About Me

My photo
Lahirnya ramai wanita hebat yang mempunyai minda kelas pertama, menyedarkan aku bahawa diri ini jangan terus ego supaya aku dapat meneruskan perjalanan hidup yang lebih baik bagi hari-hari yang mendatang. Memahami diri seorang wanita bagai tiada penghujungnya kerana kelembutan mereka mengatasi kegagahan lelaki mampu menggoncangkan dunia. Justeru, usaha diri ini tidak kenal erti penat untuk terus memahami ciptaan Tuhan yang dikenali sebagai WANITA.

Monday, April 11, 2011

TERIMAKASIH MBSA ATAS KEPERIHATINAN ANDA


Alhamdulillah!!!. Tiada ucapan yang mampu aku ucapkan selain tanda syukur kepada-Mu Ya Allah kerana ada pihak berwajib begitu perihatin terhadap pemergian mu sayangku Adelia. Unit Perancang Bandar  dibawah MBSA akhirnya mengeluarkan arahan NOTIS DITUTUP SERTA MERTA ke atas Taska tempat pemergianmu sayangku Adelia, mulai tarikh 11/04/2011. Sesungguhnya ada suatu yang tidak kena akan Taska ini apabila notis sedemikian dikeluarkan oleh pihak berwajib. Sayangku Adelia..inilah tanda usaha kedua ibubapamu yang tidak seberapa berbanding dengan nilai pemergianmu sayang. Mereka berdua tidak peduli akan kata-kata hina oleh mereka yang memerli mereka berdua kerana menghantarmu sayangku Adelia ke Taska yang sanggup kononnya bertanggungjawab sepenuhnya untuk mengasuh dan menjagamu. Sayangku Adelia..percayalah sayang, notis ini bukanlah satu pengakhiran akan kebenaran punca pemergianmu sayang..moga Allah tunjukkan jalan ke arah itu..AMEEN

24 comments:

  1. Alhamdullillah..Ameen..bergenang airmata membaca posting yang membawa berita terkini berkaitan dengan Arwah Adelia.

    ReplyDelete
  2. berkat doa grandma uda untuk arwah Adelia jugak

    ReplyDelete
  3. syabas MPSA..al-fatihah untuk Arwah Adelia

    ReplyDelete
  4. ameen..cuma sedih bila tengok photo arwah

    ReplyDelete
  5. Such great news Masya Allah.
    May Arwah be smilling from heaven.
    May this be motivator for Arwah's parents.

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah.Ini baru sahaja titik permulaan kepada Keadilan Demi Arwah Bayi AdeLia. Tiap2 hari saya sbg ayahnya, sungguh terkilan saya tak dapat melihatnya membesar seperti kanak2 lain. Saya rasa saya tidak akan dapat mengatasi Trauma ini sampai bila2 pun.

    ReplyDelete
  7. doakan lg semuanya selamat ya makcik

    ReplyDelete
  8. sedih anda bukan keseorangan laut..kita pun sama

    ReplyDelete
  9. terimakasih atas simpati dan sokongan kak farah selama ini

    ReplyDelete
  10. myrule..sayangilah anak anda dan pastikan mereka sentiasa dalam keadaan selamat..suka tengok photo anda 3 beranak ni

    ReplyDelete
  11. moga trauma dan terkilan akan menjadi kekuatan untuk anda untuk bersama Arwah di syurga nanti...ameen

    ReplyDelete
  12. Alhamdulillah...smoga fariza n nizam akan terus kuat utk trus berjuang..

    ReplyDelete
  13. Syabas kpd pihak MBSA atas tindakan tersebut - alangkah lebih baik jika ianya di buat sehari atau dua selepas kejadian. Namun, di harap ini adalah hanya langkah pertama...dan akan di susuli dgn tindakan kedua, olih pihak yg berwajib (JKM? atau MBSA?), seperti, mengenakan denda kpd taska yg di katakan beroperasi tanpa lesen; atau/dan mendakwa mereka yg terlibat di mahkamah mengikut landasan-landasan yg dibenarkan olih undang2/akta2 yg berkaitan - wallahualam...kerana saya bukanlah pakar perundangan.

    ReplyDelete
  14. tkasih atas sokongan dan simpati selama ini Mas

    ReplyDelete
  15. Hanya Allah sahaja yg mengetahui betapa sedih dan pilu hati kami jua...

    ReplyDelete
  16. tindakan cepat akan dilakukan jika pihak taska bersikap telus dalam semua aspek..begitu juga pemantauan oleh JKM yang lebih effisyen perlu ada ketelusan..Allah juga yang mampu mengubati sedih dan pilu kita semua...insyaallah ben

    ReplyDelete
  17. tindakan cepat akan dilakukan jika pihak taska bersikap telus dalam semua aspek..begitu juga pemantauan oleh JKM yang lebih effisyen perlu ada ketelusan..Allah juga yang mampu mengubati sedih dan pilu kita semua...insyaallah ben

    ReplyDelete
  18. ALHAMDULILLAH...SYUKUR PADAMU YA ALLAH...

    ReplyDelete
  19. alhamdulillah...sesungguhnya arwah menanti ibubapanya di sana.. lega hati bila kes ni dah selesai..saya pun fobia juga dengan nursery..my baby pun dah okay sesuaikan dengan nursery islamic barunya..syukur..

    ReplyDelete
  20. insyaallah meia..doa saya moga anak-anak kita sentiasa selamat di bawah lindungan Allah

    ReplyDelete