About Me

My photo
Lahirnya ramai wanita hebat yang mempunyai minda kelas pertama, menyedarkan aku bahawa diri ini jangan terus ego supaya aku dapat meneruskan perjalanan hidup yang lebih baik bagi hari-hari yang mendatang. Memahami diri seorang wanita bagai tiada penghujungnya kerana kelembutan mereka mengatasi kegagahan lelaki mampu menggoncangkan dunia. Justeru, usaha diri ini tidak kenal erti penat untuk terus memahami ciptaan Tuhan yang dikenali sebagai WANITA.

Monday, February 28, 2011

MINUMAN PILIHAN RAMAI WANITA MELAYU MALAYSIA ABAD INI…SYHHH!!!

Wanita sekarang segalanya hendak bersaing atau hendak kesamarataan  dengan lelaki. Okay, tidak menjadi masalah sebab kita kena adil. Kalau kita kata wanita duduk ajer di dapur..melenting terus!! Tapi Datuk Siti Nurhaliza sebab rajin menyanyi di dapur …nah kau!! Success beb. Chewah!chewah! terus tak jadi melenting you all ya..tetapi..Ini apa kejadahnya pulak wanita hendak bersaing pula dalam hal “WA MABUK, LU JANGAN BANYAK CAKAP”. Menurut Ketua Penolong Kanan, Unit Penyalahgunaan Alkohol, Kementerian Kesihatan, Dr Rozanim Kamarudin: ‘Wanita dikesan semakin mengambil minuman beralkohol, sekaligus menyaingi golongan lelaki.’ Lagi merisaukan dan menyedihkan, kajian itu juga mendapati Melayu mengambil minuman haram itu walaupun peminum di kalangan kaum lain lebih tinggi.
Apa masalahnya wanita sekarang ni ya? Apa yang you all perlukan sehingga sampai minum minuman keras. Banyak lagi benda keras selain minuman keras yang kamu boleh dapat secara halal. Perkara ini yang you all kena bincangkan di facebook..masalah yang mendatangkan musibah. Inikan tidak facebook jadi satu platform di mana kalau boleh, terkentut pun nak beritahu satu dunia..WAKE-UP LADIES!!!!

Sunday, February 27, 2011

MANA PILIHAN ANDA UNTUK “PAYUNG EMAS DI SYURGA” MADU 1, MADU 2 ATAU MADU 3.

Anda pasti tergelak menonton filem P Ramlee walau pun diulangkan beberapa kali terutama filem Madu 3. Dalam gelak pernah anda terfikir perasaan madu-madu tersebut?? Alamak..itukan filem!! P Ramlee bikin filem berdasarkan lumrah reality kehidupan. Mungkin ada yang berkata..lelaki alasan bagi perempuan kalau nak masuk syurga tidak ada yang lain..payung emas and payung emas. Memang betul, itu yang sudah pasti dapat. Kalau dibagi peluang untuk direbut..kenapa tidak di rebut? Kalau anda bersedia untuk merebut..yang mana pilihan anda?? (dialog ini menarik yang mana pasti sekali sekala suami minta pada isteri: (BUTANG BAJU MELAYU ABANG MANA PAH!!??)-hihi

Thursday, February 24, 2011

PASTIKAN ANDA MEMBERI MAKAN POTONGAN KEPAK AYAM YANG BETUL UNTUK ANAK ANDA.

Maaf follower’s, aku tak bawa isu apa apa semalam sebab masih menghormati keluarga arwah Hj Mohamed Dali atas kepulangannya ke rahmatullallah.
Kalau dah namanya kepak ayam, usahkan budak orang tua pun kekadang berebut..lagi la kalau suami isteri..berebut kepak ayam pun nampak romantic. Lagi suami belikan sejambak ros…baik kita belikan isteri sejambak kepak ayam..mmmaahhh!!!. Baru la malam berkepak ajer..heheh. Tetapi ini petua orang tua..ada bahagian di kepak ayam yang tidak boleh dimakan terutama kanak2..bila kita tanya kenapa?..kena marah pulak..biasa la dia orang sebenarnya tak ada alasan kukuh..kesian kita ya..aku ni pun baru dapat jawapannya malam tadi dari seorang kawan di kedai kopi..secara saintifiknya tidak ada fakta yang kukuh..tapi katanya…dibahagian akhir hujung kepak tu tersimpan segala bahan2 toksik yang dibuang dalam badan ayam terkumpul di situ…senang ceritanya punca penyakit la..maka ia memang pada pendapat aku tidak sesuai untuk kanak2. Kalau petua orang Jawa kalau nak berjaya and senang kaya dalam hidup…elak makan bahagian tuu..buang n bagi ayam makan balik part tu..heheh…Cuma ayam korang tak kaya-kaya la..hehe..Jadi ibu-ibu jangan lupa sebelum masuk kepak ayam dalam kuali..check dulu ya..

Monday, February 21, 2011

APA KE HAL NYA BUNGA ROS!!!???

Ramai kawan wanita aku kata orang perempuan suka sangat kalau dapat bunga terutama bunga ros..Bila aku tanya kenapa suka dapat kiriman bunga..masing masing tak dapat nak luah kan sebabnya Cuma kata suka..tapi bila aku amati lirik Dato Sm Salim …bunga ros tu melambangkan diri wanita yang menerimanya..iaitu wanita yang cukup lengkap dirinya…but jangan lupa tak ada yang lengkap dalam dunia ni..hihi..cuma lengkap untuk pandangan kita la sebagi manusia di dunia ini…selebihnya hanya Allah yang tentukan. Itu pada hemat patik le..Perempuan luar sana..suka ke dapat bunga ros? Kenapa suka? Nak ke?hihih..bunga jambu air ada le….Aku pun nak mintak maaf Aaron Aziz n Rita Rudani demam ..jd stok model untuk video clip…ni ajer aku ada..hehe

Saturday, February 19, 2011

SAYANG ANAK TANGAN TANGANKAN, SAYANG ISTERI BELASAH BELASAHKAN!!???

Kerana cinta dan setia..ini yang ku terima
Ini yang aku katakan dalam diskripsi blog aku ni, memahami jiwa wanita tiada penghujungnya. Setia pada suaminya mencecah 17 tahun. Setianya pada suami seorang penagih dadah hingga mempunyai 6 anak tidak pernah luntur.Dirinya dibelasah dengan begitu brutal sekali oleh insan bergelar suami. Mungkin ada wanita di luar sana mengatakan…”kalau aku dah lama aku tinggalkan..dah lama aku minta cerai dan macam-macam lagi”…itu jawapan lazim jangan nak tipu le..tapi tidak dia selama 17 tahun hidup bersama. Aku cuma memikirkan bahawa kakak ini berpegang pada..’SETIA DAN CINTAKU PADA SUAMIKU MEMBAWA KE SYURGA..Aku doakan kakak moga Allah sentiasa disisimu..Apa kata surirumah di luar sana..steps into n komen..

Friday, February 18, 2011

YA ALLAH!! APA CELCOM DAH LAKUKAN??!!!


                                       
AKAN AKU INGAT DIRIMU SAMPAI MATI!!
“Penat..memang penat na, memang ini bukan yang kita cari na..tapi fikir dan ingat satu aja..pahala jariah yang Allah bagi yang kita bawa ke mati”
Itulah kata-kata bermakna membawa kesan yang amat dalam oleh General Manager Celcom Southern Region bukan sahaja pada staff beliau tapi juga pada penduduk kampungku, Kampung Gersik, Ledang, Johor. Amat mengharukan dan membanggakan apabila salah sebuah syarikat telekomunikasi besar di Malaysia iaitu CELCOM yang pada hari tersebut mengindahkan kampung aku dengan suasana biru dalam suasana suram dan tekanan selepas banjir besar yang menimpa baru baru ini, tidak memikirkan semata-mata mempromosi CELCOM dalam konteks perniagaan tetapi dengan adanya seorang General Manager seperti ini..lebih daripada itu yang mereka cari dan dapat. Mereka dengan penuh ikhlas membersihkan kawasan Dewan Orang Ramai, Balai Raya, Balai Belia dan Taska Permata dan kampung aku hanya mampu mengucapkan jutaan terimakasih. Diharap syarikat-syarikat GLC yang melayari blog aku ni jadikan CELCOM dan GMnya sebagai contoh di masa-masa akan datang. Post yang akan datang…insyaallah aku akan masukan gambar-gambar mereka dan banjir di kampungku.