About Me

My photo
Lahirnya ramai wanita hebat yang mempunyai minda kelas pertama, menyedarkan aku bahawa diri ini jangan terus ego supaya aku dapat meneruskan perjalanan hidup yang lebih baik bagi hari-hari yang mendatang. Memahami diri seorang wanita bagai tiada penghujungnya kerana kelembutan mereka mengatasi kegagahan lelaki mampu menggoncangkan dunia. Justeru, usaha diri ini tidak kenal erti penat untuk terus memahami ciptaan Tuhan yang dikenali sebagai WANITA.

Thursday, June 23, 2011

HARI-HARI PERIKSA, HARI-HARI PERIKSA..


Menarik untuk aku perkatakan di sini tentang pemanduan ku ke tempat aku berniaga (moga Allah rahmati ibadah ku ini) sambil mendengar radio saluran IKIM FM melalu slot bersama seorang doktor wanita dalam berkongsi dan mencari jalan penyelesain para pendengar mengharungi dugaan Allah.

Seorang pendengar lelaki yang mengadu akan beratnya isteri beliau setelah dinasihatkan beberapa kali, supaya mendirikan solah. Boleh dikatakan amalan solah isterinya tidak lengkap 5 waktu. Kecewanya suami menasihati hingga hilang cara bagaimana untuk menasihatkannya lagi. Pada awalnya ku rasa.. isterinya jenis keras kepala dan tidak dengar kata (maaf..sekadar pendapat aku yang masih kerdil dan kurang ilmu ini).

Nasihat doktor itu amat membuka minda aku akan pentingnya kita bermuhasabah diri setiap masa. Sebelum meletakkan punca masalah itu pada orang lain, ‘periksa’ diri sendiri dahulu. Sebagai suami, jika nasihat berulang-kali tidak meninggal kesan, maka perlu kita menenangkan hati dan fikiran..lihat dalam diri dan dekatkan jiwa pada yang positif. Menilai kebaikan isteri lebih penting daripada melihat keburukan kerana setiap saat mengingati kebaikan isteri akan terhindar atau tertutup sedikit demi sedikit pandangan negative terhadap isteri.

Berapa ramai suami yang memuji isteri pada setiap masa? Berapa ramai yang berterimakasih pada isteri yang melahirkan dan menjaga anak untuk suaminya dalam apa jua keadaan? Berapa ramai suami yang mengucapkan cinta setiap hari pada isterinya? Jawapannya..amat sedikit sekali. Ramainya yang mengadu dan mengeluh pada rakan-rakan hanya kelemahan dan keburukan isteri. Isteri atau wanita amat lembut jiwanya dan sentiasa akan mengharapkan belaian kasih sayang. Pastinya kasih sayang yang ditunjukkan secara ikhlas pada isteri secara berterusan akan mendatangkan sesuatu yang positif iaitu taat pada perintah suami.

Wahai suami 1 kebaikan daripada 9 keburukan kamu warwarkan mengenai isteri kamu..maka lama-kelamaan tertutuplah semua keburukan yang ada..kerana keluhan atau ungkapan suami mengenai isterinya adalah satu doa..Insyaallah. Rajin-rajinlah kita ‘memeriksa’ diri kita sendiri.

3 comments:

  1. kekadang kita terlepas pandang yang diri kita ini tidak terlepas daripada tingkahlaku buruk nampak buruk orang saja..

    ReplyDelete
  2. contohi lah Nabi Muhammad s.a.w sebagai seorang suami yang bertanggungjawab dan penyayang terhadap isteri-isterinya

    ReplyDelete
  3. jangan la suami asyik cari salah dan silap isteri ajer ya..kena tgok jugak diri sendiri

    ReplyDelete