Daripada Hazrat ‘Ubadah Bin Somit r.a.., sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah bersabda pada suatu hari ketika bulan Ramadhan telah datang kepada kami, “Telah datang kepada kamu Ramadhan, bulan yang diberkati. Allah SWT akan menumpukan perhatianNya kepadamu dalam Ramadhan, lalu Dia akan menurunkan rahmat dan akan menggugurkan dosa-dosa dan menerima doa. Dia akan memerhatikan perlumbaan kamu dalam Ramadhan dan Dia akan membangga-membanggakan kamu pada para malaikatNya. Maka perlihatkanlah kepada Allah daripada kamu akan kebaikan. Sesungguhnya orang yang celaka ialah seseorang yang telah dijauhkan daripada rahmat Allah SWT pada bulan ini.”
Subhannallah!! Allah bangga dengan kita ini (hamba-hambanya) yang membuat kebaikan dalam menjalani ibadah puasa Ramadhan. Biarlah berlalu saja kebanggaan manusia terhadap perebutan kita membuat kebaikan pada bulan ini kerana kebanggaan tersebut tidak membawa apa-apa kesan pun akan persembahan di hadapan Allah kecuali kerugian jika kita terfikir untuk bawa bersama. Mudah-mudahan tanggungjawab diri saya ini yang cuma menyampaikan apa yang para ulama telah usahakan demi rahmat Allah SWT untuk umat Islam di dunia ini diambil kira sebagai satu kebanggaan disisiNYA sahaja. Wahai pembaca..sampai-sampaikan lah kepada keluarga dan rakan-rakan dan moga ianya diambil kira sebagai satu kebaikan dan saudara-saudari hanya mengharapkan kebanggaan Allah terhadap diri saudara-saudari..Ameen