daun pisang???!!!..kata aku dalam hati..alasannya masa Jepun..kain susah nak dapat kalau ada pun mahal. Perrgh!!! Kasihan!!!..Daun pisang tuu!!!. Kata ustaz “boleh dengan syarat menutup tubuh mayat”. Aku terkedu dan memikirkan sesuatu bahawa susahnya hidup jika kita dijajah dan berlakunya peperangan. Aku bersyukur dalam hati hari ini ianya tidak berlaku. Bagai mahu menangis pakcik tu menceritakan apa yang dia saksikan masa tu. Namun apabila memikirkan keadaan hari ini, kita orang-orang Melayu beragama Islam gagal untuk semuanya bersatu..maka tidak mustahil satu hari nanti, kita ini mati akan dikafankan sedemikian rupa…cukup sedih…kalau ada daun pisang?..andaikata ada cuma pokok pucuk ubi.. oh tidak!! sangat menyedihkan. Wahai orang-orang Islam, sudah sampai masanya kita bersatu hati agar kita tidak dijajah. Tentunya kita tidak mahu kita dikafankan dengan daun? Marilah kita cari jalan bagaimana untuk kita bersatu dan seterusnya tidak dijajah.!!!!

9 comments:

  1. ingin rasanya jumpa pakcik yang ada pengalaman masa jajahan jepun

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah..syukur atas nikmat selama aku ini hidup..mudah2an segala nikmat tidak ditarik.

    ReplyDelete
  3. janganlah biarkan kita dijajah lagi ya anak-anak..bersatu-padulah kita

    ReplyDelete
  4. sukar aku bayangkan bila guna daun pisang untuk kafan..susahnyaaa!!!

    ReplyDelete
  5. insyaallah aku akan bawa ko jumpa exhibit

    ReplyDelete
  6. mensyukuri nikmat amat dituntut dalam Islam

    ReplyDelete
  7. insyaallah mak cik ruby..cuma sekarang risau kita dijajah dlm bentuk yg lain...hrmmm

    ReplyDelete
  8. bayangkan keadaan dimana jika dalam peperangan segalanya musnah..namun insyaallah ada jalan kuar

    ReplyDelete
  9. yang lebih merisaukan, belum sempat penjajah sampai ke tanahair, rupa-rupa nya dah ada di antara masyarakat kita ni yang merupakan pengkhianat dan ancaman besar kepada agama, bangsa dan negara. bagi golongan sebegini, jangan kata daun pisang, malahan mayat-mayat mereka ni tak layak dibungkus/dikafankan dengan kulit pisang sekalipun.

    ReplyDelete