About Me

My photo
Lahirnya ramai wanita hebat yang mempunyai minda kelas pertama, menyedarkan aku bahawa diri ini jangan terus ego supaya aku dapat meneruskan perjalanan hidup yang lebih baik bagi hari-hari yang mendatang. Memahami diri seorang wanita bagai tiada penghujungnya kerana kelembutan mereka mengatasi kegagahan lelaki mampu menggoncangkan dunia. Justeru, usaha diri ini tidak kenal erti penat untuk terus memahami ciptaan Tuhan yang dikenali sebagai WANITA.

Thursday, August 4, 2011

HARI JUMAAT, HARI RAYA..DAH DITETAPKAN!!!


Anas telah berkata bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda:

Jibril mengunjungiku dengan membawa sebuah cermin putih dan berkata : “ Ini adalah hari Jumaat; telah ditetapkan oleh Tuhanmu sebagai hari raya untukmu dan untuk umatmu setelah sepeniggalanmu”. Ketika kutanya kepadanya : Apa yang disediakan untuk kami pada hari itu?” Ia menjawab : “ Bagi kamu, pada hari itu ada saat khusus, barangsiapa berdoa suatu kebaikan pada saat itu, Allah SWT akan member atau kalau tidak diberi, disimpan perkara lain yang lebih baik dari itu, atau bila ia mohon perlindungan dari suatu bencana yang ditakdirkan atas dirinya, Allah akan melindunginya dari bencana yang lebih besar dari itu. Hari Jumaat adalah hari termulia bagi kami ( para malaikat) dan kami akan menyebutnya, di akhirat, sebagai “hari pertambahan”. Aku bertanya : “Mengapa?”. Jawab Jibril : “ Tuhanmu telah menjadikan sebuah lembah di syurga yang lebih harum dari misk putih. Setiap hari Jumaat, Allah SWT turun dri syurga Illiyyin di atas singgasanaNYA, menampilkan diriNya di hadapan mereka, sehingga mereka dapat memandang kearah wajahNYA Yang Maha Mulia. ( Riwayat Tabrani)

Rasullulah SAW bersabda:

Di antara hari yang terbaik terbit matahari adalah hari Jumaat. Pada hai Jumaat Adam a.s diciptakan dan dimasukkan ke dalam syurga. Adam diturunkan ke bumi pada hari Jumaat. Dosa adam a.s diampunkan pada hari Jumaat dan beliau diwafatkan juga pada hari Jumaat. Hari Jumaat adalah hari kebangkitan di sisi Allah SWT sebagai hari pertambahan ( hari yang ditambah pahala). Sebab itu malaikat juga menamakannya hari pertambahan. Hari Jumaat adalah hari melihat Allah SWT di syurga.

( Hadis riwayat Muslim, Ahmad dan Turmizi)

4 comments:

  1. thanks for your info and notes..:)

    ReplyDelete
  2. sewajarnya kita, terutama kaum lelaki jangan tidak menyambut hari raya boleh dikatakan 'sebenar2 hari raya'..raikan dan rebutlah!

    ReplyDelete
  3. akan dapatkah aku melihat wajah Allah yang sentiasa bersifat Pengasih dan Penyayang??!!

    ReplyDelete
  4. terharu sangat bila membaca.." Allah turun dari syurga Illiyyin menampilkan diriNya"..Maha Pencipta datang melihat hambanya..dapatkah kita?

    ReplyDelete