About Me

My photo
Lahirnya ramai wanita hebat yang mempunyai minda kelas pertama, menyedarkan aku bahawa diri ini jangan terus ego supaya aku dapat meneruskan perjalanan hidup yang lebih baik bagi hari-hari yang mendatang. Memahami diri seorang wanita bagai tiada penghujungnya kerana kelembutan mereka mengatasi kegagahan lelaki mampu menggoncangkan dunia. Justeru, usaha diri ini tidak kenal erti penat untuk terus memahami ciptaan Tuhan yang dikenali sebagai WANITA.

Thursday, April 7, 2011

Pertemuan Meja Bujur Pertama Kalinya Bersama JKM dan Taska kerana Mu Sayangku Adelia.

Bilik mesyuarat yang bermandikan cahaya lampu dan disulami  kedinginan penyaman udara di mana bilnya ditanggung kerajaan bagai menjanjikan  jawapan kepada persoalan-persoalan yang kami tanggung sejak pemergianmu sayangku Adelia. Rupa-rupanya kekecewaan kami berlarutan kerana hanya beberapa persoalan sahaja terjawab oleh mereka yang benar-benar menyedari segala pembohongan dan lakonan perlu dihentikan. Kami tetap bersyukur walaupun bukan semua persoalan terjawab dan sayangku Adelia, Allah telah menguatkan lagi jiwa kami untuk meneruskan pencarian jawapan-jawapan yang lain. Sayangku Adelia, pemergianmu untuk selama-lamanya bagai tiada penghormatan dan simpati oleh beberapa orang penjawat awam yang kebanyakannya berjawatan Timbalan Pengarah dalam persidangan tersebut sayang. Mereka ini bukan sahaja hilang hormat terhadap pemergianmu malahan tidak menghormati Ketua mereka sendiri kerana meninggalkan pertemuan tersebut ketika kami, ketua mereka dan pihak taska sedang merungkai persoalan-persoalan yang belum terjawab. Dimanakah sikap profesional mereka ini? Percayalah sayangku Adelia ia tidak akan terhenti di sini...hanya untukmu sayangku Adelia

9 comments:

  1. kita hormat org yang bersikap rasional dan profesional...org yng tak profesional?!!...pigidahhhhhhhh

    ReplyDelete
  2. Tindakan pegawai-pegawai yang keluar semasa sesi perbincangan sedang berjalan sebenarnya jelas mencerminkan keperibadian dan personaliti mereka yg sebenar, ie, betapa tinggi nya ego mereka, sikap angkuh, sombong - walaupun dgn sedikit kuasa yg ada pd mereka. Lebih menyedihkan ialah sikap dan tindakan Tuan Pegawai yg membaca doa utk Arwah Baby Adelia... dimana kah kesabaran dan prihatin Tuan Hamba? Adakah salah bagi ibubapa Arw Baby Adelia mohon penjelasan sebenar drp pengasuh2, bukan jurucakap, tentang apa yg berlaku pd pagi itu? Mereka di tuduh membuat "inquest" pula... sedangkan ini lah kali pertama mereka bersemuka? Sungguh memalukan, tidak profesional, dan tindakan disiplin patut di ambil terhadap mereka. MasyaAllah.

    ReplyDelete
  3. Sebab mereka hantar anak ke sana ke tu yang sokong bermati-matian?

    BODOH

    ReplyDelete
  4. suraya..bukan mudah menjadi seorang profesional apabila tiada keikhlasan dalam melakukan sesuatu

    ReplyDelete
  5. ini lah sebahagian manusia tidak ngerti nikmat pangkat yang allah kurniakan pada mereka...mudah lupa amanah yang diberi..selisih ben

    ReplyDelete
  6. Pada hemat saya, majlis baca doa utk Arw. Baby AdeLia di JKM tempoh hari (terima kasih kpd Tn Pegawai pembaca doa) akan lebih bermakna dan afdhal jika wakil2 drp pihak taska yg terlibat turut hadir...bukannya menunggu di bilik yg berlainan. Mana lah tau, dgn kehadiran mereka, Tuhan akan membuka hati sanubari, sekurang2nya pengasuh2 yg terlibat, utk memberi keterangan dgn lancar, yg benar - atas dasar keinsafan dan takutkan balasan Allah SWT, yg munkin bermula di dunia lagi. Wallahualam.

    ReplyDelete
  7. i setuju sangat dengan pendapat ben nii..itu sepatutnya JKM lakukan

    ReplyDelete
  8. sebab itulah saya x ingin memanjangkan isu anak saya..saya tahu..mmg akan menambahkan sakit hati saya..pihak bertanggungjawab tak akan mengambil tindkan..pd mereka..siapalah kita..bukan anak dato'..bukan org kenamaan..buang masa je layan..bairlah...yang penting, diri kita mesti redha dgn pemergian anak kita..kita mesti sabar dan bersyukur Allah memilih anak kita..bertuahnya kita memiliki anak yg dijanjikan Allah syurga utknya...pasti ada hikmahnya utk kita..ape pun syaratnya...kita mesti sabar dan redha...kerana balasan yg baik hanyalah kepada mereka yang sentiasa sabar dan redha atas setiap ujian-Nya..

    ReplyDelete