About Me

My photo
Lahirnya ramai wanita hebat yang mempunyai minda kelas pertama, menyedarkan aku bahawa diri ini jangan terus ego supaya aku dapat meneruskan perjalanan hidup yang lebih baik bagi hari-hari yang mendatang. Memahami diri seorang wanita bagai tiada penghujungnya kerana kelembutan mereka mengatasi kegagahan lelaki mampu menggoncangkan dunia. Justeru, usaha diri ini tidak kenal erti penat untuk terus memahami ciptaan Tuhan yang dikenali sebagai WANITA.

Wednesday, April 13, 2011

AMANAH ALLAH PADAKU YANG AKU TIDAK SEDARI..MASYAALLAH!!!

Baru aku sedari sesungguhnya tanggungjawabku ini terhadap kawan kawan ku di facebook  ini amat besar setelah mendengar sembang iman dan amal oleh seorang rakan. Mengingati dan mengajak kawan2 aku dalam membuat amalan adalah tanggungjawab aku yang diamanahkan Allah terhadapku sebagai khalifah di mukabumi ini, terutamanya dalam amalan wajib…SOLAT 5 WAKTU.  Insyaallah SELAGI MANA AKU TERDAYA..aku cuba untuk mengajak dan mengingati kawan-kawan ku di facebook atau blog untuk sama-sama menunaikan solat terutamanya secara berjemaah di masjid-masjid bila masuk waktunya. Aku takut jika aku tidak laksanakan tanggungjawab ini, jika segala amalan aku selama ini diterima oleh Allah, yang membolehkan aku memasuki syurga, maka apabila saat kakiku melangkah hendak memasuki syurga…Masyaallah…kaki ku di tarik oleh isteri, anak-anakku, jiran-jiranku dan kawan-kawanku dengan kata-kata mereka “ Ya Allah si dia ini tidak layak masuk ke syurgaMu kerana dia hanya mementingkan dirinya sendiri beramal dan bersolat tanpa mengajak dan mengingati kami akan bersolat jemaah”..YA ALLAH AMPUNILAH AKU..dan yang penting..MAAFKAN AKU WAHAI RAKAN-RAKAN FB dan BLOG KU jika selama ini aku tidak melaksanakan tanggungjawabku terhadap kamu semua. Sesungguhnya saat menulis post ini aku, isteriku dan anak-anakku tersangat merindui ahli syurgaMu Ya Allah bernama Adelia maka kami tiada pilihan lain untuk menemuinya melainkan aku, isteriku dan anak-anakku hanya Kau takdirkan juga sebagai ahli syurgaMU..Ameen.

13 comments:

  1. dah sembahyang isyak nak?..jangan lalai ya

    ReplyDelete
  2. mudah-mudahan dan berdoa agar sembahyang takkan ku tinggalkan kerana aku hendakkan syurgaMu Ya Allah bersama2 keluargaku

    ReplyDelete
  3. rindu sangat pada Adelia..mudah2an abg jaga sembahyang abang and abang dapat jumpa Adelia di syurga

    ReplyDelete
  4. Selalu nya..apabila dengar ceramah, kita punya semangat dan motivasi tinggi...after a while ( usually about one week ), habit lama datang balek~!

    syaiten dah berjanji akan terus berusaha untuk menyesatkan umat Islam.

    ReplyDelete
  5. Ameen.
    Saya masih terkedu dan meleleh airmata bila nama Arwah Adelia disebut..boleh bayang dia tengah melambai kat kita dari tingkap syurga..dimanja dan dikasihi oleh bidadari2 dalam syurga..kita diinsafkan oleh pemergiannya terus kesyurga.Alhamdullillah.

    ReplyDelete
  6. Ya betul tu Pp..agaknya kita nii hari2 kena dengar ceramah..agaknya itulah rahsia disebalik hadis..bergaul lah kamu dengan mereka yang kata-katanya yang membawa ke arah kebaikan..waallahhualam

    ReplyDelete
  7. mudah-mudahan ya aunty mama apa yang Arwah Adelia nikmati sekarang ini akan kita perolehi juga..kami disini doakan ibadah umrah aunty nanti sentiasa di bawah lindungan Allah..untung aunty kerana Allah telah memilih aunty sebagai salah seorang tetamunya...Ameen

    ReplyDelete
  8. terimakasih mak kerana mengingatkan..luv u mak

    ReplyDelete
  9. ameen...ameen..ameen untuk exhibit

    ReplyDelete
  10. kita perlu jaga sembahyang kitakan kitaro? ameen..jika kamu rindu ubatlah rindu kamu itu dengan bacaan alfatihah untuk Arwah Adelia kerana confirm dengan ayat-ayat Allah didunia ini akan direct sampai padanya dan dengan ayat-ayat ini lah Arwah Adelia(sebagai ahli syurga)..mudah-mudahan dia akan akan menjadi saksi kita dalam pembalasan syurga dan neraka..perbanyakkanlah hadiah untuk Arwah Adelia ya kit. Insyaallah.

    ReplyDelete
  11. sedih dan takut bila mengenangkan saat nak masuk syurga kaki di tarik oleh orang dan kawan sekeliling kita akibat mementingkan diri sdiri semasa kehidupan dunia yang kita tak sedari...allahhuakbar

    ReplyDelete
  12. mudah-mudahan apa yang kita usahakan ini bakal mengelakkan semuanya itu berlaku dengan izinNya

    ReplyDelete
  13. teramat rindu sangat mak long pada Adelia..

    ReplyDelete