About Me

My photo
Lahirnya ramai wanita hebat yang mempunyai minda kelas pertama, menyedarkan aku bahawa diri ini jangan terus ego supaya aku dapat meneruskan perjalanan hidup yang lebih baik bagi hari-hari yang mendatang. Memahami diri seorang wanita bagai tiada penghujungnya kerana kelembutan mereka mengatasi kegagahan lelaki mampu menggoncangkan dunia. Justeru, usaha diri ini tidak kenal erti penat untuk terus memahami ciptaan Tuhan yang dikenali sebagai WANITA.

Wednesday, December 7, 2011

Wanita! Gerabak Dah Dapat..Ambulan Nak Tak!!




Sekadar Gambar Hiasan

Bukanlah aku timbulkan isu ini untuk kepentingan diri tetapi sejak akhir-akhir ini, terlalu banyak kesempatan ke atas wanita yang diciptakan Allah ini diambil oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Kes-kes yang melibatkan pencabulan hak-hak wanita kerap sangat dilaporkan. Bukan nak menyalahkan sesiapa juga tetapi mengajak kita semua supaya langkah-langkah keselamatan perlu diambil sebelum banyak kejadian tidak diingini berlaku.
Contoh terdekat yang telah diambil oleh sebuah syarikat pengangkutan negara ini ialah mengasingkan gerabak yang dikhaskan hanya untuk wanita dan rasanya wanita-wanita bersyukur akan nikmat ini. Namun ada jugaksegelintir yang masih tak ambil peduli baru-baru ini ....mungkin 'couple'..nak jugak ajak teman lelakinya duduk sekali dalam gerabak khas wanita ini. Nak buat cammana...mind masih ditakuk lama.
Jadi, aku rasa mungkinkah satu hari nanti..AMBULAN_AMBULAN di negara ini perlu juga mementingkan isu keselamatan wanita ini. Mereka adalah kaum yang patut dilindungi. Jururawat negara ini sudah ada yang lelaki..sudah semestinya ada wanita-wanita yang tidak selesa akan keadaan ini. Mungkin ada yang berkata..jangan fikir sangat lah..takkan orang sakit ada yang hendak ambil kesempatan. Come on la..luar negara dah berlaku cikgu pun dah ambil kesempatan pada muridnya yang di bawah umur.
Aku tak pasti sama ada ambulan2 di negara ini dilengkapi dengan CCTV. Dan lagi membimbangkan mungkin ada kes berlaku tetapi malu atau takut untuk membuat laporan. Mungkin saja. Contoh gambar di atas lihatlah wanita yang dalam kesakitan dan mungkin tidak sedarkan diri..anda rasa selesa atau tidak jika dibiarkan sendirian bersama dalam ambulan seorang jururawat atau doktor lelaki. Mungkin anda tidak tetapi bagaiman ibubapa atau suami. Bukanlah nak kata semua lelaki ada niat tak baik tetapi syaitan dan nafsu sentiasa cuba menjadi raja dalam diri seseorang.
Mugkin kepada pembaca-pembaca post aku ini yang rasa perlu dibincangkan di platform atau medium yang lebih berkuasa...silakan. Jangan lah dah terjadi baru nak bertindak. Wanita perlu kita lindungi bukan dirasai.

Monday, December 5, 2011

Korban Cinta Agung Seorang Wanita Terhadap Kekasihnya


Pasal Photo ; Sekadar Hiasan

Sekarang ini kita mendengar dan melihat akan kisah-kisah korban cinta. Korban cinta kerana kekasih atau keluarga yang sanggup kalau tak sanggup mati... setidak-tidaknya..menangis dan menyeksa diri bagai lupa diri. Walaubagaimanapun, jika pengorbanan itu dilakukan dijalan Allah dan untuk agama Allah maka pengorbanan itu akan menjadi sebab kebahagiaan dan kemuliaan kehidupan selepas kematian. Jika kematian itu untuk dunia yang jelas 'sudah terkorban'..akhirat juga sudah pasti binasa.
Jika Sumaiyyah binti Khayyat r.anha seorang ibu yang melihat kematian anaknya dicampak dalam air panas yang mendidih sama dengan penderitaan yang dialami oleh suaminya Yasir dan puteranya Ammar semata-mata cintanya yang sejati terhadap Islam (Allah)..wajarkah wanita-wanita hari ini bersedih kerana kehilangan cinta sesama manusia?? Ada yang melafazkan 'hidup ini tidak bererti lagi tanpamu'..'lebih baik mati'...pun ada dan lebih menyedihkan..'tidak boleh hidup tanpamu'...Yang menyedihkan kerana yang punyai hak dia untuk terus hidup dan dilupai adalah Kekasih Sejati yang dia tidak mahu kenali dan dekati.
Sumaiyyah r.anha mengalami penderitaan dibaringkan  di atas anak-anak batu di padang pasir di bawah panasan matahari waktu tengah hari. Kadang2 beliau dipakaikan baju besi dan dibiarkan berdiri di bawah sinaran matahari yang terik agar penderitaannya bertambah bila matahari membakar baju besi yang dipakaikannya.
Sekiranya Rasulluallah lalu di sisi keluarga ini...pesan Rasullallah supaya bersabar dan Baginda SAW juga menyampaikan janji syurga pada mereka. Pada suatu ketika, Sumaiyyah r.anha sedang berdiri menanggung penyeksaan..Abu Jahal telah memaki hamunnya dan kemudian dalam keadaan marah Abu Jahal telah melembing kemaluannya. Disebabkan kecederaan itulah beliau telah meninggal dunia. Beliau lah orang pertama syahid dalam Islam.
Sepatutnya kita kagum dengan sifat sabar, tabah dan cekal yang ada pada seorang wanita. Rahsianya ialah apabila sesuatu perkara meresap ke dalam hati maka setiap sesuatu yang berkaitan dengan perkara itu akan menjadi mudah.
Islam menganjurkan kasih sayang sesama manusia dan kaum keluarga tetapi yang tidak dianjurkan adalah kecintaan melampau terhadap keluarga, anak2, harta dan sesama manusia kerana peringatan Allah pada kita amat berat iaitu "Jika kamu mencintai keluargamu, anak2 kamu, harta2 mu melebihi kecintaanmu terhadap agamaKu..maka nantikanlah azab dariKu"

Friday, December 2, 2011

Terimakasih Jane Pk Atas Sumbanganmu Di Facebook Untuk Wanita Lain



Video ini ku abadikan dalam blog ini sebagai menghargai rakan lama ku sewaktu bertugas di Maybank Investment iaitu Zainab Itam Derani atu di Facebook namanya Jane Pk. Aku faham saat ini beliau amat merindui arwah bapanya yang meninggal beberapa tahun yang lepas. Aku juga percaya ramai lagi wanita di luar sana sedang merindui saat susah senang bersama dan merindui belaian seorang ayah.
Video ini pun aku perolehi dari wall beliau. Aku bersyukur aku masih punyai ayah dan aku amat menghargainya sebagai satu anugerah nikmat dari Allah. Kepada wanita di luar sana yang 'tidak kedengaran lagi suara dan percakapan ayahmu untuk selama-lamanya"..doamu untuk keadamaian mereka sekarang ini amat mereka tunggu-tunggu..Doakanlah kerana 1 perkara daripada 3 perkara yang arwah bapa anda layak dikira amalannya di dunia ini ialah doa dan amalan-amalan yang dilakukan dan diniatkan oleh anak-anak yang soleh dan solehah.
Sekali lagi terimakasih kepada Jane Pk..dan aku masih lagi terkenangkan wajah arwah Bapa Kamu...:(

Tuesday, September 27, 2011

CONTOH ISTERI BAIK DAN YANG BURUK

Cari yang sesuai ya wahai rakan2ku...:)



“Allah membuat isteri Nuh dan isteri Luth perumpamaan bagi orang2 kafir. Keduanya berada di bawah pengawasan dua orang hamba yang soleh diantara hamba-hamba Kami; lalu kedua isteri itu berkhianat (nabi2 sekalipun tidak dapat membela isteri2nya dari azab Allah apabila mereka menentang agama) kepada kedua suaminya, maka kedua suaminya itu tidak dapat membantu mereka sedikitpun dari (siksa) Allah; dan dikatakan ( kepada keduanya ); “ Masuklah ke neraka bersama orang-orang yang masuk ( neraka )”.

“ Dan Allah membuat isteri Fir’aun perumpamaan bagi orang2 yang beriman, ketika ia berkata, “ Ya Tuhanku, bangunlah untukku sebuah rumah di sisi Mu ( sebaliknya sekalipun isteri seorang kafir apabila menganut ajaran Allah, ia akan dimasukkan Allah ke dalam syurga) dalam syurga dan selamatkan lah aku dri Fir’aun dan perbuatannya dan selamatkanlah aku dari kaum yang zalim”.

“ dan Maryam puteri ‘Imran yang memelihara kehormatannya, maka Kami tiupkan ke dalam rahimnya sebagian dari roh ( ciptaan) Kami; dan dia membenarkan kalimat2 Tuhannya dan Kitab2-Nya; dan adalah dia termasuk orang2 yang taat.”

                                                                        [petikan surah AT TAHRIIM: ayat 10-12]

Iman dan perbuatan baik atau buruk seseorang tidak tergantung kepada iman dan perbuatan orang lain walaupun antara suami isteri dan iman juga tidak boleh diwarisi.

Saturday, September 10, 2011

DAPATKAN PERTOLONGAN GHAIB DI SINI!!


“ Dan orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi tuntutan agam Kami, sesungguhnya kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami ( yang menjadikan mereka bergembira dan beroleh keredhaan) ; dan sesungguhnya ( pertolongan dan bantuan) Allah SWT adalah berserta dengan orang-orang yang berusaha membaiki amalannya.” ( al-Ankabut : ayat 69)

              

Tidak diragui lagi bahawa Allah SWT telah berjanji untuk mengekalkan dan memelihara agama Islam ini tetapi peningkatan dan kemajuannya memerlukan amalan dan usaha daripada kita. Sebanyak mana para sahabat Nabi telah berusaha tanpa mengenal penat lelah, setakat itulah mereka dapat menyaksikan hasilnya dan sebanyak itu juga mereka mendapat pertolongan ghaib. Bersiap sedialah untuk meninggikan kalimah Allah SWT dan menyebarkan Islam maka sudah pasti kita akan mendapat bantuan dan pertolongan ghaib daripada Allah seperti yang dijanjikan dalam ayat berikut:

“ Kalau kamu membantu (agama) Allah SWT nescaya Allah SWT membantu kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu”

                                                                                           ( Muhammad : Ayat 7)

Marilah kita ambil tawaran dari Allah iaitu menjadi penolong-penolongNya( agama) kerana masih belum terlambat untuk melakukan kebaikan. Sabda Nabi SAW:

      “ Serulah kepada amalan-amalan yang baik walaupun kamu belum beramal dengan kesemuanya dan cegahlah kemungkaran walaupun kamu belum menjauhi kesemuanya” ( Riwayat ATabrani)

Sunday, August 7, 2011

APA KAMU RASA JIKA KAMU, MEMANG ‘CONFIRM’ DIBANGGAKAN


Daripada Hazrat ‘Ubadah Bin Somit r.a.., sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah bersabda pada suatu hari ketika bulan Ramadhan telah datang kepada kami, “Telah datang kepada kamu Ramadhan, bulan yang diberkati. Allah SWT akan menumpukan perhatianNya kepadamu dalam Ramadhan, lalu Dia akan menurunkan rahmat dan akan menggugurkan dosa-dosa dan menerima doa. Dia akan memerhatikan perlumbaan kamu dalam Ramadhan dan Dia akan membangga-membanggakan kamu pada para malaikatNya. Maka perlihatkanlah kepada Allah daripada kamu akan kebaikan. Sesungguhnya orang yang celaka ialah seseorang yang telah dijauhkan daripada rahmat Allah SWT pada bulan ini.”

Subhannallah!! Allah bangga dengan kita ini (hamba-hambanya) yang membuat kebaikan dalam menjalani ibadah puasa Ramadhan. Biarlah berlalu saja kebanggaan manusia terhadap perebutan kita membuat kebaikan pada bulan ini kerana kebanggaan tersebut tidak membawa apa-apa kesan pun akan persembahan di hadapan Allah kecuali kerugian jika kita terfikir untuk bawa bersama. Mudah-mudahan tanggungjawab diri saya ini yang cuma menyampaikan apa yang para ulama telah usahakan demi rahmat Allah SWT untuk umat Islam di dunia ini diambil kira sebagai satu kebanggaan  disisiNYA sahaja. Wahai  pembaca..sampai-sampaikan lah kepada keluarga dan rakan-rakan dan moga ianya diambil kira sebagai satu kebaikan dan saudara-saudari hanya mengharapkan kebanggaan Allah terhadap diri saudara-saudari..Ameen

Thursday, August 4, 2011

HARI JUMAAT, HARI RAYA..DAH DITETAPKAN!!!


Anas telah berkata bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda:

Jibril mengunjungiku dengan membawa sebuah cermin putih dan berkata : “ Ini adalah hari Jumaat; telah ditetapkan oleh Tuhanmu sebagai hari raya untukmu dan untuk umatmu setelah sepeniggalanmu”. Ketika kutanya kepadanya : Apa yang disediakan untuk kami pada hari itu?” Ia menjawab : “ Bagi kamu, pada hari itu ada saat khusus, barangsiapa berdoa suatu kebaikan pada saat itu, Allah SWT akan member atau kalau tidak diberi, disimpan perkara lain yang lebih baik dari itu, atau bila ia mohon perlindungan dari suatu bencana yang ditakdirkan atas dirinya, Allah akan melindunginya dari bencana yang lebih besar dari itu. Hari Jumaat adalah hari termulia bagi kami ( para malaikat) dan kami akan menyebutnya, di akhirat, sebagai “hari pertambahan”. Aku bertanya : “Mengapa?”. Jawab Jibril : “ Tuhanmu telah menjadikan sebuah lembah di syurga yang lebih harum dari misk putih. Setiap hari Jumaat, Allah SWT turun dri syurga Illiyyin di atas singgasanaNYA, menampilkan diriNya di hadapan mereka, sehingga mereka dapat memandang kearah wajahNYA Yang Maha Mulia. ( Riwayat Tabrani)

Rasullulah SAW bersabda:

Di antara hari yang terbaik terbit matahari adalah hari Jumaat. Pada hai Jumaat Adam a.s diciptakan dan dimasukkan ke dalam syurga. Adam diturunkan ke bumi pada hari Jumaat. Dosa adam a.s diampunkan pada hari Jumaat dan beliau diwafatkan juga pada hari Jumaat. Hari Jumaat adalah hari kebangkitan di sisi Allah SWT sebagai hari pertambahan ( hari yang ditambah pahala). Sebab itu malaikat juga menamakannya hari pertambahan. Hari Jumaat adalah hari melihat Allah SWT di syurga.

( Hadis riwayat Muslim, Ahmad dan Turmizi)