About Me
- shestepsintoo
- Lahirnya ramai wanita hebat yang mempunyai minda kelas pertama, menyedarkan aku bahawa diri ini jangan terus ego supaya aku dapat meneruskan perjalanan hidup yang lebih baik bagi hari-hari yang mendatang. Memahami diri seorang wanita bagai tiada penghujungnya kerana kelembutan mereka mengatasi kegagahan lelaki mampu menggoncangkan dunia. Justeru, usaha diri ini tidak kenal erti penat untuk terus memahami ciptaan Tuhan yang dikenali sebagai WANITA.
Saturday, June 4, 2011
DRAMA YANG MEMAHAMKAN AKU AKAN WANITA BERGELAR ISTERI DAN IBU..TINGGI MARTABATNYA.
Kisah ini cukup membuat aku terharu, sedih dan menangis apabila sifat wanita yang tinggi nilai kasih sayang pada suaminya dan anaknya amat terserlah. Namun rumahtangganya gagal dipertahankan kerana suaminya menemui cinta baru dan hak penjagaan terhadap anak-anaknya yang hampir 24jam bawah jagaannya sebagai surirumah, diberi kepada suaminya. Namun kasih sayang seorang ibu yang mengandungkan anak2nya selama 9 bulan tidak mematahkan semangat wanita ini untuk bangkit dengan berjanji kepada anak-anaknya..'anak-anak ku, sakit mu adalah sakit ku, kegembiraan mu adalah kegembiraan ku..percayalah ibu akan dapatkan kamu kembali.
Monday, May 30, 2011
KEPUTUSAN MENU MAKANAN TERSOHOR DI DUNIA BAGI TAHUN 2011.
Sudah semestinya makanan yang lazat diratah menjadi perbualan hangat dan bakal diperkatakan dan diingati sampai bila-bila , apatah lagi ia menjadi satu sejarah dunia. Untuk pertama kalinya menu lazat seluruh dunia tahun 2011 yang disediakan oleh seorang tukang masak hebat, berjaya akhirnya ia didedahkan dan blog ini menjadi platform pertama untuk menu tersebut disiarkan dan seterusnya menjadi tatapan penduduk dunia.
Segala butiran seperti berikut :-
LAUK ISTIMEWA : MANCHESTLOBSTER UNITEDUDUK
DISEDIAKAN OLEH : CHEF ALEX FREGIE
DIRATAH MUDAH : MR. BARCA
OLEH
Bagi mereka yang berminat untuk menjamah lauk ini layari laman web www.eatuseasily.netbocor.com
Sumber Maklumat : Sumber Manusia
Tuesday, May 24, 2011
ADAKAH INI SATU PERSENDAAN TERHADAP AL-QURAN DAN SUNNAH NABI?
Trend melewatkan perkahwinan, terutama dalam kalangan wanita berpendidikan tinggi dikategorikan isu sosial yang amat serius. Ianya telah dinyatakan oleh Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), di mana fenomena ini boleh membawa implikasi kepada institusi perkahwinan. Data terkini:
Wanita di antara umur 25 dan 29 tahun belum berkahwin = 30%
Lelaki di antara umur 30 dan 34 tahun masih bujang = 25%
Bagi wanita alasan yang diberi ialah mereka tiada calon yang sesuai manakala keadaan kewangan belum stabil adalah antara faktor lelaki dalam lingkungan umur 30an belum berkahwin. LPPKN memandang serius hal ini tetapi apa tindakan atau perancangan mereka kerana masalah ini adalah masalah lapuk yang semakin hari semakin bertambah kadarnya.
Mungkin kesedaran mengenai Al-Quran dan Sunnah Nabi berkaitan perkahwinan kurang dititikberatkan. Kekadang kata-kata seperti aku benci perkahwinan dan tidak kahwin pun aku boleh hidup, aku rasa seperti mempersendakan Al-Quran dan Sunnah Nabi. Yang amat membimbangkan dan menakutkan aku, adakah isu sosial ini satu pembalasan secara tunai oleh Allah terhadap segelintir pendapat yang memandang negatif kepada institusi perkahwinan yang akhirnya masyarakat dan negara akan menerima kesan buruknya. Mari kita sama-sama berfikir sejenak dan seterusnya kembali kepada syarat-syarat pernikahan dalam Islam yang sebenarnya. Ya, bukannya mudah untuk memikul tanggungjawab bekeluarga tetapi apalah gunanya harga diri kita sebagai khalifah tanpa ada tanggungjawab..bagai tiada nikmat hidup..Wallahualam
Saturday, May 14, 2011
SYAIR SEORANG WANITA TUA YANG INGIN BERTEMU ORANG YANG DICINTAINYA
Sememangnya jika ditanya kepada setiap diri manusia yang mengaku dirinya Islam, apakah kita mukmin yang sempurna?. Jawapannya..’Ya sudah pasti’. Namun adakah terdapat kaedah-kaedah tertentu penilaian atau ukuran kesempurnaan seseorang itu bergelar mukmin?. Jawapannya ..’Ya ada’. Hazrat Anas r.a meriwayatkan bahawa Rasulaallah saw bersabda, “Seorang pun daripada kamu tidak akan menjadi mukmin yang sempurna selagi dia tidak mencintai aku lebih daripada dia mencintai ayahnya, anak-anaknya dan seluruh manusia. Begitu juga jawapan Hazrat Ali r.a apabila ditanya akan kasih sayangnya terhadap Rasullallah, jawapannya “Kami mengasihi baginda lebih daripada harta-harta kami, anak-anak kami, ibu-ibu kami dan lebih daripada air sejuk ketika tersangat dahaga.
Tertanya dalam diri ini dan mungkin dalam diri anda, apakah sambutan Maulidirrasul pada tiap-tiap tahun secara besar-besaran di seluruh negara yang diadakan di masjid-masjid itu sudah cukup sebagai tanda cinta kita pada Rasulluallah saw?. Jawapannya ada dalam hati kita dan Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui. Jika kita benar mengasihi Baginda pasti dalam hati kita ini hasrat untuk menemuinya dan bersamanya satu hari nanti. Begitulah satu ketika Hazrat ‘Umar r.a membuat rondaan keselamatan malam, kedengaran suara seorang wanita tua bersyair sehingga menyebabkan Hazrat ‘Umar terduduk dan menangis:
“ Sampaikanlah salam kepada Muhammad saw daripada orang-orang yang soleh
Juga sampaikanlah salam daripada orang-orang yang suci lagi terpilih
Sesungguhnya Ya Rasulullah, engkaulah orang yang beribadat di tengah malam
Dan orang yang menangis pada saat akhir daripada malam
Alangkah baiknya kalau dapatku tahu apakah aku dapat bersama kekasihku atau tidak?
Lantaran maut datang dalam keadaan berbeza-beza
Dan tidakku ketahui dalam keadaan apakah maut akan mendatangiku
Dan selepas mati adakah dapat aku bertemu dengan Rasuluallah saw atupun tidak?
Rasuluallah ada bersabda “ Sebahagian daripada mereka yang sangat mencintaiku akan lahir selepasku. Mereka bercita-cita untuk melihatku walupun terpaksa mengorbankan kaum keluarga dan harta benda”. Pertanyaan kepada diriku..” Layakkah aku?”..(sedih dan sayu dalam diri ini)
Saturday, May 7, 2011
MENAPAK DALAM KEHIDUPAN, JANGAN KITA LUPA AKAN SATU TAPAK!
Mengimbau saat aku semasa kecil sehingga dewasa aku tidak pernah diberitahu akan adanya Hari Ibu dan ibubapaku tidak pernah menyambutnya sehinggalah aku dewasa aku dikelilingi oleh kawan2 yang selama ini menyambut Hari Ibu. Sedih dan rasa ketinggalan saat itu kerana aku tidak pernah meraikannya. Kenapa mak? Kenapa tidak pernah kau raikan harimu bersama anak2? Rasa kecewa itu ku lontarkan jugak akhirnya kepada ibuku? Jelas kelihatan di raut wajahnya rasa terharu bila selama ini anaknya ada keinginan untuk menyambut Hari Ibu. Namun rasa terharu itu bukan lah kegembiraan bagi anak-anaknya malahan kesedihan dan kesebakan yang kami kecapi setelah jawapan diberi.
Kata emak “setiap detik kehidupan nafas mak ini menempuhi hari-hari mendatang dengan anak-anak emak, itulah Hari Ibu yang mak raikan nak”.
Kata emak lagi “jika anak-anak emak menyambut dan meraikan datangnya Hari Ibu, emak gembira dalam sedih. Gembira kerana emak diraikan sedih kerana ada dikalangan kawan kamu yang tidak dapat meraikannya kerana ketiadaan ibu”.
Baru diri ini faham akan perasaan seorang ibu. Nalurinya sentiasa pada insan yang bergelar anak. Tiada hadiah istimewa untuk mu mak hanya doaku selepas solah untukmu mak tanda ingatan ku dalam menempuh hari-hari mendatang yang memberi makna Hari Ibu dalam dirimu. Sesungguhnya rasa sayang dan rindu dalam diri ini tidak mampu membalas sayang dan rindu mak pada anak-anak sampai bila-bila..mak.
NOTE: kiri; ibundaku, kanan; arwah ibu mertuaku, tudung oren: ibu mertuaku kini.
PERINGATAN : SYURGA ITU TERLETAK DITELAPAK KAKI IBU
Wednesday, May 4, 2011
BUKAN KITA SAJA ADA TANGGUNGJAWAB, ALLAH PUN ADA? KENAPA? TAK PERCAYA?
Janji, jaminan dan tanggungjawab dalam melaksanakan amanah dan kepercayaan yang diberi bukanlah satu perkara yang mudah (ingatan pada diriku sendiri). Namun sebelum diri ini dilahirkan, rohku telah berjanji akan taat segala perintahNya kerana diri ini hendak dilahirkan dalam Islam. Namun setelah dewasa, banyak janji padaNya kita gagal patuhi atas sebab kesilapan diri sendiri..astaghfiruaallah. Begitu juga janji sesama manusia, kita selalu lupa dan alpa dan ianya perlu diselesaikan selagi hayat dikandung badan..aku hanya mampu memohon padaNya agar diri ini dapat diperbaiki. Allah yang Maha Kuasa juga telah berjanji atas diriNya sendiri penuh nyata dan penuh kesungguhan pada kita semua umat Rasullallah (s.a.w)..
Diriwayatkan daripada Hazrat Abu Qatadah(r.a) katanya bahawa Rasulullah bersabda, “Allah berfirman, aku telah memfardhukan solat 5 waktu atas umatmu. Aku sungguh2 telah berjanji dengan diriKu bahawa sesiapa yang menjaga solah tepat pada waktu maka Aku akan bertanggungjawab untuk memasukkannya ke dalam syurga. Sebaliknya bagi sesiapa yang tidak menjaga solah, Aku langsung tidak bertanggungjawab ke atasnya (Riwayat Imam Abu Daud, Ibnu Majahdll).
Maka Allah telah berjanji dan Allah juga ada tanggungjawab atas hamba2Nya..apakah kita(termasuk diri ini telah melaksanakan tanggungjawab yang kita telah berjanji padaNya?)..Insyaallah.
Biasanya kalau seorang kaya sanggup memikulkan segala tanggungjawab bagi yang memerlukan, tentunya kita berasa tenang, gembira dan terhutang budi tapi di sini hanya sedikit amalan yang mudah (solah 5 waktu), sudah mendapat jaminan daripada Yang Menguasai alam semesta dan Raja dunia dan akhirat.
Monday, May 2, 2011
SUARA TANGISAN SEPANJANG MALAM YANG DISEJARAHKAN
Aku pernah menangis kerana kehilangan seseorang yang aku sayang. Aku pernah menangis kerana ditipu sehingga hampir menyebabkan musnah keluargaku. Aku pernah menangis kerana pernah menyisihkan keluargaku..tetapi itu semua kesilapanku. Namun aku tidak pernah menangis seperti Rasulullah s.a.w menangis sepanjang malam. Pernah suatu ketika Rasulullah telah menangis sepanjang malam dan mengulangi ayat Al-Quraan ini sehingga ke pagi iaitu ayat al-Maidah : 118 yang bermaksud:
“Jika Engkau menyeksa mereka, (maka tiada ada yang menghalang perbuatanMu kerana sesungguhnya mereka ialah hambaMU. Dan jika Engkau mengampunkan mereka maka sesungguhnya Engkau sahajalah Yang Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana.”
Diberitakan juga pada suatu malam Imam Abu Hanifah rah. Telah menangis sepanjang malam sambil membaca ayat Ya Sin: 59
“Dan (sebaliknya dikatakan kepada orang kafir) berpisahlah kamu pada hari ini wahai orang yang berdosa (daripada bercampur gaul dengan ornag yang beriman).”
Ayat ini jelas membawa makna bahawa orang2 yang mendehaka kepada Allah akan diperintah supaya berpisah daripada mereka yang berbakti kepadaNya. Mereka juga tidak dibenarkan bergaul dengan para solehin sebagaimana dilakukan oleh mereka di dunia. Berdasarkan perintah di atas, sebanyak mana pun kita menangis sebenarnya masih tidak mencukupi kerana tidak diketahui tempat kita dihimpunkan sama ada kalangan yang bersalah atau yang taat. Moga dengan tangisan dan doa serta ibadah kita Allah akan meletakkan kita melalui sifatnya Yang Maha Penyayang dan Maha Mengasihani..ameen.
Subscribe to:
Posts (Atom)






