About Me

My photo
Lahirnya ramai wanita hebat yang mempunyai minda kelas pertama, menyedarkan aku bahawa diri ini jangan terus ego supaya aku dapat meneruskan perjalanan hidup yang lebih baik bagi hari-hari yang mendatang. Memahami diri seorang wanita bagai tiada penghujungnya kerana kelembutan mereka mengatasi kegagahan lelaki mampu menggoncangkan dunia. Justeru, usaha diri ini tidak kenal erti penat untuk terus memahami ciptaan Tuhan yang dikenali sebagai WANITA.

Tuesday, June 14, 2011

PEJUANG UMNO & PAS TIADA BEZANYA KAMU DISISI ALLAH


Senario politik tanahair masakini begitu memenatkan untuk kita fikirkan. Pantang dijentik, cepat saja melenting, lantas pantas hendak cabar mencabar. Mungkin istilah diam itu lebih baik daripada berkata-kata sudah tidak sesuai untuk senario politik negara ini. Pelbagai bentuk perjuangan yang kita nampak dan yang menyedihkan perdebatan politik ini yang lebihnya di kalangan Melayu yang Islam. Satu pihak memperjuangkan Islam katanya dan satu pihak memperjuangkan hak Melayu bertunjangkan Islam. Pokoknya wahai pejuang-pejuang kita ini Islam yang bersaudara. Janganlah kita ini sesama Islam bertekak, yang bukan Islam bersorak meriah dibelakang kita. Wahai UMNO dan PAS contohilah cara Rasuluallah berpolitik kalau kita ini umatnya. Kita kena terima kita ini bangsa Melayu, kita kena bersyukur kita ini dilahirkan sebagai Islam. Tidak kira lah kamu nak kata kita ini Melayu Islam atau Islam Melayu..tetap kita ini ISLAM. Selesaikanlah perkara asas, baru semua dapat rahmatNya. Imam tidak wujud tanpa makmum, kalau ada makmum tapi makmum saf bengkang-bengkok..rahmat pasti tidak kita perolehi. Tiadanya rahmat Allah maka itu tiada penyelesaian yang kita harapkan. Jadi, jika senario yang ada sekarang ini..ada sesiapakah berani mengatakan bahwa rahmatNya telah dilimpahkan kepada kita semua? Anda boleh perjuangkan apa yang anda rasa layak diperjuangkan tapi ingatlah saudara seislam jangan bertelagah sesama kamu. Anda semua lupa perkara anda anggap kecil sedangkan ia  merupakan perkara asas limpahan dan kurniaan rahmat. Apa faedah mengutuk sesama kita seislam? Hendaklah apa yang kamu perjuangkan perjelaskan dalam parti dan semasa pilihanraya tanpa perlu memperlekeh atau mengutuk pihak lain yang membuktikan kamu beriman. Contoh paling jelas dalam memperkatakan ‘saf makmum berbengkang-bengkok’..ianya terdapat dalam UMNO dan PAS. Ini benar benar berlaku secara berleluasa dan berkembang pesat iaitu bermain 4D di kalangan akar umbi secara ‘haram’ @ ‘illegal’. Wahai pejuang…TOLONG PERANGI HABIS-HABISAN.

Hak perjuangan kita jangan kacau,kutuk dan cabar. Dasar perjuangan boleh berubah mengikut masa dan keadaan. Mengapa kita tidak perbaiki diri dan parti kita demi Islam daripada kita sibuk cabar mencabar. Kalau budaya kita selama ini bermesyuarat secara berterusan tanpa rehat untuk menyegerakan solat terutama solat Asar, kita perbaiki dengan melaksanakan secara segera, bukan apa, sebagai tanda  beriman kita ini pada Allah. Komponen-komponen parti rasanya sedia maklum bahawa agama rasmi negara ini ISLAM. Produk bank berlandaskan syariah akhirnya kaum lain boleh terima apatah lagi dalam soal menyegerakan solat..mereka pastinya amat menghormati. Kita lupa akan janji Allah mungkin, di mana Allah berjanji kena memasukkan hamba-hambanya yang menyegerakan solat dan rahmat yang dipohon akan diturunkan serta merta..kembali bermesyuarat dengan limpahan rahmat..Ameen. UMNO jangan takut untuk berubah sebagai tanda IMAN kita padaNYA dan bukan untuk menunjuk pada mana-mana parti.

Jadi, 2 perkara di atas merupakan contoh-contoh perkara asas yang kita ini saudara sesama Islam perlu atasi dan perbaiki..Wahai pejuang-pejuang parti hentikanlah cabar mencabar dan kutuk mengutuk..masanya sudah sampai untuk kita perbaiki perkara asas yang selama ini masalah dan persoalan besar dalam parti..iaitu betul-betul kah selama ini rahmat Allah telah melimpah dalam parti kita..Wallahualam.

5 comments:

  1. makcik tak pandai berpolitik tetapi apa jua yang kita lakukan apa yang kita cari sebenarnya rahmatNya..jangan sampai apa yang kita hendak perjuangkan menjadi perjuangan yang sia-sia

    ReplyDelete
  2. budaya politik kutuk mengutuk perlu dikekang dengan segera. Kekadang tindakan kita dan kata-kata kita membuatkan iman kita semakin lemah..kekadang lantang itu seolah2 kita lupa tentang faedah berpolitik dalam membentuk sahsiah diri dan masyrakat yang mengaku beriman pada Allah

    ReplyDelete
  3. ada perkara asas yang Islam tuntut perlu dilaksanakan berbanding budaya kutuk mengutuk serta cabar mencabar yang anda semu wajib laksanakan..keran kita semua memerlukan rahmatNya

    ReplyDelete
  4. mampukah kita meletakkan Islam ditempat tertinggi yang sepatutnya untuk masa akan datang dalam negara ini?

    ReplyDelete
  5. orang2 tertentu sudah berani secara terang-terangan melaga-lagakan kita sesama Islam..berhati2 lah.

    ReplyDelete